My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Friday, 9 October 2026

PETOLA MASAK LEMAK PUTIH + ISI IKAN ,IKAN GORENG CICAH BUDU

Petola Masak Lemak Putih + Isi Ikan..
Ikan Selayang Goreng Panas-panas
Budu Cap Ketereh
Gandingan  tiga lauk ni bisa membuatkan makan nasi berttamah dan ada peminatnya tersendiri.Kalau dulu lauk ni pasti masuk dalam salah satu hari dalam bulan Ramadhan sebagai menu iftar.
Biasanya saya sorang saja akan makan 
Tapi tahun ni sudah beberapa kali saya masak set menu nu penangan makan kat Rembayung.
Hmmm..baru dwpa tau..lauk ni sedap..
.selama ni dok masak depa tak pandang.....!!



.
Walaupun saya rasa resipi KA dia ginakan iso ikan yang dah direbus..tapi saya masih setia dengan resipi 


SAYUR LEMAK PUTIH PETOLA DENGAN ISI IKAN
1 biji petola
1 cili merah
1/2 kotak santan
1 1/2 cawan air
1/2 sudu teh garam

Bahan Tumbuk:
1 ekor ikan kembung mentah( yang belum dimasak) ambil isinya
1/2 biji bawang besar
1 susu teh lada hitam biji
2 ulas bawang putih

1. Buang gerigi pada petola dan kikis kulitnya

2. Basuh dan potong petola

3. Tumbuk isi ikan mentah bersama bawang,lada hitam dan bawang putih

4. Masukkan  petola,bahan tumbuk ,cilinpotong dan air kedalam periuk dan masak hingga mendidih

5. Tambah garam dan santan pekat 1/2 kotak..

6. Biar mendidih sekejap dan sesuaikan rasa.

7. Siap.

.

Masak Lemak Putih Petola + isi ikan


Kena ada gu dengan ikan swlayang goreng.D
Alhamdulillah dapat ikan selayang besar segar..Sedap betul makan  lepas goreng panas-,panas..Sengaja mandi bereskan semua dulu baru goreng ikan sebab nak makan panas,panas..


Cicah budu.....
Pun sedap betul budunya sebab gunaka cili kampung

Cilipadi kampung dari kebinan di tempat kerja


Bayu baru petik paginya...


Cukup lauk ni sahaja.....puas hati betul. Makanan sefap untukntekak kampung macam saya  tak perlukan makanan have-have...Sebab dah tekak dah terbiasa makanan seadanya...kerana memang kita bukan orqng have have🤭

No comments:

Post a Comment