Tuesday 11 April 2023

MENU IFTAR 19 RAMADHAN : KARI IKAN JENAHAK,AYAM GORENG & TEMBIKAI

 Menu Ramadhan ke 19


Makan nasi berlauk kari ikan jenahak,ayam goreng,ulam dan tembikai.


Masa kat tempat kerja lagi dah terbayang -bayang nak massk kari ikan jenahak + terung bulat.Sudah rancang,balik nak beli terung bulat,belah-belah dan goreng sebelum masukkan dalam kari.



KARI IKAN JENAHAK + TERUNG GORENG & BENDI
2 keping ikan jenahak
1 terung bulat ( besar)
3 batang bendi
1 biji tomato.
3 sudu serbuk kari ikan
¼ kotak santan + 2 cawan air
2 bawang merah dan 3 bawang putih
1 sudu teh halba campur
1 asam keping
minyak,garam & secubit gula.

1. Terung dibelah 6 dan goreng hingga masak.ketepikan.

2. Panaskan minyak anggaran ¼ cawan dan tumis bawang dan halba campur.

3. Masukkan rempah kati yang dibancuh dengan 1 cawan air.Masak hingga naik minyak.

4. Masukkan ikan,asam dan garam.Biar ikan ½ masak lalu masukkan santan + air.Biar mendidih.

5. Masukkan terung goreng,tomato dan bendi.

6.Perlahankan api dan biar mendidih perlahan beberapa minit.Sesuaikan rasa.



Ayam goreng panas-panas
Dah nak berbuka baru goreng sebab nak makan panas-panas .

Ulam daun salad sahaja.


Buah kayangan...hihihi
Beli sepotong sahaja RM7.
Alhamdulillah, kita masih ada 10 malam terakhir untuk memburu malam Al-qadar.

9 comments:

  1. Alhamdulillah..dapnye. terliur tgk tembikai tu..nasib bw lepas berbuka dah...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Rezeki berbuka puasa dengan lauk yang sedap. Saya pun buka tembikai juga tapi jus tembikai.
    Tengok tu, di belakangnya ada balang-balang samprit!

    ReplyDelete
  3. sedapnya kari kak oi.... dapat lak bahagian kepala dia tu. Mahalnya kak tembikai tu, musim puasa ni kan lagila waktu panas ni

    ReplyDelete
  4. SA biasa kalau masak kari memang akan ada sambal belacan atau ikan masin goreng...bertambah makan

    ReplyDelete
  5. harga tembikai dah sedia mahal tambah pula sbb resepi viral KA lagi banyak permintaan lagi naik la harga kayangan

    ReplyDelete
  6. Sambal belacannya mana? Pi amek kat rumah SA lekaih!

    ReplyDelete
  7. apa saja menu yg KA buat jadi viral, kompom harga naik hehe

    ReplyDelete
  8. Selamat berbuka puasa
    Nampak sesedap belaka

    ReplyDelete