Sunday 2 April 2023

MENU IFTAR KE 10 : KUE TEOW GORENG & AIR TEH BUNGA KA

 Salam Ramadhan ke 11.


Semalam Ramadhan 10 saya hanya masak Kue Teow Goreng sahaja.
Dah start mengukis,maka makan la ala kadar sahaja untuk iftar.

Pukul 7.00 malam baru saya mula masak.Kelentang kelentung ..Alahamdulillah siap sebelum azan maghrib.


Buat  jeruk cili kicap sebagai booster🤭

JERUK CILI KICAP


5 biji cili merah...kalau cili yang kecut lagi bagus
1/2 cawan kicap manis
1 sudu makan cuka

1. Hiris cili nipis2...kalau yang kecut senang ...gunting kan sahaja...x perlu buang bijinya.
2. Tuangkan kicap manis & cuka..
3. Biarkan seketika supaya rasanya mesra..lagi baik disediakan sehari sebelumnya...simpan dalam bekas bertutup...sedap dimakan bersama kuay teow..mee & nasi goreng..

Jeruk Cili Kicap tu boleh tengok SINI..



Iftar bertiga beranak semalam.
Rebus 3 biji telur ..sorang sebiji.


Buat la Air Teh Bunga KA.
Kali ni lengkap semua bahan.
Teh bunga
Buah longan
Limau Kasturi
Asam boi
Ais


Malangnya bika semua bahan lengkap,anak-anak cakap ..
Air ni lagi sedap tanpa asam boi macam

Kata depa...asam boi tu membuatkan rasa dah tak sesegar teh bunga + limau kasturi dan longan sahaja.

Lain kali nampaknya kena buat tanpa asam boi la...hihihi


9 comments:

  1. Citarasa anak-anak tak suka tambah asam boi ye.
    Encik Suami pula suka bubuh asam boi, timbulkan rasa masam masin sebab teh bunga dan air longan tu dah cukup manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benarlah selera berbeza..hihihi
      Bukan makanan saja kan..kain baju raya pun selera berbeza.

      Delete
  2. Wahhhh.. sikit lagi nak sama menu dengan orang di sanun.

    ReplyDelete
  3. SA pun x suka asam boi..setuju yang rasa masam masin asam boi tu ganggu kesedapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak geng SA..
      Saya boleh ja telan dengan rasa asam boi tu

      Delete
  4. ammi pun buat minggu lepas air ni..tp takde asam boi. pastu gedik gi letak ais krim soda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow ...
      Walaupun gedik..mesti sedap kan?🤭

      Delete
  5. belum berkesempatan lagi nak cuba resepi dari KA

    ReplyDelete