Sunday 30 April 2023

SYAWAL KE-3 : LEMANG CICAH KUAH KACANG,NASI IMPIT RENDANG DAGING & DURIAN SIAM

 Syawal ke-3 masih memasak juadah musim perayaan.

Syawal ke-3 tu juga saya ikut Achik pergi open house.Sepanjang cuti raya kali ni saya mengekor Achik pergi kenduri dan open house.Tapi masak tetap on...hihihi 

Raya ke-3 makan nasi impit dan lemang dengan kuah kacang.
Kalau nasi impit dengan kuah kacang tu kebiasaan kan...
Tapi bagi saya ..eemang dimakan dengan kuah kacang ialah antara kegemaran saya.Bagi saya lemang lagi sedap daripada dimakan dengan 
kuah kacang/ sambal kacang.Tapi versi pekat la.

Kalau Syawal pertama ketupat palas,nasi tomato dan laksa menjadi juadah utama..

Syawal ke-2 masak Nasi Impit Rendang,Kari,Masak Kicap dan Laksa Sardin.


Syawal ke-3 pula pepagi lagi saya masak kuah kacang kegemaran mak.Kemain suka mak bila nampak saya masak kuah kacang.Sebenarnya mak tu nak saya masak lontong tapi saya hanya masak kuah kacang.
Ni kalau ada dapat masak Samabal Cengeng Dengan Tetel  SK  sedap ni.
Tapi sebab mak tak makan daging,saya hanya masak kuah kacang versi kosong.

KUAH KACANG CEPAT DIMASAK

1/2 kg kacang tanah

( saya guna yang siap kisar)

1 keping gula nisan
1/2 cawan gula pasir
2 asam keping
3 sudu teh garam
1 cawan minyak

Bahan Blend:
20 cili kering- rebus
2 serai- hiris
2 hiris lengkuas( jika suka)
2 bawang besar

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak.

2. Masukkan kacang kisar dan semua bahan lain serta air ikut pekat kuah.

3. Masak hingga mendidih sambil kacau sesekali.Perlahankan api dan masak perlahan beberapa ketika supaya naik minyak.

4. Sesuaikan rasa.Kuah kacang ni elok dimasak beberapa jam sebelum dimakan supaya kuah sebati  menyerap rasa dan lebih sedap.

Emak saya suka makan nasi impit kuah kacang.Kalau makan dengan lodeh lagi la mak suka.Tapi anaknya ni malas nak masak.

Kalau jenis pekat ni kami panggil sambal kacang.Kalau versi cair sikit tu kami panggil kuah kacang.Tapi kadang belasah saja panggil ikut sedap mulut🤣

Lemang ni Pakcik/Achik beli.


Saya suka makan dengan lemang dengan sambal kacang.Nikmatnya tak terkata.
Memang sedap..
Kawan-kawan cuba la...🤭


Mak beli durian Siam.Kesukaan mak makan lemang dengan durian.
Masa 28 Ramadhan mak dah beli durian.Tapi masa tu Adah belum balik.Ni mak beli lagi untuk Adah tapi yang pulunnya Adah punya mak🤣



Saturday 29 April 2023

SYAWAL KE-2 : BERAYA DI RUMAH SENDIRI MENANTI TETAMU

Syawal ke-2 iaitu Hari Ahad,kat rumah kami  @ pekan.

Masih dengan juadah raya.


Main masak-masak...hihihi...


Masak- masak la musim raya lagi kan...
Nampak macam hampir sama dengan kat kampung kan?Tapi ni kat rumah @ pekan..
Kalau kat kampung semalamnya ada nasi tomato..Raya ke-2 kita bernasi impit pula.Kat kampung ada Laksa Utara by Achik..Raya ke-2 kita melaksa sardin pula..
Antara menu Raya ke-2:

*Laksa Sardin

*Nasi Impit

* Ketupat Pulut Hitam & Ketupat Pulut Putih

*Rendang Ayam

*Kari Daging

* Ayam Masak Kicap

*Cekodok Pisang.

* Air Oren Sunquick


Seawal pukul 10 pagi dag siap masak dan hidang atas meja.Sesiapa yang datang bertamu..in shaa Allah inilah rezekinya..


