Showing posts with label RAYA HAJI 2018. Show all posts
Showing posts with label RAYA HAJI 2018. Show all posts

Sunday, 16 September 2018

RESIPI KEK SARANG LEBAH ANTI GAGAL

Kek Sarang Lebah...
Honey Comb Cake .
Titlenya Kek Sarang Lebah Anti Gagal.
Namanya begitu mak aku cakap sebab menurut tuan punya resipi asal kuih ni..
In sha Allah Kek ini Anti Gagal...!
Anti Gagal mean Tidak Gagal la..
Akan BERJAYA..!
Huh...susah sangat ker nak masak Kek Sarang Lebah ni....?
Menurut kata mak aku....
Kek Sarang Lebah ni semua orang pun boleh masak..!
Tapi x semua yang BERJAYA menghasilkan "sarang lebahnya"

Actually Kek Srang Lebah ni dah hampir sebulan simpan dalam folder draff
Sebab resipinya mak aku lum tulis
Tak tahu mana nak amik link
Tak tahu jalan cerita Kek sarang Lebah ni
Cuti 4 hari baru boleh kluarkan draff
hahaha....


Kek Yang dipotong secara rentas a.k.a potong melintang akan nampak la lubang-lubang macam sarang semut
Mak aku cakap Kek ni ada yang panggil
Kek Sarang Lebah
Kek Sarang Semut
Honey Comb Cake
Kek Indonesia
Tapi kat Indon dipanggil Bolu Caremel
Haaa....hati-hati sebut
Sebab salah sebut jadi lain
Sebab 2 minggu lepas kakak gi buat reservation kat KLCC
Kakak kata ada beli sejenis kuih yang dijual orang Indon
Kakak kata kuih tu pernah nampak kat Kedah tapi x tahu nama
Bila tanya penjual tu kakak kata penjual tu cakap nama kuih tu BOLU PUKIS
Kakak kata penjual tu lelaki dan dia pun macam malu2 jer nak sebut nama kuih tu..
Haaaaaa...kalau kat Indon mungkin biasa nama kuih tu..
Actually kalau kat Indon BOLU bermaksud BAULU
Kalau kat Malaysia nak sebut kena hati2
Mak aku cakap hari tu ada jer netizen nakal yang upload kuih BOLU PUKIS ni tapi sebab dorang nakal + blue minded...dorang edit perkataan tu..
Aku cuba search kat Google..
Memang jumpa pic tu..

Perkataan BOLU itu ...O nya telah dipadam bahagian atas kelihatan seakan U...
Tapi nampak sangat kat "U"  tu berbeza dengan "U" yang berikutnya....
Nampak sangat la dorang dah edit 0 tu..
Perkataan PUKIS pula dibuang S nya
Lepas tu suka-suka hati cakap kat Indon ada Kuih B*** P*K*
Yang membaca plak kadang memang x alert pun mender2 ni
Maka....jadilah fitnah
Lagi teruk plak pakat ramai C&P..
Pastu ramai2 lah komen...sampai bergaduh2 pun ada...
Sedangkan tiada pun kuih bernama selucah itu..!!
Tujuan tulis ni bukan nak mencarut..
Tapi nak bagitau ..
Jika ada orang viral nama kuih B*l*  P*k*
tu ...jangan lak komen membuta tuli..
Kerana sebenarnya itu bukan nama sebenar kuih tu macam tu...
Tapi telah diedit dan dilucahkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab..
Lagi 1...kerana aku memang suka nonfon sinetron...maka banyak juga lah perkataan Indonesia yang jika x faham akan membawa maksud lain..
So..hati2  di jalan raya..
Hahahaha




Kalau dipotong memanjang  a.k.a secara jalur akan nampak struktur dalamnya macam ni
Macam Honey Comb la
Ada yang suka potong macam Sarang Semut
Ada yang suka potong acam Sarang Lebah

Makaku cakap kalau kat Indon ada lagi sejenis kuih yang mirip Kek sarang lebah ni tapi warnanya kuning dan bau harum daun limau purut
Dulu masa gi Indon mak aku ada bawa balik kuih tu
Nama Kuih tu BIKA AMBON
Mm....sedap


