Tuesday 16 April 2024

MAKAN BURUNG WAK-WAK( RUAK-RUAK)

 

Raya baru ni abang saya ada bawa balik 4 ekor burung ruak-ruak..Kami panggil buruk wak- wak.Katanya dia beli dari pemburu burung wak wak di Kulim

Untuk gambaran burung ruak-ruak lebih jelas...saya sahre  pic google



Burung wak wak dah siap sembelih.tapi belum di cabut bulu.


Mak la tukang buang bulunya.Kata mak bulu burung wak wak tebal payah nak cabut.Nak senang,mak terus siatkan kulitnya



Dah siap siat kulitnya.Dagingnya merah gelap macam rupa daging ayam kampung..


Saya tak pernah lagi makan burung wak wak ni.Saya lebih mengenali burung sintar..

BURUNG SINTAR pic Google

Kalau dulu - dulu kat kampung banyak burung wak wak tapi penduduk kampung lebih meminati burung sintar/sitar.Kalau burung sitar selalu la makan masa zaman kanak kanak.Musim menuai padi biasanya bersamaamus burung sitar mencari pasangan.Orang kampung ambil peluang mendenak,menahan jaring dan mengejar burung sitar dalam kebun getah.Biasanya depa akan meniup sejenis serunai daun ibus atau daun pokok thai  bagi meniru bunyi buru sitar.Kalau yang moden sikit depa rakam bunyi serunai tu dalam tali kaset dan pasang radio transistor dalam kebun getah sepanjang malam.Burung burung sitar akan tertarik dengan bunyi yang disangka pasangan mereka.Bila terbang turun ke semak semak kebun getah pada waktu malam membuatkan mereka susah nak terbang semula untuk naik ke atas.Bila pagi menjelma maka pemburu akan memburu burung burung sitar yang dah tak mampu terbang naik dicelahan semak Ada yang menahan bubu untuk menarik perhatian burung sitar bersembunyi dalamnya dan bila dah masuk bubu memanh dah terperangkap tak boleh keluar.
Kalau musim menuai riuh rendah dalam kebun getah orang kejar burung sitar
Tapi...dah lama saya tak jumpa dah burung sitar..
Ini pun dapat burung wak wak ja..

Burung wak wak saya hanya garam kunyitkan untuk goreng ja.
Sebelum tu kena la belah dan kekuarkan isi perut dia..Ada perut,hati,pedal dan jantung macam ayam tapi saiz kecik la


Memula saya goreng sekor yang dibelah tidak putus 
Tapi nampak semacam la pulak... macam 🐸......hihihi


So yang kedua...saya belah bagi putus jadi sebelah sebelah...



Hanya saya dan mak yang makan burung wak wak goreng ni..
Cella,Adah dan suami Adah depa tak makan sebab depa tak lalu🤣
Rasa daging wak wak?
Pada tekak saya rasa dagingnya sedikit liat  macam daging itik...Tak tau la tekak orang lain.



Saturday 13 April 2024

MERIAH JUADAH PAGI RAYA 2024 @ KAMPUNG

 Salam Lebaran 1445(2024) memasuki hari ke 4 sudah..Semoga rakan rakan taulan dari seluruh pelusok dunia dalam keadaan sejahtera dan dirahmati Allah s.w.t

Seperti kebiasaan kebanyakan orang.. saya juga memang beraya di kampung..


Cuma sedihnya,ini merupakan tahun ke-5 penduduk kampung beraya tanpa air.Dah 5 tahun hari raya saja,bekalan air akan putus tanpa setitis pun mengalir dari paip.Tahun ini hampir setiap katanya memang tiada air.Hanya menjelang tengah malam baru ada air mengalir perlahan dan akan terhenti menjelang pagi.Maka,kaum ibu akan berjaga dan tidak lena tidur menadah air untuk kegunaan isi rumah pada esoknya.Itulah rutin mereka sepanjang puasa.Lebih sedih,3 hari menjelang raya ,malam pun tiada air.Ada lori hantar air katanya tapi YTJT.Mak mak lah paling gelisah bila tiada air,lebih lebih lagi bulan puasa dan musim perayaan


Kami bernasib baik kerana rumah kami kat pekan tiada masalah air.Dapatlah saya dan Achik memasak untuk bawa balik kampung dan menjamu tetamu di kampung.Jom jamu mata melihat antara kemeriahan hidangan pagi raya kami @ kampung.


Lemang Pulut.
Antara hidangan wajib pagi raya sejak Pakcik menjadi sebahagian ahli keluarga kami lebih 2 dekad yang lalu hingga hari ini.Maklumlah Pakcik kan orang Jerantut,Pahang.Tiadalah ertinya raya bagi orang Pahang jika tiada lemang & daging kerbau kan...😁


Ketupat Pulut  dan Ketupat Daun Buluh..Ketupat pulut mak buat 3kg pulut menghasilkan 6kg ketupat siap masak.

Ketupat Daun Buluh macam biasa kami akan order sahaja kerana tak reti buat.Lagipun bukan boleh buat dengan  sembarangan daun buluh dan kami tiada pokok buluh khas untuk buat ketupat tu


Ketupat Nasi a.k.a nasi impit..Walaupun kami orang Kedah..Lontong dan Lodeh  menjadi antara hidangan wajib.Kalau tak raya pertama...raya ke-2 akan masak jugak lontong


1 flask Nasi Beriyani..
Saya masak menggunakan Noxxa PC Achik & masukkan dalam flask supaya kekal panas.


