Thursday 31 October 2019

HOMEMADE ROTI PARATHA vs BEEF CURRY

Homemade Roti Paratha vs Beef Curry
Ni mak aku masak hari Isnin
Ahad cuti Deepavali
So,kalau KL & negeri-negeri yang sewaktu dengannya Isnin pun cuti la
Sekolah plak tak kira sewaktu dah
Semua sekolah pun cuti sampai Selasa
Huhuhuhuhu tahun depan dah x merasa lagi cuti sekolah
Tahun ni nak menikmati tahun-tahun terakhir sebagai murid😭
Tahun depan kalau ada rezeki sambung belajar pun dah x dipanggil murid dah
Dipanggil student...kalau rezeki dapat U dipanggil siswa
Up skit la...
Hahahaha


Roti Paratha vs Kari Daging ni
Memang mak aku masak musim Deepavali
Tapi siyes xde kaitan pun ngan Deepavali walaupun ini antara makanan yang selalu dihidangkan oleh kaum India
Tapi orang India mana makan Kari Lembu..




Hari Isnin tu masa petang langit gelap..
Dah musim dia kannnn
Tak gi mana-mana pun...
Mak aku ajak gi Alamanda,tapi aku malas nak kuar rumah  sebab tengah heavy🤫
Haaaaa...kalau dok umah aku
Tempat fav smua orang ialah tingkap la
Sebab dari tingkap tu boleh nampak dunia luar
Boleh nampak cuaca
Boleh nampak hi way
Nampak bangunan
Nampak lake
Nampak pokok
Nampak burung terbang
Nampak itik berenang dalam lake
Nampak flamingo menggagu ikan dalam air tu
Nampak helikopter & kapal terbang lalu
Nampak LRT,ERL,ETS & lepas ni akan nampak juga MRT
Kalau nasib baik nampak la helikopter datuk tu landing...
Malam-malam plak selalu la nampak bunga api
Nak-nak kalau musim perayaan apa-apa la
Kira tingkap ni macam little Google la..
hahahahaha


Roti Paratha..
By mak aku...
Nampak macam roti canai kan
Tapi memang bukan roti canai
Dah cerita ROTI PARATHA BUKAN ROTI CANAI ...kat sini..
Resipi pun just c&p kat situ sebab mak aku kata sama jer


ROTI PARATHA.... by mak aku
3 cawan tepung gandum
1 sudu marjerin/ butter/ minyak – untuk dough
1 sudu teh yis mauripan
1 cawan air suam
2 sudu susu pekat
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu marjerin/ butter- untuk glis

1. Campur tepung,garam,dan yis mauripan serta gaul rata
2. Tambah marjerin dalam tepung tadi dan gaul ramas hingga jadi berbiji halus
3. Bancuh susu pekat dengan 1 cawan air suam
4. Guna susu suam tadi untuk uli tepung hingga dapat dough seperti dough roti
5. Biar dough mengembang lebih kurang 15 minit
6. Bahagikan kepada 10-12 ketul. Bulatkan doh dan biarkan lagi selama 15-20  minit
7. Gelekkan setiap bagaian doungh  tadi hingga agak nipis anggaran ½ cm
8. Panaskan kuali dan sapu sedikit sahaja marjerin supaya tidak melekat
9. Bila sudah panas,letakkan sekeping adunan tadi dan tutup kuali
10. Bila nampak roti semakin naik dan bawahnya nampak garing,balikkan sbelah lagi dan masak kedua-dua belah roti hingga bewarna keemasan,

11. Sapu marjerin pada kedua-dua belah permukaan roti dan  hidangkan panas-panas bersama kuah pilihan dan minuman panas..

Kari Daging
Roti Paratha panas-panas


Homemade Roti Paratha vs Kari Daging

Wednesday 30 October 2019

KUIH TEPUNG BUNGA - KUIH KELANTAN?

Kuih Tepung Bunga
Kuih fav aku ni
Dah lama mak aku x buat kuih ni
Dulu mak aku selalu juga buat kuih ni
Tengok dalamold post ada jer pernah pos KUIH TEPUNG BUNGA kat sini....
Ada juga pernah post TEPUNG BUNGA ...kat sini


Mak aku kata ni kuih dari Kelantan
Bukan buat kat Kelantan
Tapi asal dari Kelantan.
Yang buat kuih ni sekarang ni mak aku
Buat kat KL bukan la kat Kelantan
Heeee


KUIH TEPUNG BUNGA.....

