Tuesday 28 February 2017

PUCUK BETIK MASAK LEMAK PEDAS

Pucuk Betik masak Lemak Pedas..
Lauk mak aku ...
Naper lauk mak aku..??
Sebab mak aku jer yang makan..
Orang lain x makan ke..?
Hihihihi...
Ada ceritanya...


Pucuk Betik Masak Lemak Pedas..
Lepas masak,mak aku ajak makan...
Tapi aku xnak..
Ala..mana boleh makan nasi lagi..belum sport day
So,mak aku makan sengsorang..
Mak aku cakap sedap..
Tapi aku x tergoda pun sebab tengah bz chat pasal latihan sukan.
Kakak pun xde..
Kakak kata nak kuar gi Saaka Nilai
Nak beli barang-barang asrama dia la tu..



Tengok mak aku makan Nasi
Ngan Pucuk Betik Masak Lemak Pedas..
Pastu ada Ikan Lengat Goreng..
Dah dua hari mak aku asyik masak Ikan Lengat Goreng..
Mak aku cakap sebab hari tu buat ikan lengat memang simpan untuk goreng lagi hari ni nyer
Aku suka Ikan Lengat Goreng tu..
Hari tu mak aku goreng pun ahbis kitorang makan..
Ni mak aku goreng lagi.
Sama juga macam hari tu..letak cili dan bawang macam..
IKAN LENGAT GORENG kat sini..

PUCUK BETIK MASAK LEMAK PEDAS
4 pelepah pucuk betik
1 kotak santan( kalau kelapa fresh jadikan 1 cawan santan pekat dan 1 cawan santan cair)
2 asam keping
garam & secubit gula

Bahan Tumbuk:
1 bawang besar
5 cili padi
1 genggam ikan bilis
1 ketul krcik kunyit.

Pucuk betik..
Mak aku cakap,kalau kat kampung mungkin boleh dapat pucuk yang betul-betul pucuk..
Ni mak aku beli kat pasar hari Ahad.
Kata mak aku kalau nak sayur-sayur dan ulam  yang exotic kena gi pasar hari Ahad jer..
Kalau hari lain sayur dan ulam biasa jer yang ada..
Sayur exotic tu camaner..??
Mmmm...sayuir oxotic tu kiranya sayur yang rare la..
Susuah nak dapat..
Contoh..??
Contohnya Pucuk Betik,Cendawan liar,Pucuk Labu,Pucuk Kerdas,Kangkung Puteri,Ubi Kemili dan Jeruk Maman..
Haaaaaaa.....hambik kau...
Kenal ke semua tu..?
Hihihihihi...ada yang aku kenal..
Banyak lagi yang aku x kenal..
Lain la mak aku..
Memang banyak yang mak aku tahu..



1. Basuh dan bersihkan pucuk betik..Kemudian hiris kasar..


2. Masak setengah periuk air dan campur 1 sudu besar garam..Mak aku cakap kalau dapat garam yang ketul-ketul kasar tu lagi bagus..
Ada ke garam ketul kasar..?
Mmmm...mak aku kata ada..
Kemudian,bila air bergaram tu mendidih,masukkan pucuk betik dan rebus hingga lembut anggaran 15 minit


3. Tapis daun betik yang sudah direbus. Buang airnya kerana airnya sangat pahit.


4. Sedikan bahan tumbuk...Cili,bawang,kunyit dan ikan bilis ditumbuk


5. Masukkan pucuk betik yang sudah direbus dan bahan tumbuk dalam periuk..



6. Tambah separuh santan kotan dan tambah 1 cawan air..Masak hingga mendidih.
    Jika guna santan fresh,masukkan  1 cawan santan cair  sahaja dahulu..santan pekat masukkan kemudian
    nanti.



7. Masukkan juga 2 asam keping .Masak hingga kuah hampir kering baru dimasukkan santan pekat.
    Sesuaikan rasanya dan angkat.