Ketupat Palas .
Pulut Hitam dan Pulut Putih.
Saya potong-potong supaya senang nak makan.
Air tangan mak..

Ketupat segera a.k.a Nasi Impit.
Makanan ni menjadi antara menu raya keluarga kami bermula tahun 90-an.
Kalau sebelum tu nasi impit bukan makanan kami.Tapi sekarang nasi impit menjadi kesukaan mak saya 

Rendang Ayam..

Kari Daging .

Ayam Masak Kicap 


Laksa...
Kalau Syawal hari pertama,Achik masak kuah laksa utara versi asam rebus tu.
Syawal ke2 saya masak pula LAKSA SARDIN..

Kuah Laksa Sardin


Condiment..


Ni la Cekodok Pisang 
Saya buat versiCEKODOK TEPUNG BERAS


Agar-agar Kenduri..🤭Saya masak AGAR-AGAR SIRAP NOSTALGIA


Kuih raya juga sudah terhidang.
Nampak tak kuih raya?
Tu ha...disekeliling pokok orkid tu🤣
Dalam semak samun.
Cahaya matahari pagi...
Rumah kita kosong ja walaupun raya🙈
Orang kampung kat
 " Less is More"

Kan ( untuk sedapkan hati sendiri)...🤣🤣🤣🤣

Tetamu dari Perlis.
Rakan sekerja saya @ KL..
Azizi bersama isterinya Erni dan anak-anak mereka Arish & Arisha....Tahun ni giliran mereka beraya di Perlis.Dah banyak kali mereka nak datang tapi baru kali ini diizinkanNya..
Alhamdulillah.



Jom gi dapur .
Seronok tengok Arisha suka betul makan cekodok tu..Rasanya berbelas biji cekodok dia makan tanpa menyentuh makanan lain.Katanya cekodok tu sedap..hihihi

Saya guna pisang awak yang mak beli beberapa hari sebelum raya.


Pisang awak sebesar dan sebanyak ini hanya RM3.50 sahaja.Berat dekat 3kg ni..Ni kalau kat KL tak kurang dari RM 10 ni 

Arisha...seronok panjat tangga tengok sawah padi kat belakang dapur.
Seronok betul dia explore sekitar rumah.

Kat luar cuaca tak panas sangat sebab baru lepas hujan..Tepi bendang ada banyak buah letup sedang masak.

Seronok betul Arisha meletupkan buah leletup muda..pop! pop! pop!
Macam bunyi bercun pop pop.Kalau zaman saya kanak-kanak..dapat pokok letup berbuah lebat macam ni,memang seronok petik dan makan buah leletup yang manis ni...Depa la ni tak teringin nak merasa...


Sebelum balik kita bergambar sat...evidence untuk dokumentasi lepas raya nanti🤣..


Tetamu ke-2..
Famili Auni, kawan sekolah Cella kat KL..
Rumah depa kat Semenyih.
Depa balik raya Kedah.
Dah 3 kali raya mereka datang beraya kat rumah ni..


Lepak-lepak sembang kat dapur ja..Yang pegang baby tu dari Langkawi.Ralit dengar dia bercerita pengalaman mengharung ombak badai berulang alik dari Langkawi,- K.Perlis-Langkawi.
Kadang ikut Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi.
Dulu hanya ada feri penumpang ke Langkawi.Kalau nak bawa kenderaan kena feri lain khas untuk kenderaan sahaja dan mengambil masa beberapa hari untuk kenderaan sampau ke seberang Sekarang dah ada feri yang boleh bawa kenderaan bersama.
Ceritanya walau Langkawi tu dekat saja tapi kalau apa2 kecemasan tengah malam memang meraunglah kat sana...tengah malam bukan ada bot,feri atau flight dah.Katanya jika dah tengah malam ada kecemasan di Langkwi @ di Tanah Besar ni...biasanya mereka akan menyewa bot nelayan dan harganya bukan murah. Hmmm,ada la kelebihan dan kekurangan tinggal di Pulah Mahsuri tu.