KEK SARANG SEMUT RESIPI INDONESIA
Bahan Bahannya:
4 butir telur
100 gr tepung terigu- 3/4 cawan
100 gr tepung kanji - 3/4 cawan
100 gr margarin cair - 2 sudu marjerin(sukat  yang belum cair)
50 ml susu kental manis- 1/4 cawan 
1/2 sdm soda kue - bikarbonat of soda
1/2 sdm baking powder

Caramelnya:
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas baru mendidih

1. Buat caramel
 Masukkan gula dalam kuali dan dengan api perlahan hingga gula cair dan golden brown.
2. Dengan hati2  tuangkan air panas mendidih dalam caremel.
3. Jika ada ketulan jangan risau ...terus kacau hingga semua mencair
4. Matikan api dan tambah marjerin &  biar suam
( resipi asal - dicairkan butter berasingan)

Cara Buat Kek Sarang Lebah

1. Blend telur dan susu pekat
2. Tambah caremel & marjerin yang dicairkan tadi
3. Ayak tepung gandum,tepung kanji,soda dan baking powder
4. Tuang bahan blen dalam bekas dan masukkam campuran teoung sikit demi sikit sambil dikacau rata..
5. Jika bergentel...tapis adunan atau  blendkan semula hingga berkrim
6. Sapu marjerin pada loyang dan tabur tepung.Ketuk untuk buang tepung berlebihan
7. Sambil tu panaskan oven
8. Tuangkan adunan dalam loyang
9. Masukkan air panas dalam tray dan letak loyang berisi air panas tadi
10. Masukkan dalam oven





Tepung gandum dan tepung ubi yang sudah ditimbang dan di sukat pula menggunakan cawan sebagai panduan untuk sukatan cawan



Gigih mak aku sukat air  guna jug  yang ada penanda ml...pastu transfer dalam cawan lak untuk dapatkan sukatan cawan


Gula di biarkan mencair dalam kuali tanpa air
Untuk proses buat gula hangus a.k.a caremel


 Bila gula mencair sepenuhnya


Masukkan air panas yang baru mendidih
Hati2 kerana wap panas  dari caremel dan air panas..
Mesti masukkan air panas..
Kalau masuk air sejuk...suhu akan turun mendadak dan gula akan keras ..


Jika ada ketulan caremel..terus masak lagi hingga semua mencair


Tambah marjerin semasa gula caremel masih panas...
Resepi asal marjerinnya dicairkan berasingan..



Biar suam.
Mula2 nampak lapisan marjerin tu terapung


Lama kelamaan ia bercampur


1 adunan 4 biji telur
Tapi ni mak aku guna 8  biji telur sebab terus buat 2 adunan...
1 untuk makan dan 1 lagi untuk raya
Raya tu x makan ke..?
Hahahahaha....


Telur dan susu diblend dan dicamour adunan caremel


Sapu marjerin pada loyang..
Guna tissu jer...
Aku cari gak berus  tapi mak aku cakap guna tissu paper jer sebab lepas guna leh buang
Kalau guna berus kena basuh ngan air panas bagai...



Tabur tepung plak pada loyang yang dah disapu marjerin..
Tujuannya supaya kuih mudah tanggal nanti


Adunan telur dan caremel dituangkan dalam bekas


Tambah campuran tepung  yang sudah diayak..




Jika adunan bergentel....



Tapis atau blend semula hingga licin berkrim



Tiangkan adunan dalam loyang...


Sementara tu panaskan oven dulu 180°c
Guna api bawah sahaja
Jika xde function api x boleh diubah...
Tutup loyang dengan aluminium foil


Bakar/ pangganglah hingga masak.
Setting dulu 50 minit..
Cucuk dengan lidi dalam kek tu
Jika lidi yang dikeluarkan bersih kira dah masak
Jika lidi masih ada sisa melekit..Tambah lagi masa 10 minit lagi


Kek yang sudah masak

Yang bolat untuk makan
Yang empat segi untuk tetamu


Sebaiknya biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong



Sebagai menghargai perkongsian dari tuanpunya resipi asal dan perkongsian yang jujur dari saudara nusantara maka mak aku pesan supaya link kan .
Ini ialah resipi asalnya

Bahan Bahn
4 butir telur
100 gr tepung terigu
100 gr tepung kanji
400 cc gula caramel
100 gr margarin cair
50 ml susu kental manis
1/2 sdm soda kue
1/2 sdm baking powder
 bolu caramel lengkap dgn cara membuat gula caramel



Resipi asal dan cara membuat Bolu Caramel kat sini...