Rasanya memang pahit...
Tapi dah mak aku cakap pahit yang sedap..
So,akupun cedoklah sikit sayur ni masukkan dalam piring bersama seketul ikan lengat goreng..
Nasi aku x amik tau..hahahaha..
Tapi baru sesuap aku rasa sayur Pucuk Betik ..
Arghhh...pahit do..!!!
Akhirnya aku cuma makan ikan jer..huhuhu
Masa kakak dah balik dari Saaka Nilai,
Aku tengok kakak excited cedok sayur Pucuk Betik tu ngan nasi & ikan goreng tu..
Aku biarkan jer..
Mana boleh aku sowang jer terkena..hahahah(gelak jahat)
Bila kakak suap jer....
Hihihihi...terus kakak lari gi sinki..
Tentu kakak ingat tu Sayur Pucuk Ubi favourite dia..!!!!
Kih..kih..kih...
Baru la fair...
Biar sama-sama rasa ....
Hmmmm..tapi yang pelik tu..camaner la mak aku boleh cakap Sayur Pucuk Betik ni S.E.D.A.P...
Huh...x faham ngan lidah mak aku...!!!
Mmmm..biarkan jelah mak-mak suka yang pahit-pahit kan..
Tapi mak aku cakap kalau anak-anak atau mak-amak pun kalau x suka Sayur Pucuk Betik yang Pahit ni..
BOLEH tukar masak
Masaklah
SAYUR BETIK LEMAK PEDAS kat sini....

Monday 27 February 2017

RESIPI KUIH LAPIS TEPUNG UBI YANG SANGAT SEDAP

Kuih Lapis Tepung Ubi ...
Yang  Sangat Sedap...
Nyum3...

Ramai orang pernah makan Kuih Lapis Tepung Beras KUIH LAPIS TEPUNG BERAS macam kat sini...

KUIH LAPIS TEPUNG GANDUM macam katvsini..pun ramai yang selalu makan..
TAPI Kuih Lapis Tepung Ubi ni...
Macam teka- teki dalam citer Nujum Pak Belalang..
Jarangggggggg...jaranggg
Kadanggggggg...kadanggg
Sedikittttttttttt...sedikittttttt
Itu kahwinnn...!!!!
Hihihihi...
Tapi Kuih Lapis Tepung Ubi ni pun sama juga...
JARANG- JARANG dibuat orang...
KADANG- KADANG dijual orang..
SEDIKIT- SEDIKIT  dikenali orang..
Tapi sangattttt sedapppp..
Lemak...
Manis....
Kenyal....
Cantik....


Kuih Lapis Tepung Ubi ni...
Mak aku cakap terkenal di Thailand dan Indonesia..
Tapi warna kuih yang mak aku buat ni mak aku cakap versi Indon...sebab ada putih hijau dan merah..
Kalau versi Thailand,mak aku cakap just warna hijau dan putih serta ada bau pandam dan daun limau purut..
Mak aku cakap Kuih Lapis Tepung Ubi ni dah lama mak aku x buat..
Mmmm..yer la kot..sebab aku pun rasa cam xde pun dalam entri sebelum ni..
Entri ni pun resipi, penerangannya mak aku yang siap2 taip dan susun...
Aku mana faham nak citer detail...
Nak citer pasal makan aku boleh tulis tanpa bantuan mak aku la..hahahah




Kuih Lapis Tepung Ubi ni feel nak makan sebab sangat KENYAL..
Kenyal tu mak aku cakap cam liat tapi tergoyang- goyang...tergedik- gediks ..
Kalau orang Kelantan cakap GLENYAR ar..
Hahahahaha...
Sebab Kuih Lapis Tepung Ubi ni jarang orang jual...
So..mak aku cakap ..kalau nak makan kena la buat sendiri..
Mak aku cakap x susah sangat pun buat kuih ni..
Cuma kena sabar..sebab kata maka aku kuih ni banyak lapis..dan setiap lapis dia kena nipis2..baru cantik...
Macam yang mak aku buat ni ada 15 lapis yang nipis- nipis..
5 lapisan putih..
8 lapisan hijau...
2 lapisan merah..

KUIH LAPIS TEPUNG UBI( loyang 6")
1½ cawan tepung ubi
½ cawan tepung gandum
3 cawan santan
¾ cawan gula
½ sudu teh garam
½ sudu teh pewarna hijau
½ sudu teh pewarna merah ros

1 Campur tepung ubi,tepung gandum,gula,garam dan santan.Kacau dan tapis.
Sukat dengan cawan atau senduk semua adunan supaya boleh agak berapa lapisan
( x sukat pun x apa kerana kita xlapiskan selang seli...)

