Thursday 20 April 2023

MENU IFTAR 27 RAMADHAN : NASI GORENG SARDIN ADABI TIN MERAH LAGI

 

Menu iftar hari Selasa..27 Ramadhan 

Masak Nasi Goreng Sardin Adabi Tin Merah lagi.

Beli lagi Sardin Adabi Tin Merah..
Rupanya tak semua kedai yang ada jual sardin adabi tin merah ni.Tapi kalau kat shopee memang ada belaka la kan.Ni kat tempat saya...tin kecil tu rm4.50..
Tin besar tu RM8.99(bacanya RM9🤣)

Memang simple sahaja cara saya masak.
-Hanya tumis bawang putih cincang & cili padi merah hiris.
- Terus masuk sardin tin merah ni dan saya tak lenyekkan sebab ikan-ikannya memang hanya sebesar ibu jari tangan sahaja.Jadi dibiarkan sekor-sekor.Ada 5 ekor kecil setiap tin kecil tu.
- Tambah nasi dan gaul rata.Perisakan dan tambah sayur kegemaran.Saya suka sayur sawi hijau.


Ulam pucuk putat dan terung siam hijau.
Hari tu nampak SK berbuka katBERBUKA DI MISS SIAM  ada ulam terung siam hijau ni.Terliur tengok banyak ulaman.Saya mema g penggemar ulaman.Maklumlah dibesarkan di persekitaran ulu kampung yang dikelilingi bendang dan hutan belukar menjadikan saya sangat mesra ulam🤭

Dapat makan nasi goreng macam ni bersama ulaman,satu kenikmatan bagi saya.
Alhamdulillah..

Bukan air sirap..🤭


Tapi hanya air kotak kranberi & delima.

3 comments:

  1. oo terung siam tu saya pernah makan tapi xtau nama..bila balik Kedah kak?selamat hari raya maaf zahir batin salah silap terkasar bahasa sepanjang perbualan kita

    ReplyDelete
  2. Mmg sedap la terung siam tu, sy tak sangka ia boleh makan mentah macam tu dan serap sambal. Tiba hari tu nmpk ada jual gak kat kedai india, lain kali boleh beli kalau kena dgn lauknya.

    ReplyDelete
  3. Emak saya suka makan terung begini dibuat ulam. Saya belum pernah cuba makan ulam pucuk putat.

    ReplyDelete