1Cawan tepung pulut
1/2  cawan santan@air
Secubit garam
1 sudu gula pasir
1 biji telur
Minyak untuk goreng

 1. Capur tepung pulut ,santan dan garam..uli hingga menjadi doh.
2. Bulat-bulatkan sebesar buah melaka
3. Pecahkan telur dalam mangkuk lain & kacau
4. Leperkan bebola tepung pulut tadi & celup dalam telur
5.Goreng dalam minyak panas hingga garing...

6. Angkat kuih & toskan.Susun dalam piring kuih & taburkan gula pasir..


Haaaaa...mak aku cakap ni versi jimat bekas
Gentel bulat & tepekkan jerk kat tebing sungai
hahahaha...tebing bekas ni la
Dalam ni lah uli tepung
Dalam ni juga tepek dough
dalam ni juga pecahkan telur
Mak aku bagi idea yang sesuai untuk orang macam aku yang malas nak basuh banyak-banyak bekas
Hahahaha..manalah tahu nanti masa tengah tunggu result aku akan jadi rajin masak..sebab nampak kuih ni macam senang kacang
kikikiki



dough tu dah dibulatkan & ditekan supaya leper
Macam nak buat  kuih aunty Ogy ...WADEI KEEPING ..kat sini
Hmmm...macam sama jer kan kuih Kelantan & Kuih Banjar
Tapi cara masak lain-lain-lain



Celup dalam telur
Mak aku pesan jangan terus celup semua kuih tu
Bila nak goreng baru celup satu demi satu
Ni pic ni just nak tunjuk kena celup macam tu
Kang ada celup hujung dia jer macam nak celup coklat plak
hahaha
Macam celup Begedil la


Goreng dalam minyak yang banyak
Masa ni bau dia macam bau telur goreng jerk


Dah garing telur tu
Sila lah angkat & toskan atas kitchen towel


Sepatutnyya mak aku kata kena tabur Gula Pasir yang putih tu
Tapi coz kat rumah aku  dah lama juga xde gula putih
Sejak 2019 ni mak aku dah tukar taste
Semua minuman & makanan kena guna Brown Sugar
Takde lagi dah gula putih
So,.....guna jerlah brown sugar ni


Tabur kasi rata atas kuih
Haaaaa...part ni aku suka
Acah-acah aku tabur Bunga Rampai
Hihiihihihi sebab tengok Majalah 3
Masyarakat Chetty kat Melaka sambut Deepavali
Mereka buat Bunga Rampai
Unik la masyarakat Chetty tu amalkan budaya Melayu
Pakai Baju Kebaya & lelaki pakai kain pelikat
Mereka fasih berbahasa Melayu & tidak tahu berbahasa Tamil
Tetapi still agama Hindu & celebrate Deepavali la


Siap
Kuih Tepung Bunga 

Tuesday 29 October 2019

AKU SUDAH JATUH CINTA KEPADA KOPI

Secawan Kopi Panas..
Di awal subuh pagi
Sangat menyegarkan
Bau haruman kopi
Menjadi satu terapi
Untuk memberi  lebih energy
Dulu x feel sangat dengan kopi
Tapi lately ni memang memulakan pagi dengan kopi..
Menjadi peneman study..
Mak aku memang pecinta kopi
Now aku dah faham kenapa mak aku suka kopi..
Semua kopi yang ada kat rumah aku mencuba.
Semua rasa ada beza
Walaupun asasnya kopi


Nascafe Latte Caramel
Paling aku suka
Bau dia sahaja cukup untuk menyegarkan mata
Rasa dia... mmmmm sungguh menggoda


Kopi Pak Belalang..
Mmmm... Ada rasa yang berbez
Tapi setiap kali hirup aku akan teringan cerita Nujum Pak Belalang
Belalang telah kikis bontot kuali buatkan kopi
Terus aku terhenti..
Nascafe latte menggamit aku


Kopi Tenom..
Datang dari Sabah
Mak aku cakap big bos kasi
Bau dia sungguh harum
Rasanya memang rasa kopi
Cair tapi pure.
Sedap tapi nascafe latte tetap dihati..

Kopi Cap Gantang
Yang mak aku selalu minum
Yang selalu aku tumpang sekaki
Mak aku cakap ni minuman popular @ Kedah
Memang import dari Kedah pun

Kadang mak aku buatkan sekali telur 1/2 masak
Makan ngan roti
Sambil minum kopi
Heaven


Haruman yang kunanti setiap pagi
Dulu aku x macam ni.
Tapi lately ni ia terjadi
Memang sah, aku dah jatuh cinta kepada kopi..