2. Bahagikan 3 bahagian..
Warna hijau dan putih boleh sama bnyak atau nak lebihkan hijau pun boleh.
TAPI warna merah anggaran untuk 2 lapis sahaja.

3. Panaskan kukusan dan kukus loyang kosong 5 minit supaya loyang panas..

- Kemudian tuangkan anggaran 1 senduk adunan putih supaya dapat lapisan yang nipis sahaja..

- Kukus anggaran 2 minit..

- Tuang lagi 1 senduk lapisan putih dengan sukatan 1 senduk yang sama supaya lapisan sama tebal..

- Buat hingga adunan putih habis.



4. Bila adunan putih habis,ulang dengan lapisan hijau pula sesenduk demi sesenduk hingga adunan hijau habis...



5. Akhiri dengan 2 lapisan merah..
Untuk lapisan merah terakhir ,tambah masa mengukus menjadib10 minitvsupaya semua lapisan masak sempurna..


6. Angkat dan biar pada suhu bilik.
    Semua gambar blur sebab berasap...


** Jika mahukan cepat dimakan,rendam dalam air sejuk supaya cepat hilang panasnya..
Kuih Lapis Tepung Ubi ini,ketika suam- suam kuku sudah boleh dipotong dengan cantik..


7. Longgarkan tepi2 loyang dan dengan hati2 keluarkan dari loyang supaya mudah naknpotong dengan cantik..



8. Gunakan pisau plastik supaya potongan kuih tidak melekat dan dan menjadi kemas..

9. Kuih Lapis yang menjadi,akan dapat di tarik selapis selapis..

** Jika tiada pisau plastik..sapu pisau dengan minyak untuk membelah kuih lapis ini..
Kemudian gunakan BENANG untuk potong menjadi kepingan nipis..



Sunday 26 February 2017

IKAN LENGAT GORENG

Ikan Lengat Goreng..
Ikan Lengat tu apa..??
Ikan Lengat tu ialah sebarang jenis ikan yang sudah disiang,disusun secara berlapis dengan asam keping dan garam dalam periuk
Kemudian, direbus perlahan dengan sedikit air dengan api perlahan hingga ikan masak.
Sebaiknya diulang panaskan selama dua hari hingga rasa asam dan garam meresap kedalam isi ikan..
Kemudian barulah ikan tersebut digoreng..
Haaaa...camtu la kata mak aku..


 Isi Ikan Lengat ni, rasanya sedap..
Ada rasa masin,sikit masam dan sikit manis.
Mak aku kata ada lagi...
Ada apa..??
Mak aku cakap ada rasa lemak.
0ooo...betul la...
Mak aku cakap Ian Lengat tu bahasa orang utara..
Kalau orang Kelantan ngan Trengganu,mak aku kata diorang panggl Ikan Rebus..
Tapi di sebut Rebuh..
Haaa...yer ker sebut camtu..?
hihihihi...


Kata mak aku lagi...
Ikan yang sesuai dijadikan ikan lengat ni selalunya Ikan Kembung dan Ikan Selayang..
Ikan- ikan ini dilengat
atau direbus,selain daripada untuk menyedapkan lagi rasa isi ikan,ia juga bertijuan mengawet ikan supaya tahan lama kerana dolu- dolu bukan semua  ada peti ais..



Ni Ikan Selayang Lengat tu..
Mak aku cakap potong dua sebab ikan tu panjang..


Ni Ikan Kembung kecik..
Yang hari tu nyer...
Yang hari ni Ikan Selayang..
Lagi tebal isinya dan lagi sedap...

