Dah lama teringin sangat nak makan buah belinjau ni..Kerepek belinjau tak la susah nak dapat tapi buah belinjau segar payah nak dapat.
Kebetulan hari Ahad malam tu dok mentelaah handphone ...eh melintas pulak ada orang tengah live buah belinjau kat tiktok..RM20/kg...
Haaa...tapi jujurnya mokcik belum pandai nak shoping kat tiktok tu...Masih minta tolong Cella beli kan...termasuk la buah belinjau ni...
Buah yang masak dah merah kulit pun ada dijual masa tu tapi saya minta Cella belikan buah yang campur hijau dan kuning ni.Dah plan dah buah yang kuning tu nak rebus makan isirongnya...
Buah yang hijau pulak dah plan bak masak kari dengan udang.Malam sebelum tu kata penjual tu dia open order buah belinjau hijau yang masih muda dan tempurungnya masih lembut khas untuk yang nak beli buat masak kari dengan udang.
Lebih sedap kalau masak kari yang cair cair skit dan buat versi tumis darat..
Tapi masa kami beli ni stok buah muda dah habis..Hanya ada stok campur campur ni..Tak apalah. pilih buah hijau simpan untuk masak kari bila kerajinan datang nanti..Udang dan bahan lain dah ada tapi belum ada kerajinan + dengan mata Cella kembali datang chalazionnya..Dok bertahan takmau masak udang..kang kalau masak dia akan pantang...pantang nampak..nak makan🤣
Video tentang buah belinjau ni saya dah upload kat youtube channel:
👇👇👇👇👇
https://youtube.com/shorts/5CP4x2mol-I?si=rsRliQ186ekfMYcm
pernah makan kerepek belinjau je. taktau pun ada buah rupanya.
ReplyDeleteYa Cie...dia ada buah..bijinya yang orang buat kerepek tu.Kalau kat youtube banyak depa tunjuk cara buat kerepek tu tapi tak banyak yang tunjuk buahnya..hanya tunjuk biji yang bertemputung tu
DeleteTak besa makan buah belinjau ni tapi rupanya akan² buah ceperai, yg org makan pucuknya buat masak lemak putih. Aduh, sedapnya!
ReplyDeleteNanti dah siap gulai udang tu huloq mai semangkuk MC nah :p
Saya pulak tak pernah makan buah cemperai🤭
DeleteTapi pucuk cemperai ernah makan masak lemak putih..ada jual pucuknya lat pasar ..
Mai la PH kita masak gulai udang sama sama🤭
kat sini kami panggil buoh cokok
ReplyDeleteWah...baru tau ada nama lain jugak yer...TQ info
DeleteSusahnya nak dapat buah belinjau.
ReplyDeleteKecik-kecik dulu selalu makan sayur pucuk dan putik belinjau masak lemak cili padi. Sedapnya, tambah ikan goreng dengan sambal belacan.
Masa tengok buah belinjau ni memang auto ingat kat cikgu..sebab. biasanya buah belinjau dikenali oleh kebanyakan masyarakat Jawa di Malaysia..1st time makan buah belinjau tahun 90-an dulu pun dari kawan berketurunan Jawa
DeletePernah makan keropok belinjau sebelum ni. First time tengok ni.
ReplyDeleteKerepek belinjau ramai kenal kan..
DeleteKebanyakan diimport dari seberang dan ramai peminat kerepek berbanding buah belinjau segar ni