Thursday 13 April 2023

MENU RAMADHAN KE 21: TEMPE BILIS BERLADO,AYAM GORENG & ULAM SELOM SAHAJA

 Salam Ramadhan hari ke 22.


Semalam saya masak Tempe Bilis Berlado.
Tapi saya campur juga kentang dan terung.Tempe tu fav Adah.Kentang tu kesukaan abangnya.Bilis dan terung memang kegemaran saya.

Buat tak pedas sangat .
Saya gabungkan cili merah besar dengan cili padi merah Bangladesh .


TEMPE BILIS BERLADO
2 keping tempe- hiris
2 biji kentang- potong bebaji
1 terung bulat- belah 8
1 cawan bilis bersih.
Garam,gula,minyak

Bahan Blend Kasar:
10 cili merah
10 cili padi merah
5 bawang putih
1 bawang besar

1. Goreng garing,tempe,kentang,terung dan bilis.

2. Baki minyak dibuat tumis bahan blend hingga naik minyak.

3. Perisakan.

4. Masukkan semua bahan goreng dan gaul rata.


Ayam Goreng.
Sekarang ni sejak ada pasar segar baru  tu saya dah jarang gi Hero.Tiap hari balik saya singgah beli ¼ ayam dan sayur.Balik tang tung tang dah siap masak lauk dan sayur untuk iftar.Stok dalam peti ais tu dok keras jadi fosil..hihihi

Ulam Selom.
Tak tumbuk sambal belacan pun.Cukup la sambal berlado tu.Kena dengan ulam ni memang sedap.

11 comments:

  1. alahaiiiiiii jauh....hehehe

    ReplyDelete
  2. Memang sedappp. Terung berlado tu feveret saya. Sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  3. Best kalau beli barang terus masak, yg dah jadi fossil tu biarkan, hihi.

    ReplyDelete
  4. fuhhhh mmg menggoda bethol! TERsinggah pulak jam 3.06 petang aduhaiii

    ReplyDelete
  5. simple but dap tu..kena lak ngan selom tu..alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Amboi, tak semawa pun hahaha....
    Sy masak ikan kerisi goreng berlada hari ni...gu dengan masak lemak kobis :)

    ReplyDelete
  7. sedapnyaa makan macam nii. VM sukaaa hehehe

    ReplyDelete
  8. waduhh air tangan mak2 nih mmg mancongkam je., hehe

    ReplyDelete
  9. SA sorang je layan tempe..itupun kena potong nipis2 dan goreng garing buat sambal berlado..percya tak sekeping je beli sorang makan..tapi makan 2-3 hari baru habis..hahahah...

    ReplyDelete
  10. Memang lebih seronok bila dapat memasak guna bahan segar. Untung ada fresh mart dekat.

    ReplyDelete
  11. Cukup sedap tu tempe sambal berlado.
    Kalau ada kombinasi hidangan begini atas meja kami, memang tak puas makan nasi sepinggan! Kena bocorkan periuk juga ni.

    ReplyDelete