ROTI PURI CICAH KARI

Roti Puri Cicah Kari
Sarapan pagi hari Sabtu


Awal pagi lagi mak aku dah siapkan sarapan Roti Puri Cicah Kari
Haaaa... Memang esoknya Hari Deepavali
Tapi sarapan ni mak aku cakap xde kena mengena dengan Deepavali

View awal pagi dari jendela rumah aku
Sedut udara segar sekejap selepas 1 jam buat latihtubi Math
Pukul 9 nak gerak gi study umah Auni ngan Nad

Roti Puri ni antara yang mak aku memang selalu masak kalau ada kuah kari
Kadang mak aku buat kuah sardin
Lagi sedap tau



ROTI PURI
1/2 kg tepung gandum
1bungkus (11gm) yis mauripan
2 sudu susu tepung
2 sudu gula
sikit garam
2 sudu butter
1 cawan air suam-kalau x cukup boleh  tambah
minyak untuk goreng
1. Campur tepung,gula,yis,susu & gaul.
2. tambah air suam + garam sedikit demi sedikit & uli sampai lembut.
3. masukkan butter sikit demi sikit sambil uli sampai x lekat tangan..
4.Bahagikan adunan jadikan bebola sebesar bola ping pong & biarkan 20 minit.
5. Gelekkan bebola hingga nipis & goreng dalam minyak panas.
6. Bila mengelembong balik-balikkan hingga garing & angkat
7. Hidangkan bersama kari


Actualy masa pagi aku x sempat makan banyak pun..
Makan sikit jer
Coz dah minum nascafe latte masa awal pagi dah rasa kenyang
Pastu siap nak gi umah Auni

Monday 28 October 2019

LEPAT LIAT vs KOPI O PANAS

Lepat Liat vs Kopi O Panas


Semalam petang sebelum hantar aku gi seminat BM tu mak aku masak kuih  ni
Untuk minum petang
Hahaha.. Dah lama x rasa minum petang
Coz selalunya petang makan nasi🤣


Mak aku soh aku rasa dulu kuih ni
Tapi aku x nak sebab baru lepas makan Nasi & Butter Chicken.
Lagi pun xnak la kenyang sangat nak gi seminar tu
Nanti mengantuk...
Nak berseminar sampai malam kot..




Resipi c&p dari old post KAT SINI....

LEPAT LIAT
2 cawan tepung pulut
1 cawan gula merah( dark brown sugar) masak dengan 1/2 cawan air & tapis
sikit garam
1/2 cawan santan pekat- santan segar
( santan + air gula merah = 1 cawan)
daun pisang
sikit minyak masak- untuk sapu pada daun pisang...
inti kelapa putih + sikit garam...kalau suka..
1. Uli tepung pulut,air gula merah ( dark brown sugar) dan garam.
2. Tambah santan pekat sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang lembut..
( lagi lembik dari adunan buah melaka)
3. Ambil sekeping daun pisanv dan sapu sikit minyak
4. Ceduk adunan 1 sudu besar dan letak atas daun pisang..
5. Bungkus dengan cara menggulung dan lipat kiri dan kanan gulungan kiuh
6. Susun dalam kukusan dan kukus hingga masak ...anggaran 20 minit.

Lepas lunch mak aku bua kuih ni
Aku plan nak tidur jap
Tapi sebab dah plan nak gi seminar tu
Mana boleh nak lena dah
So, kemas beg & mandi sesiap la


Masa kuih ni dah masak mak aku ajak makan
Tapi aku xnak sebab takut mengantuk
Lagipun lagit dah gelap nak hujan
Kena gerak awal la nanti takut nak lalu Sedaya Collague tu
Kat situ kalau hujan..
Air dari bukit tu turun macam waterfall


Nanti lah balik seminar malam nanti makan
Kuih ni aku suka jer
Sebab rasa dia macam dodol


Lepat Liat vs Kopi 0 panas

KARI DAGING CAMPUR KELEDEK

Kari Daging Campur Keledek
Actually lauk ni mak aku masak sama ngam masak PETOLA ULAR MASAK LEMAK PUTIH... kat sini
Sebab aku ngan abang x makan sayur tu
Mak aku masakkan kari daging untuk aku ngan abang

Kari Daging Campur Keledek
Bila dah petang kari ni makin pekat dan lebih sedap



Kari Daging + Keledek ni sedap tau
Kuahnya sedikit manis keledek tapi bukan la manis macam pejeri😄
Kalau manis macam pajeri... aku pun tak suka..

