My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Sunday, 11 October 2026

MAK PATAH TANGAN

 Hari Isnin Achik call bgtau ada kat hospital..Allah.....jantung berdegup kencang menantikan bait bait seterusnya dari mulit Achik...

Rupanya mak patah tangan.Masa Achik call,Achik kat hospital... Rupanya sejak tengahari kat hospital membawa ke pagi hari berikutnya Achik uruskan mak sorang -sorang...huhuhu


Ceritanya ...

Mak gi memancing kat sungai tapi tergelincir kat tebing sungai kerana licin.Entah macamana landing agaknya ..menyenabkan tulang pergelangan tangan tu patah..Mungkin faktor umur membuatkan tulang dah makin rapuh..Nasib baik juga mak bawa handphone,boleh call Achik...Achik bergegas dari tempat kerja ke tempat mak memancing & bawa ke klinik..kemudian dirujum ke hopital...


Begitulah ceritanya tangan mak ni...kata doktor dah pesan lepas ni kena rehat dari memancing kt sungai..kena memancing kat pasar jer🤣Kata Achik..tangan mak akan berimen tu selama 6 monggu...itupun jika lepas ni baik..Kalau masih tak baik...akan ulang lagi prosedure tu...

Dah dekat seminggu,Achik ambil cuti jaga mak...Doakan semoga Allah sembuhkan mak saya dan mudahkan urusan Achik sekeluarga..Mana tau antara reramai yang berdia,ada yang Allah maqbulkan..🤲

 

4 comments:

  1. Semoga mak cepat sembuh ya.. Risau tgk mak2 kita ni jatuh..
    Mak Aini jatuh depan toilet, tulang pinggul retak. Baru tukar besi bulan Ogos tu. huhu

    ReplyDelete
  2. Moga cepat baik utk mak MC 🤲🏻

    ReplyDelete
  3. Ya Allah…memang cemas dengar hal gini kan.
    Moga Allah kurniakan kesembuhan buat emaknya ya.

    Saya suka tengok kat utara ni semua orang lelaki perempuan tua muda pergi memancing.

    ReplyDelete