Actually Kek Sarang Lebah ni lah jadi salah satu hidangan untuk Raya Haji hari tu..
Hari ni baru publish sebab lama sangat dalam draff..
Tunggu resipi & penerangan dari big bos..
Akhirnyaaaaa........
Baru siap sampai dah masuk Muharram..
Hahahaha...
Ok..bye

































Tuesday, 28 August 2018

DALCA TULANG

Dalca Tulang.....
Tulang apa?
Tulang Lembu.....
Lembu apa?
Lembu Qurban......


Haaa....ni la Dalca Tulang yang mak aku masak kelmarin tu
Ala.....kan dah citer
Kisah BILA KAKAK KE KEDAI...kat sini tu
Haaa....yang mak aku suruh kakak beli barang2 nak masak Dalca Tulang


Ni la hasilnya Dalca Tulang tu
Actually Dalca tu Kari
Tapi versia campur Kacang Dal dan macam2 sayur
Haaaaa.....lately ni asyik makan Kacang Dal jerk
Hari Raya Haji mak aku masak Nasi Parpu
Parpu tu Kacang Dal la
Mak aku cakap kalau orang India dorang panggil Paruppu..
Ala....mak aku cakap yang kita makan Roti Canai Kuah Dal tu..
Guna kacang dal a.k.a Parpu
Mak aku cakap Dalca akan lebih swdap kalau guna tulang.
Tapi mak aku kata Tulang Lembu la yang sedap tu..
Kalau Tulang Ikan ker...Tulang sotong ker aku x tahu...
Tapi mak aku cakap ada juga yang masak Dalca campur ayam bahagian bertulang macam tulang rangka ayam
Ada juga yang hanya masak Dalca dorang skip daging dan hanya  guna sayur sayuran
Itu versi vegetarian la


Banyak mak aku masak Dalca Tulang
Kata mak aku biar puas makan sebab tulang2 fresh ni dari lembu qurban Hari Raya Haji nyer



Mak aku cakap Dalca ni kalau kat Kedah selanya dihidangkan bersama Nasi Daging
Selain daripada tu sedap dimakan bersama Pek Nga..
Pek Nga?
Pek Nga tu mak aku kata singkatan daripada Tempek Belanga a.k.a Lempeng
Tapi yang aku perasan kalau mak aku ada beli Nasi Tomato yang ada dalca sekali
Selalunya mak aku frozenkan dalca tu untuk makan ngan Roti Canai
Sedappp....
Ni pun mak aku cakap nanti nak bungkus dan frozenkan untuk stok makan ngan Roti Canai
Mmmm....sedap baq ang..!!!

DALCA TULANG
1 kg tulang + daging- rebus empuk
1/2 cawan kacang dal- rebus 3/4 masak
2 biji kentang
1 batang carrot
1 biji terung ungu
1 biji tomato masak
1 cili merah
10 cili api hijau
2 paket rempah kari daging
1 cawan santan pekat + 3 cawan air(
(boleh tambah air ikut kepekatan kuah)
1 sudu kerisik(opsyenal)
1 sudu garam
1/4 cawan minyak

Bahan Tumis:
1 bawang holland - cincang
2 bawang putih
1 tangkai daun kari
1helai daun pandan
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
5 bunga cengkih
5 biji buah pelaga

1. Tulang dan daging direbus hingga daging nampak tanggal dari tulang
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga harum.
3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1 cawan air dan masak hingga naik minyak
4. Setelah naik minyak,masukkan tulang dan daging bersama air rebusannya
5. Masukkan juga kentang yang dipotong wedges,carrot,terung dan kacang dal yang sudah direbus 3/4 masak
6. Setelah terung empuk  masukkan garam
7. Tambah cili merah,cili padi dan buah tomato.
8. Sesuaikan rasa