Keledek Oren
Selalunya Kari Daging +Kentang
Tapi ni Kari Daging + Keledek
Bezanya Potato vs Swett Potato
Mak aku cakap kari ikan, ayam or daging adalah biasa dicampur keledek kalau kat Kedah..
Nenek & mak aku pun selalu masak kari ikan + keledek
Cuma pesan mak aku JANGAN guna keledek purple sebab nanti kuah & rasa dia berubah.
Guna keledek putih, kuning & oren
Kalau Keledek Jepun lagi sedap
Mak aku pernah KARI SALMON +KELEDEK JEPUN... kat sini


KARI DAGING KELEDEK
½kg daging- hiris
1 ketul besar keledek oren
1/2 kotak santan
1 sudu garam
1 paket kecil rempah kari daging
1 paket rempah kari ikan
4 sudu minyak

Bahan Tumis
2 bawang merah hiris
2bawang putih ketuk
2hirs halia- racik jejari halus
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
5 cengkih
5 buah pelaga
1tangkai daun kari
(rempah tumis boleh beli pek rempah sup tulang,tapi ambil bahan tumis sahaja TANPA bunjutnya)

1.Panaskan minyak tumis bahan tumis
2. Masukkan rempah kari ikan +kari daging yang dibancuh dengan 1 cawan air
3. Bila naik minyak. Masukkan daging hiris & masak hingga keluar air daging.
4. Tambah ait & biar mendidih hingga daging empuk
5. Masukkam keldek & biar hingga keledek empuk & tambah air ikut pekat yang disukai
6. Masukkan garam & santan kotak & biar mendidih perlahan beberapa minit
7.Sesuaikan rasa
*** Untuk lebih cepat, boleh rebus daging hingga empuk & baru dihiris & dimasak kari..

Kari Daging + Keledek

SET NASI PUTIH vs BUTTER CHICKEN

 Butter Chicken......


Set Nasi Putih vs Butter Chicken
Lunch tengahari tadi
Sebelum gi Seminar BM
Seminar start pukul 5petang  sampai 10malam
Harap-harap aku x mengantuklah
Dah makan nasi ngan Butter Chicken lak tu
Kaya dengan lemak
Hahahha



Butter Chicken ni dah lama minta mak aku masakan
Tapi sebab dah lama mak aku x beli ayam
Rasanya dah berbulan kot mak aku x beli ayam.
Asyik makan ikan jer dah sekarang
Kalau abang makan kat rumah memang mak aku masak telut jer untuk abang
Telur kicap, telur sambal, telur kurma, telur kari, telur sup, telur dadar, telur mata
Haaa.... All about telur

Rasa malas nak makan nasi sebab nak gi seminar tu
Tapi dah kalau x makan
Bilanya nak makan...
Mmm... Aku dah cakap ngan Auni aku bawa bekal nasi & butter chicken
Nanti break pukul 7 boleh makan
Mak aku x kasi bawa bekal.
Mak aku cakap nanti mesti segan ngan kaean-kawan baru. Mak aku cakap lebih baik gi makan ramai-ramai
Sambil makan boleh kenal kawan-kawan baru
Mak aku cakap bawa jer duit nanti break gi jer lah makan..
Tapi aku plan nak bawa juga
Aku tak pernah malu pun bawa bekal..
Duit aku nak juga.
Kalau bawa bekal duit aku boleh simpan.
Heeee...

Resipi c&p dari oldpost

BUTTER CHICKEN
1/4 block (2 sudu besar butter)
1/2 kiub ayam
1/2 bawang besar-dadu halus
2 bawang putih -cincang
2 pelepah daun kari
1 cili merah-cincng halus
3/4 cawan susu cair
2 sudu cheese powder (hari ni guna 2 cheese slice)
5 biji cili padi cincang
Ayam:
2 keping dada ayam- anggaran 2 cawan isi ayam dadu
1 sudu tepung jagung (boleh ganti tepung gandum)
sikit garam
1 sudu teh serbuk kari ikan / serbuk cili
1 biji putih telur
Minyak untuk goreng

1. Isi ayam dadu digaul dengan semua bahan untuk ayam kecuali minyak
2. Goreng  ayam perap dalam minyak yang banyak hingga garing
3. Dalam kuali  kosong panaskan  butter & tumis bawang besar,cili padi ,bawang putih & daun kari.
4. Masukkan susu cair & kiub ayam.
5. Biar mendidih & masukkan ayam yang sudah digoreng.
6. Masukkan cheese powder (slice cheese) & sesuaikan rasanya..
7.Kuah akan menjadi semakin pekat kerana penggunaan butter & juga tepung yang disalut pada ayam..
8. Sesuaikan rasa


Makan time.....