Tuesday 29 October 2019

ROTI PURI CICAH KARI

Roti Puri Cicah Kari
Sarapan pagi hari Sabtu


Awal pagi lagi mak aku dah siapkan sarapan Roti Puri Cicah Kari
Haaaa... Memang esoknya Hari Deepavali
Tapi sarapan ni mak aku cakap xde kena mengena dengan Deepavali

View awal pagi dari jendela rumah aku
Sedut udara segar sekejap selepas 1 jam buat latihtubi Math
Pukul 9 nak gerak gi study umah Auni ngan Nad

Roti Puri ni antara yang mak aku memang selalu masak kalau ada kuah kari
Kadang mak aku buat kuah sardin
Lagi sedap tau



ROTI PURI
1/2 kg tepung gandum
1bungkus (11gm) yis mauripan
2 sudu susu tepung
2 sudu gula
sikit garam
2 sudu butter
1 cawan air suam-kalau x cukup boleh  tambah
minyak untuk goreng
1. Campur tepung,gula,yis,susu & gaul.
2. tambah air suam + garam sedikit demi sedikit & uli sampai lembut.
3. masukkan butter sikit demi sikit sambil uli sampai x lekat tangan..
4.Bahagikan adunan jadikan bebola sebesar bola ping pong & biarkan 20 minit.
5. Gelekkan bebola hingga nipis & goreng dalam minyak panas.
6. Bila mengelembong balik-balikkan hingga garing & angkat
7. Hidangkan bersama kari


Actualy masa pagi aku x sempat makan banyak pun..
Makan sikit jer
Coz dah minum nascafe latte masa awal pagi dah rasa kenyang
Pastu siap nak gi umah Auni

5 comments:

  1. Bagusnya boleh makan sikit. Dah kenyang.. perut muda hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee... Kadang-kadang boleh jer makan banyakšŸ¤£

      Delete
  2. Kalau Makan sikit lagi bagus. Good habit ooo. Boleh kawal nafsu makan.dan boleh jimat banyak uang.

    ReplyDelete