Ni la bahan sayuran nak masak Dalca tu


Tulang perlu direbus dulu supaya dagingnya lembut


Cara nak tahu daging dah lembut...ialah dengan melihat daging2 mula lekang dari tulang..
Tujuan sirebus supaya dagingnya lembut dan jus dari tulang menghasilkan air rebusan yang berperisa

Haaaaa...dengar tu pesanan mak aku
Mak aku cakap rebua tulang nak bagi daging yang lembut
Bukan tulangnya..
Tulang tu xkan nak lembut..


Masa menumis....
Mmmmmm...satu rumah bau harum
Mak aku cakap bau daun kari vs pandan memang sangat ngam


Rempah Cap O
Rempah import dari Kedah ooooo
Orang utara bila cakap selalu sebut oooooo
Sedap ooooo...
Syok ooooooo...
Hahahaha...


Mak aku pesan kalau tumis rempah kena bagi naik minyak baru kari rasa sedap sebab rempah karinya sudah dimasak dengan semourna
Kata mak aku kalau nenek plak pesan..
Masak rempah kari MESTI dengan api yang sangat perlahan hingga naik mingak supaya rasa kari lebih sedap



Kerisik
Ni stok kerisik yang nenek bekalkan untuk Bulan Puasa hari tu
Kata mak aku kalau nenek masak Kari Daging  atau Kari Ayam nenek akan  letak kerisik
Kari ikan xde la letak
Hanya kari ayam,daging dan pajeri akan diletak kerisik


Kentang ni mak aku cakap kena guna kentang yang warna kuning
Kalau guna kentang putih jenis russet tu mak aku cakap dia terlalu lembut swlwpas empuk dan mudah hancur..
Sebab tu kentang tu lebih sesuai untuk whip potato
Haaaa....tu lah yang aku dwngar mak aku cakap kat kakak


Carrot



Terung
Pesan mak aku..
Sayur sayuran kena potong besar2 untuk mengekalkan bentuk sayur dan mengelakkan dari sayur hancur kerana dalca dimasak agak lama


Kacang dal pula mak aku pesan suruh rebua 3/4 masak sebelum dimasukkan salam dalca..
Kenapa kena rebus 3/4  masak?
Mmmm...mak aku cakap kalau masukkan kacang dal mentah nanti kuah dalca akan berubah rasa kerana bau kacang dal
Kalau rebus 1/2 masak pula nanti kacang dal z cukup empuk
Kalau rebus hingga empuk pula nanti kacang dal akan terlalu empuk sebab akan dimasakkan sekali lagi dalam kuah dalca & bila dipanaskan berylang kali kacang dal akan hancur dan kuah salca akan jadi terlalu pekat macam kuah roti canai
So,mak aku kata kalau rebus 3/4 empuk lebih sesuai kerana bila dimasak dalam.kuah dalca kacang akan masak sepenuhnya
Mak aku cakap itu petua dari Jamies Oliver untuk masak pasta
Mak aku cakap Jamies Oliver selalu pesan jika nakmasak pasta dalam sos...
Jika arahan pada pack.pasta suruh rebus 7 minit..
Kita hanya perlu rebus 5 mimit dan 2 minit lagi diselesaikan dalam kuah atau sos..
Haaaa...jangan x tahu mak aku peminat Jamies Oliver
Aku ngan kakak lebih suka Anna Alson sebab suka tengok Anna Alson masak biskut..kek..dessert yang cantik2 dan nampak sedap..

Bila kuah sudah masak mak aku pesan supaya kecilkan api dan biar mendidih perlahan beberapa minit supaya kuah jadi naik minyak dan cantik
Kata mak aku itu tips yang nenek perturunkan untauk masak kari


Tomato dan cili dimasukkan akhir sekali supaya tomato x hancur dan bau cili kekal dalam kuah


Ok dah ciap....



Mmmmm...My Mom Dalca Tulang