Sembang- sembang sambil makan kuih raya kat ruang tamu pula..
Huduhnya tirai rumah saya🤭🤭..
Nak kena berzikir dan sebut selalu nih...
Sebutan dan zikir akan menjadi doa kan...hihihi
Semoga Allah kurniakan saya limpahan rezeki untuk beli langsir baharu

🤲🤲🤲


Kawan saya dari Sungai Petani.Shah Final,Halimah & anak-anak.Final ni kami panggil Boon.Rakan sekolah saya masa form 6.
Walau hanya kenal 2 tahun masa sekolah tapi persahabatan kami kekal hingga hari ini.Hampir setiap tahun depa akan datang beraya kat rumah kami.Masa sekolah pun beberapa kali juga dia datang rumah sebab kami memang rapat.Tambahan pula kami sesama pengawas sekolah masa form 6 tu.
Sayalah tempat dia mengadu kalau ada masalah dengan girlfriend dia🤭.
Masa dia putus cinta...saya la kena tadah telinga dengar masalah dia..🤣
Saya masih ingat masa tu dia putus cinta..
Akibat terlalu frust..dia pernah cakap dia tak akan kawin dengan orang Kedah,dia akan kawin dengan orang oversea!
Masin mulut dia..Kata- kata menjadi menjadi doa..
Alhamdulillah...
Jodohnya dengan orang Sarawak..
Oversea la jugak kan..!
🤭🤣

Ubat hilang muak makan ketupat rendang..
Kami panggil buah 
remia/ gemia.
Ada yang panggil kundang.Spesis buah setar dan buah merapuh jugak ni..Serupa tapi ada sedikit  perbezaan.

Masa Achik datang,rakan saya masih ada di rumah.Achik segan masuk..
Dia bawa Aqil,Haikal & Adah pi beli kopi..


Huh...lega dapat pekena kopi..
Esok raya ke-3 kita tengok apa pula menu dan agenda...

Wednesday 26 April 2023

TETAMU HARI RAYA @ KAMPUNG

Salam Syawal ke-5 1445.Masih cerita pasal 1 Syawal @ kampung.


1 Syawal memang dari lepas subuh hingga maghrib,biasanya kami akan stay  rumah kampung.Kalau dulu memang kami balik dari KL terus ke kampung.Tapi sejak Achik dah berpindah dari Bangi balik ke Kedah dan mempunyai rumah @ pekan,mak pun dah ikut tinggal dengan Achik.Maklumlah kampung kami jauh ke dalam,kalau apa-apahal lebih mudah kat pekan ni.Kami pun setiap kali balik akan tidur rumah Achik waktu malam dan waktu siang balik rumah kampung.Even,kalau Achik balik beraya ke Pahang pun kami akan balik tidur rumah Achik.Begitulah rutin kami berbelas tahun dulu.Kini,jadual sedikit berubah bila Allah kurniakan rezeki untuk saya memiliki rumah sendiri @ Kedah.Sejak 7tahun lalu,kalau balik Kedah kami akan tidur di rumah sendiri namun aktiviti lain masih di rumah Achik dan rumah kampung.Sementelahan rumah saya dan rumah Achik hanya sepelaung.
Bila raya biasanya kami masak bersama atau masak berasingan dirumah masing-masing dan bawa balik kampung kecuali masa PKP Covid.Selain tu memang rutin kami begitulah kalau balik raya atau balik bukan raya pun.
Begitu juga raya tahun ni

