Sunday 27 October 2019

DEEPAVALI 2019-SEKOLAH CUTI 5 HARI

Tahun ni Deepavali sekolah cuti 5 hari bai..!
Jumaat dah start cuti sampai Selasa
Rabu baru naik sekolah semula
Tapi x plan gi memana pun
Jumaat buat jer latihan modul yang cikgu bagi..
Sabtu semalam gi study ngan Nad kat umah Auni @BTHO..
Nak study Math sebab Auni pandai Math..
Pagi mak aku hantar gi umah Auni...
Bawa la Muffin Pisang tu sekali makan ramai.
Mak aku buat 10pcs
3 makan.. 7 aku bawa gi rumah Auni
Kakak Auni lak masak Maggi Goreng
Makan la sama-sama + muffin pisang

Tengahari pukul 1 gi kenduri kestukuran rumah Khai kat Baiduri.
Gi ngan Auni, Nad, kakak Auni jalan kaki jer ikut shortcut jelan belakang

Tengokla Khai punya jahat..
Dia pesan suruh aku ngan Auni ngan Nad pakai jubah hitam untuk gi kenduri rumah dia
Dia kata nak kasi nampak sedondon
Aku ngan Nad ngan Auni pakai la jubah hitam
Sekali sampai rumah dia kena gelak ngan makcik2 marhaban sebab makcik2 marhaban pakai jubah hitam semua..
Kitorang dah macam makcik^ marhaban
Yang si Khai elok jer pakai kebaya..
Dia siap boleh joint gelakkan kirorang lak tu
Siap cakap sajer soh kitorang pakai jubah
Supaya kitorang nampak makcik2 & barulah dia menyerlah sebab pakai kebaya.
Hadoiiii.....ada juga kawan macam ni..
Tak senonoh tul Khai ni..
Hahahaha..
Lepas makan balik semula rumah Auni sambung buat latih tubi Math...
Pukul 6 mak aku datang amik aku


Balik singgah Pasar Malam sebab aku nak cari Corndog.
Walaupun hujan singgah juga sebab aku nak corndog
Sib baik ada...

Yeyyy.... Masuk jer kereta terus makan
Sebab kakak yang jual tu 11x pesan suruh makan panas-panas untuk feel melting moza cheese tu
Kakak tu cakap kalau sejuk cheese tu dah xak melting..
Haaaa... Makan panas-panas dalam hujan memang layan ar....
Pastu balikkkkkk....
Penat

3 comments:

  1. Bagus ada masa utk revising..jangan lak pulak sebuk beraya...rugi masa...

    ReplyDelete
  2. Kot kotlak sebum nak beraya Dan bakar mercun 😄

    ReplyDelete