IKAN LENGAT GORENG..mak aku
1/2 kg ikan selayang- bersihkan
10 keping asam gelugur/ asam keping
1 batang serai
3 hiris lengkuas
1 sudu besar garam
1 sudu teh gula
1/4 cawan air

1. Dalam sebuah periuk taburkan ½ sudu garam sehingga rata dasar periuk.
2. Susun ikan  diatas taburan garam tersebut.
3. Tabur sebahagian lagi garam diatas ikan hingga rata.
4. Masukkan juga asam keping,serai yang diketuk,lengkuas dan juga tabur sedikit gula.
5. Tambah ¼ cawan air.
6. Tutup periuk dan rebus/ lengat dengan api perlahan sehingga air rebusan bewarn keruh dan ikan masak.
** Ulang panaskan 2 @ 3 kali setiap hari supaya rasa asam garam diserap ikan


Inilah Ikan Lengat yang berumur 2 hari..

- Untuk Ikan Lengat Goreng..Panaskan minyak dan goreng separuh tenggelam seperti menggoreng ikan biasa sehingga garing kedua- dua belahnya.

- Sebelum angkat masukkan bawang besar yang dihiris dan cili padi hijau yang dipatah- patah..

Angkat dan hidangkan panas- panas..
Mak aku cakap,Ikan Lengat ni selain digoreng boleh juga dimasak Lemak Cili Padi ngan Petai..
Tapi mak aku kata dolu- dolu Ikan Lengat ni nenek masak kari..
Kuah Lengat tu mak aku cakap gaul ngan nasi..
Whatttt...??????
Hmmm..mak aku kata dolu- dolu semua pun sedap...
Mmmmm..yer ker..?
Aku pernah try pun ..
&...&...xnak try pun...
Hihihihi...


Pinggan mak aku..
Ikan Lengat Goreng ngan Pajeri Nanas semalam..
Aku pun dah naik pelek ngan mak aku sekarang,makan cili padi macam makan sayur..
Aku nyer pinggan xde..diet..hihihi


PAJERI NANAS


Pajeri Nanas...
Betul la aku tulis tu..
N.a.n.a.s...Nanas..
Itu ejaan yang betul...
Nenas tu ejaan lama..
Tapi kita tetap sebut NENAS jugak kannnn..!!!
Tak kisah lah..
Tapi kalau jawab dalam test or axam...
Kena la tulis NANAS..


Peceri Nanas...
Mak aku cakap,kalau kat kampung nenek,
Dolu- dolu dipanggil Gulai Manis Buah Lanas..
Haaa...Gulai Manis tu ok la , sebab rasa kuah dia manis..
Tapi Buah Lanas tu, mak aku kata bahasa orang nenek dolu- dolu..
Nenek pun sebut Buah Lanas..
Tapi mak aku ngan Achik aku dengar sebut nanas..
Mak aku cakap generasi nenek dan sewaktu dengannya jer sebut Buah Lanas..



Ni pic Pajeri tu dah kurang isinya..
Sebab mak aku cakap Pejeri ni masak awal pagi semalam sebelum mak aku gi meeting tu..
Mak aku cakap masak sama ngan ngan Butter Chicken tu ,tapi mak aku tutup biar dalam kuali atas dapur..
Mak aku just hidang Butter Chicken jer bawah tudung saji..
Kata mak aku,sajer masak awal pagi sebab nanti mak aku nak makan time balik dari meeting untuk lunch..
Kata mak aku, sebab abang, kakak ngan aku mesti x suka pajeri nanas ni..
So ,sebab tu mak aku masak Butter Chicken untuk we all..
Mmmm...betullah tu..
Sebab aku memang x suka Peceri Nanas..
Manis do....!!!
Cam x kena jer nak makan ngan nasi...
Dah la aku diet..hihihi
Tapi mak aku kata sedap...
Mmmm...sedap tu subjektif
Bukan objektif...
Hihihi..cam soklan pekser lak..


Lagipun mak aku cakap Pejeri Nanas ni kena masak awal biar beberapa jam baru sedap dimakan supaya nanasnya sebati rasa dengan kuahnya..
TAPI...
Bila mak aku balik semalam,masa nak panaskan Pejeri ni,mak aku cakap dah kurang separuh dah lauk ni..
Hahahaha...rupanya Pajeri Nanas ni kakak suka..
Kakak yang makan..
Aku pun x perasan pun kakak makan sebab bz wat homework..
Aku hanya makan roti ngan sikit Butter Chicken..
Abang pun makan Nasi ngan Butter Chicken jer..
Kakak ar...
Hmmmm...kakak dah gang ngan mak aku la tu...suka Pajeri Nanas yang manis tu..
Aku ngan abang gang  x makan pajeri..
Hihihihi..

