Saturday 15 April 2023

MENU IFTAR RAMDHAN KE- 23: MASAK GLASS NOODLE

 

Menu iftar hari Jumaat 
Ramadhan ke 23

Fried glass noodle with prawn 

Bulan puasa ni dah dua kali masak glass noodle ni...hihihi

MEE CERMIN GORENG 
( FRIED GLASS NOODLE)
4 paket glass noodle
( 4 x 40 gm)
10 ekor udang
3 biji telur
5 pokok sawi hijau
1 batang lobak merah
1 batang daun bawang
cili padi,bawang putih,kicap masin,garam,minyak

1. Jerang air hingga mendidih dah rebus glass noodle beberapa minit.

2. Panaskan ¼ cawan minyak dan goreng udang.Ketepikan.

3. Dalam minyak yang sama pacahkan telur dan buat telur hancur.Ketepikan.

4. Tumis bawang putih cincang dan cili padi cincang.Masukkan carrot yang dimayang jejari halus.

5. Masukkan glass noodle yang sudah direbus dan gaul rata.Perisakan dan renjis kicap masin secukupnya.Tambah sawi.

6. Kacau gaul hingga naik wap berasap.Tambah udang goreng dan telur hancur.Gaul rata dan sesuaikan rasa.Tabur daun bawang


Inilah glass noodle yang saya gunakan.Mini pack 40 gm setiap satu.Harga sebungkus kecil tu RM1.80.


Product Thailand berserta logo Halal Thailand di bawah tu.

Kalau nak kepastian boleh call no telefon yang tertera🤭


40 gm


Beza antara glass noodle dan suhun.Yang pack merah tu glass noodle.Yang pack hijau tu suhun.

Perbezaan warna .
Suhun lebih putih  erbanding glass noodle  

Rebus hingga jernih.Bagusnya glass noodle ni rebus dan masak lama pun dia tak lembek benyek.Tetap kenyal

Macam suhun kan....?
Tapi bukan..


Alhamdulillah,rezeki Ramadhan ke 23



4 comments:

  1. Dulu, saya ingat glass noodle dan suhun adalah sama. Lain rupanya. Sedap fried glass noodle ni. 😋

    ReplyDelete
  2. Bagus ek, rebus lama pun tak lembik. Agak2 boleh tak kita gantikan dgn dia dgn suhun dalam lodeh?

    ReplyDelete
  3. Kenyang tau makan glass noddle ni. Saya pernah salah beli, nak masak sayur lodeh. Itulah .... Beza dengan suhun biasa, yang ini lebih keras dan rasanya kurang sesuai dicampur masak untuk sayur, pada sayalah.

    ReplyDelete
  4. kena cari la glass noodles ni..nanti boleh bawak bekal pi kerja...

    ReplyDelete