Saturday 29 April 2023

SYAWAL KE-2 : BERAYA DI RUMAH SENDIRI MENANTI TETAMU

Syawal ke-2 iaitu Hari Ahad,kat rumah kami  @ pekan.

Masih dengan juadah raya.


Main masak-masak...hihihi...


Masak- masak la musim raya lagi kan...
Nampak macam hampir sama dengan kat kampung kan?Tapi ni kat rumah @ pekan..
Kalau kat kampung semalamnya ada nasi tomato..Raya ke-2 kita bernasi impit pula.Kat kampung ada Laksa Utara by Achik..Raya ke-2 kita melaksa sardin pula..
Antara menu Raya ke-2:

*Laksa Sardin

*Nasi Impit

* Ketupat Pulut Hitam & Ketupat Pulut Putih

*Rendang Ayam

*Kari Daging

* Ayam Masak Kicap

*Cekodok Pisang.

* Air Oren Sunquick


Seawal pukul 10 pagi dag siap masak dan hidang atas meja.Sesiapa yang datang bertamu..in shaa Allah inilah rezekinya..


Ketupat Palas .
Pulut Hitam dan Pulut Putih.
Saya potong-potong supaya senang nak makan.
Air tangan mak..

Ketupat segera a.k.a Nasi Impit.
Makanan ni menjadi antara menu raya keluarga kami bermula tahun 90-an.
Kalau sebelum tu nasi impit bukan makanan kami.Tapi sekarang nasi impit menjadi kesukaan mak saya 

Rendang Ayam..

Kari Daging .

Ayam Masak Kicap 


Laksa...
Kalau Syawal hari pertama,Achik masak kuah laksa utara versi asam rebus tu.
Syawal ke2 saya masak pula LAKSA SARDIN..

Kuah Laksa Sardin


Condiment..


Ni la Cekodok Pisang 
Saya buat versiCEKODOK TEPUNG BERAS


Agar-agar Kenduri..🤭Saya masak AGAR-AGAR SIRAP NOSTALGIA


Kuih raya juga sudah terhidang.
Nampak tak kuih raya?
Tu ha...disekeliling pokok orkid tu🤣
Dalam semak samun.
Cahaya matahari pagi...
Rumah kita kosong ja walaupun raya🙈
Orang kampung kat
 " Less is More"

Kan ( untuk sedapkan hati sendiri)...🤣🤣🤣🤣

Tetamu dari Perlis.
Rakan sekerja saya @ KL..
Azizi bersama isterinya Erni dan anak-anak mereka Arish & Arisha....Tahun ni giliran mereka beraya di Perlis.Dah banyak kali mereka nak datang tapi baru kali ini diizinkanNya..
Alhamdulillah.



Jom gi dapur .
Seronok tengok Arisha suka betul makan cekodok tu..Rasanya berbelas biji cekodok dia makan tanpa menyentuh makanan lain.Katanya cekodok tu sedap..hihihi

Saya guna pisang awak yang mak beli beberapa hari sebelum raya.


Pisang awak sebesar dan sebanyak ini hanya RM3.50 sahaja.Berat dekat 3kg ni..Ni kalau kat KL tak kurang dari RM 10 ni 

Arisha...seronok panjat tangga tengok sawah padi kat belakang dapur.
Seronok betul dia explore sekitar rumah.

Kat luar cuaca tak panas sangat sebab baru lepas hujan..Tepi bendang ada banyak buah letup sedang masak.

Seronok betul Arisha meletupkan buah leletup muda..pop! pop! pop!
Macam bunyi bercun pop pop.Kalau zaman saya kanak-kanak..dapat pokok letup berbuah lebat macam ni,memang seronok petik dan makan buah leletup yang manis ni...Depa la ni tak teringin nak merasa...


Sebelum balik kita bergambar sat...evidence untuk dokumentasi lepas raya nanti🤣..


Tetamu ke-2..
Famili Auni, kawan sekolah Cella kat KL..
Rumah depa kat Semenyih.
Depa balik raya Kedah.
Dah 3 kali raya mereka datang beraya kat rumah ni..


Lepak-lepak sembang kat dapur ja..Yang pegang baby tu dari Langkawi.Ralit dengar dia bercerita pengalaman mengharung ombak badai berulang alik dari Langkawi,- K.Perlis-Langkawi.
Kadang ikut Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi.
Dulu hanya ada feri penumpang ke Langkawi.Kalau nak bawa kenderaan kena feri lain khas untuk kenderaan sahaja dan mengambil masa beberapa hari untuk kenderaan sampau ke seberang Sekarang dah ada feri yang boleh bawa kenderaan bersama.
Ceritanya walau Langkawi tu dekat saja tapi kalau apa2 kecemasan tengah malam memang meraunglah kat sana...tengah malam bukan ada bot,feri atau flight dah.Katanya jika dah tengah malam ada kecemasan di Langkwi @ di Tanah Besar ni...biasanya mereka akan menyewa bot nelayan dan harganya bukan murah. Hmmm,ada la kelebihan dan kekurangan tinggal di Pulah Mahsuri tu.


Sembang- sembang sambil makan kuih raya kat ruang tamu pula..
Huduhnya tirai rumah saya🤭🤭..
Nak kena berzikir dan sebut selalu nih...
Sebutan dan zikir akan menjadi doa kan...hihihi
Semoga Allah kurniakan saya limpahan rezeki untuk beli langsir baharu

🤲🤲🤲


Kawan saya dari Sungai Petani.Shah Final,Halimah & anak-anak.Final ni kami panggil Boon.Rakan sekolah saya masa form 6.
Walau hanya kenal 2 tahun masa sekolah tapi persahabatan kami kekal hingga hari ini.Hampir setiap tahun depa akan datang beraya kat rumah kami.Masa sekolah pun beberapa kali juga dia datang rumah sebab kami memang rapat.Tambahan pula kami sesama pengawas sekolah masa form 6 tu.
Sayalah tempat dia mengadu kalau ada masalah dengan girlfriend dia🤭.
Masa dia putus cinta...saya la kena tadah telinga dengar masalah dia..🤣
Saya masih ingat masa tu dia putus cinta..
Akibat terlalu frust..dia pernah cakap dia tak akan kawin dengan orang Kedah,dia akan kawin dengan orang oversea!
Masin mulut dia..Kata- kata menjadi menjadi doa..
Alhamdulillah...
Jodohnya dengan orang Sarawak..
Oversea la jugak kan..!
🤭🤣

Ubat hilang muak makan ketupat rendang..
Kami panggil buah 
remia/ gemia.
Ada yang panggil kundang.Spesis buah setar dan buah merapuh jugak ni..Serupa tapi ada sedikit  perbezaan.

Masa Achik datang,rakan saya masih ada di rumah.Achik segan masuk..
Dia bawa Aqil,Haikal & Adah pi beli kopi..


Huh...lega dapat pekena kopi..
Esok raya ke-3 kita tengok apa pula menu dan agenda...

2 comments:

  1. Bila agaknya boleh beraya rumah Makngah tuuu 🤣.
    Elok je langsir tu. Cantik pada pandangan saya. Hihihi

    ReplyDelete
  2. Nak juga jadi tetamu Mama Cella.
    Juadahnya sungguh mengancam selera. Seronok melayan tetamu yang datang bertandang.

    ReplyDelete