Tuesday 11 April 2023

MENU IFTAR RAMADHAN KE-18: ADAH BELANJA DOMINO'S PIZZA

 Salam Ramadhan ke 20 sudah hari ini.

Semalam tidak bersiaran rupanya.Dihambat kesibukan tugas hakiki + urusan duniawi.


Hari Ahad Adah belanja Domino's Pizza untuk iftar.

Katanya dia dah gaji..Dia belanja la pizza.Lagipun sepanjang Ahad dari lepas subuh hingga maghrib saya menyamprit susu pula.
Hari Sabtu menyamprit dahlia.
Walaupun tahun ni saya tak open order dan hanya buat untuk yang pm tepi sahaja...bila congak.. eh,dekat 100 balang juga.  Saya hanya ada kesempatan weekend sahaja nak menyiapkan.
Sebab tu kena target setiap weekend dalam puasa ni kena siapakan 40 balang.Kita pula buat kecil-kecilan musim raya sahaja.Oven pun sekali bakar tak sampai 100pcs..hihihi
Kalau orang buat kormesial...sekali bakar sahaja beratus..takat banyak saya buat ni ...celah gigi depa saja.
Hihihi.


Hari Ahad membaking Samprit Susu


Bau dia rasa nak ngap ja...hihihi

Ni la antara hasil weekend  baking ....
Masa dok buat Samprit Susu ni la Adah offer nak belanja pizza..
Alhamdulillah.

Adah order 2 pcs Domino's Pizza

Kerana banyak minum air..saya dan Adah hanya makan sorang 2 slices sahaja.Anak jantan tu makan 3 pcs.Semua kenyangan.Balik terawikh,anak jantan tu sambung moreh dengan sekeping pizza dan air Tropicana Twister tu dan bakinya dibawa ke sahur.Makanya dari iftar hingga sahur makan pizza..hihihi
Alhamdulillah.

t
Taktau apa nama 4 pcs bread stick tu apa yang dalamnya berisi moza cheece tu sungguh sedap.
Makan pula panas-panas.

Rezeki 18 Ramadhan 


7 comments:

  1. cantiknya kejadian semperit susu tu kak....

    ReplyDelete
  2. aritu berbuka menu pizza juga tp pizza hut..mula nk bli yg dominos promo 2 pcs rm19 tp kena beli sblum 5pm..tkjd la jwbnya

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan pizza.. sedap jugak kalau dapat time2 puasa ni kan.

    ReplyDelete
  4. menggoda sungguhla pizza dominos akak tu.... sedapnya sekut semperit susu tu

    ReplyDelete
  5. Amboi!
    Cerita tentang domino pizza, belakangnya berderet-deret samprit!
    Moga si mambang terus hinggap di KL sampai selesai menyamprit.

    ReplyDelete
  6. Ada plan gak nak order dominos...esok2 la kot.
    Cantiknya kuih semperit tu...

    ReplyDelete
  7. Dominos pizza fav Opick...beef pepperoni is kemestian

    ReplyDelete