Tahun ni solat sunat hari raya awal la pulak kat surau kampung.Selalu pukul 9.30 baru nak solat.Lagipun kan solat raya puasa disunatkan lambat sikit bagi memberi peluang yang belum bayar zakat fitrah menyelesaikannya.Kali ni pukul 8.45 pagi dah start solat.Mungkin kerana kampung sedang mengalami krisis air,imam mulakan solat cepat agar jemaah yang datang tidak menunggu lama yang boleh memungkinkan wuduk terbatal dengan berbagai asbab.Semua yang datang dah wuduk kat rumah masing-masing.Buatnyabterbatal,naya Pak Karim!🤣.
Surau dan rumah memang tak ada langsung air.Berlarutan dekat seminggu dah.Dulu selalu dengar masalah kat Kelantan ja alami masalah ni.Now kat negeri Jalapang Padi ni pun lagi dahsat.Beberapa hari sebelum raya katanya dah dapat notis seluruh Kedah akan mengalami gangguan bekalan air pada beberapa hari raya..!!
Dugaan betul kan?
Nasib baik perumahan kami kat pekan masih ada air.Tapi kat kampung terpaksalah Achik beli berkotak air mineral sebagai bekalan hari raya.Tu yang wuduk dan rebus laksa kat kampung pun guna air mineral🤭
Namun ada juga segelintir warga kampung yang sememangnya sudah
 "sediakan payung sebelum hujan"  dengan cara menggali telaga biasa dan telaga boring(telaga tiub) sebagai persediaan.Kos sesebuah telaga tiub ni memakan modal ribuan ringgit.Hanya yang berkemampuan memilikinya.
Alhamdulillah,walau dibelenggu masalah air,surau tetap penuh dengan jemaah


Alhamdulillah,dapat menjamu tetamu yang kebanyakan mengalami ketiadaan bekalan air.


Jom kita tengok antara tetamu yang sempat dirakam dengan lensa camera handphone.Semua pic ni saya ambil dari group tele family.Bukan ramainpun ahli keluarga kami..Mak hanya ada 4 orang anak dan dua menantu sahaja..hihihi

Antara tetamu yang datang berkunjung.


Mak la paling seronok tiap kali raya,Alhamdulillah ramai yang datang.Inilah antara keberkatan  dan nikmat masih mempunyai warga emas di rumah.Semoga Allah panjangkan umur mak dan berkati mak dari dunia hingga akhirat🤲


Kanak-kanak yang paling ceria gembira bila tiba hati raya.

Antara pic kanak-kanak yang sempat dirakam.

Parkir kereta tak jadi masalah..Halaman rumah tu telah dibersihkan adik jantan kami sepanjang bulan puasa.Semangat betul dia nak beraya kali ini.


Abaikan la kipas usang tu kerana dua buah kipas baru yang Achik bawa tak dapat menampung,maka kipas usang pun terpaksa dikeluarkan juga.Warna ja kusam tapi takdak habuk na🤭 & masih finction dengan baik.


Bila dah ramai sangat kat luar,anak-anak dara masuk makan kat ruang dadalam.

Seronok bila dapat berjumpa warga kampung kami walaupun ramai yang saya sudah tidak kenal terutama kanak-kanak dan menantu-menantu orang kampung.Maklumlah sesekali balik kampung pun bukan saya menziarah sangat kecuali kenduri.Kalau dulu ssmua warga sekampung boleh kenal..tapi sekarang ramai yang saya tak kenal.Bagusnya,bila kebanyakan mereka datang kerana keberadaan emak sebagai sebagai salah seorang warga kampung yang  mereka masih ambil berat dan prihatin.


Syukur bila Achik masak lauk pauk yang banyak membolehkan tetamu makan sepuasnya.

Antara yang paling humble ni...isteri ketua kampung.Beza umurnya dengan saya hanya setahun..Sama-sama kelahiran tahun 70-an namun beliau sudah berderet cucunya.Ketika saya di tingkatan dua,beliau sudah berkahwin dengan salah seorang  warga kampung kami yang sekarang menjadi ketua kampung.
Ketika saya baru nak ambil SPM depa dah ada anak dua..Rezekinya jodoh seawal 15 tahun.
Sekarang semua anak- anaknya dah berkahwin.Sedang saya masih belum bermenantu.....hihihi


Achik dah replace kipas tu...🤣
Emak beramah mesra dengan tetamu 

Masa-masa beginilah baru dapat mengenal isi kampung.Itupun yang datang berkunjung ke rumah la..Saya memang tak sempat nak berkunjung pada hari raya pertama.In shaa Allah hari raya ke-2 kami akan berkunjungan.


Makan bersila di ruang tanpa dinding  ini memang feel melayan hembusan angin sambil menikmati juadah raya.
Tidak banyak gambar pegun yang dirakam .Banyaknya rakam video sebab lebih cepat dan banyak boleh dirakam.Tapi masalah ya kat sini line selur(slow) giler
Takpalah nanti balik KL kita update video untuk simpan kenangan di sini