PEJERI NANAS..mak aku
1 biji nanas madu ( kecik)
1cawan santan cair
1 sudu kerisik
2 sudu rempah kari ikan
( jika suka rasa yang lebih tajam + ½ sudu kari daging)
2 sudu gula
1 sudu teh garam
4 sudu minyak

Bahan Tumis:
2 ulas bawang merah hiris
1 ulas bawang putih hiris
1 batang kecil kulit kayu manis
1 bunga lawang
5 bunga cengkih
5 buah pelaga
1 pelepah daun kari


1. Kupas nanas dan buang matanya serya hiris sederhana tebal..


2. Siapkan bahan tumis..


3. Panaskan minayk dan tumis semua bahan tumis hingga harum


4. Masukkan pula serbuk karai ikan + serbuk kari daging yang sudah dibancuh dengan 1 cawan air..

5. Biar rempah naik minyak dan garing...


6. Masukkan nanas


7. Kacau dan masak nanas dalam rempah agak- agak 5 minit hingga nanas mengeluarkan airnya..


8. Tambah santan cair dan masak hingga mendidih dan nanas empuk dan nampak warna nanas agak jernih..


9. Bila agak pekat,masukkan garam,gula dan kerisik..Kacau sekejP hingga gula cair dan pajeri pecah minyak..



Saturday 25 February 2017

BUTTER CHICKEN


Butter Chicken...
Lauk favourite aku..abang & kakak..
Walaupun kakak x suka cheese..
Tapi lauk ni kakak suka ...


Bulan Puasa pun mak aku selalu juga masak Butter Chicken ni..
BUTTER CHICKEN bulan puasa kat sini..
STEP BY STEP kat sini pun ada...
Kalau masak lauk ni.
xyah campur lauk..
Sebab aku lebih suka butter chicken ni jer gaul ngan nasi...


Lauk ni untuk lunch..
Tapi sebab subuh- subuh mak aku dah masak..
xkan aku nak tunggu sampai lunch!!
Hahaha...
Tapi aku just makan sikit jer..
Sebab makan ngan roti jer..
Mana nak feel..!!
Butter chicken ni  kena makan ngan nasi putih baru feel...
Huh...aku tengah semangatvnak diet,xkan nak makan nasi...
Hihihihi....
Mak aku masak lunch siap- siap sebab mak aku kata hari ni mak aku ada meeting..
Lagi pun sebab abang off hari ni..

BUTTER CHICKEN
Bahan ayam:
2 keping dada ayam( dada dari seekor ayam)
1 sudu rempah kari
1 sudu tepung jagung/ tepung gandum
1 sudu teh garam
1 cawan minyak untuk goreng

Bahan Sos:
1/4 blok butter
3/4 tin susu cair
3 keping cheese(1/4 cawan)
5 cili padi
1kiub ayam

Bahan Tumis:
1 bawang besar
3 bawang putih
3 pelepah daun kari
10 cili padi cincang

1.Isi ayan dihiris jalur dan digaul bersama garam,serbuk kari dan tepung jagung


2. Goreng ayam tadi menggunakan minyak sehingga garing..


3. Panaskan kuali lain dan cairkan butter
    Tumis semua bahan tumis hingga harum..



3. Tuangkan susu cair


4. Kacau sentiasa supaya tidak mendadih..
    Mendadih tu macam susu dan butter tu jadi
    terasing..


5. Bila mendidih masukkan ayam goreng..


6. Gravy dia akan jadi kuning dan pekat sebab ada serbuk kari dan tepung dari ayam goreng..
Kacau sentiasa..

7. Sebab xde stok slice cheese,beh saja cheese apa- apa..JANGAN mozarella dah la...nanati gravy bertali- tali macam pizza..


8. Parut cheese agak- agak 1/4 cawan..

9. Masukkan cili padi sebiji- sebiji dan kacau sekejap..dan sesuaikan rasanya..