Ayam Masak Merah....menjadi menu tahunan setiap kali raya
Kali ni masak 4 ekor ayam


Kari Daging by mak...Mak masak Gulai Daging Kerisik




Daging Kerbau Masak Pahang...by Achik...Lauk wajib Achik sediakan kerana ini fav Pakcik untuk makan bersama lemang




Ayam Pencen Rendang Hijau...
By Achik 
Menjadi menu wajib setiap tahun.




Lontong Rencah Udang...Satu flask penuh Achik masak sarat dengan udang..



Ayam Masak Briyani by Achik..


Papadom..


Acar Jelatah


Sambal Petai Tempoyak by Achik..untuk sapa yang nak makan dengan nasi putih


Laksa by Achik

Laksa Condiment..



Achik memang pandai masak kuah  Laksa Penang...Saya hanya tau masak laksa kuah lemak utara saja..Pernah ja saya masak kuah laksa utara macam Achik tapi tak sedap...hihihi



Kek Marble Coklat & Old Skol Marble ..marble chocolate by Achik...
Old Skol Marble tu mertua Adah bagi sebiji besar untuk bawa balik kampung..


Chocolate Marble & tuannya...hihihi


Pandan Gula Melaka Cake...Achik hadiahkan untuk future mother...hihihi

Kuih Raya...
- Samprit Terik
- Samprit Dahlia
- Mazola
-Oats Chocolate
- Tart Nanas
-Famous Amos
- Bangkit Kelapa
-Baulu
- Karas
-Kerepek Pisang


Minuman buat 2 tong

Green Tea...by Achik
Laku keras terutama kanak- kanak & orang muda.


Sun Valley Granedine + Mango Sunquick.
Sirap SUN VALLEY GRANEDINE DARI BORNEO Adah bawa balik dari Sabah & saya minta Adah campurkan dengan mango Sunquick kerana mengambil cadangan idea daripada  KOMEN CIKGU AMIE ...kat sini.
Terima kasih cikgu Amie atas idea yang diberi..Alhamdulillah sangat sedap...Dua gandingan air green tea dan granedine  memang laku keras dalam cuaca panas membahang pada hari raya pertama.

Takdan nak amik video proper...Sekali lalu sahaja.Ni pun dah ada yang tak sempat top up bekasnya...

Tetamu juga bertali arus seusai solat sunat Aidilfitri kerana kebetulan rumah mak berdekatan surau kampung..Alhamdulillah..
Nanti kita share suasa kunjungan tetamu dalam next entri..

Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir & Batin



Wednesday 10 April 2024

SALAM AIDIL FITRI 2024

 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1445H...

Mohon ampun dan maaf kepada semua.Semoga Syawal ini Allah limpahkan keberkatan kepada kita semua

Tuesday 9 April 2024

IFTAR @ RUMAH ACHIK - RAMADHAN 27 & 28

 

Mungkinkah hari ini adalah Ramdhan terakhir untuk tahun 1445H..?


27 Ramadhan hari Ahad kami beriftar @ rumah Achik..
Awal pagi sebelum subuh kami ke rumah mertua Adah dulu & bergerak dari Ampang pukul 4.00 pagi memasuki DUKE menuju ke Tol Duta..
Pukul 5 singgah Hentian Sebelah Tanjung Malim untuk bersahur & pukul 6.30 singgah solat subuh @ R&R Tapah..
Menjelang 10.30pagi kami dah sampai ke pintu rumah@ Kedah..Alhamdululillah..Achim dah pesan awal awal petang nanti iftar kat rumahnya.




Achik masak Ayam Tempoyak

Sambal Ayam

Ikan Temenung Lemak Pankoq


Sayoq Kangkung


Coq Udang


Daging  Kunyit


Kanji ....a.k.a Bubur Lambok


Mee Goreng


Sambal Bilis Tempe




Momikai....hihihi


Sambal Udang
Actually saya juga ada masak 1kg Rusa Goreng Kunyit & Sayur Buncis..Rapi tak perasan takda sapa snap pic..hihihi


Eh..ada la pic Rusa Gorwng Kunyit,tapi takda yang close up..
Dalam Tuppeware biru tu Rusa Gorwng Kunyit & dalam Tupperware hijau tu sayur buncis..


IFTAR 28

Masih berbuka kat rumah Achik


Udang Kunyit


Lepat Liat & Lepat Bunga Chichar


Tempe Tumbuk & Ulam Terung Panjang.


Say juga buatkan Kuih Tako
Jadi tompok hijau sebab bawa bersusun susun ke rumah Achik



Gulai Kuning Buah Gajus...
Sekarang musim buah gajua sedang berbuah..
Mak frozenkan Buah Gajus Segar simpan kat saya.



Belakang tu kari ayam + kentan & dalam bekas oren tu sayur buncis + hati pedal ayam



Gulai Buah Gajus untuk saya ratah..
Gukah Buah Gajus tau .
Bukan biji gajus


Alhamdulillah dapat berkumpul 2 hari berbuka ramai ramai...
Sayangnya anak jantan tu takda kerana dia tak ikut balik....Masih kerja...

Iftar 29 takda pic  sebab kalut dok buat persiapan raya..
Iftar petang tadi hanya bakar ikan siakap...cicah cili kicap.Masak Ikan Bawal Sweet Sour & Ayam Goreng saja...


Mak sibok buat ketupat...
Kami yang lain dok siapkan rempah ratus nak masak ayam...daging..kuah kacang..rebus nasi impit dan bla bla bla bla...