Tuesday 28 February 2023

CELLA DAH SELESAI FINAL EXAM SEM

Alhamdulillah Cella dah selesai final exam untuk sem satu.

Sebagai reward kerana berjaya selesaikan semua tugasan dan exam,kita bagi la sikit pemanis jiwa.
Lagipun masa 
21th BIRTHDAY dia request nak kek ni tapi masa tu takda stok & dia tengah struggle final project & assignment.


Hari terakhir exam,kita pun pi la kedai kek tu.Alahamdulillah,ada stok tapi takda la dapat tulis belated birthday..kerana ready stok dah tulis "Love"..
Pun boleh la kan...hihihi


Lastday dia pinjam kereta abang dia konon kata nak angkut barang bagai.Padahal kita tahu la sambil menyelam sambil minum air kan...
Depa pi IOI makan-makan ramai-ramai kata reward diri.Untung depa la ni buat apa semua ada reward.

Kek dah tak rupa kek.
Kata Cella dia suruh salah sorang classmate ni pegang sementara dia drive.Yang kawan tu pulak tak tau kata dalam kotak tu isinya kek.Dia punya hayun ke kiri dan ke kanan macam ayun buai.Berlari-lari la kek dalam tu..🤭🤣

Pak Nil...kalau tak silap orang Batu Pahat..Antara kawan-kawan Cella yang saya kenal sejak dari UniSZA.

Ni pun classmate Cella yang saya kenal sejak depa di UniSZA lagi..Orang Kuala Selangor.
Depa bertiga la antara yang sesama gi interview untuk sambung degree kat UPM hari tu.
Alhamdulillah,depa bertiga dapat bersama kelas hingga sekarang.

Raziq...orang Melaka kalau tak salah.Raziq pun dah beberapa kali jumpa bila pi hantar Cella kat kolej.
Raziq tak sama tempat masa diploma.Dia budak metrik..Eh,sedap ja saya panggil dia"budak"..hihihi.
Depa semua on the way nak gi makan kat IOI.Kata Cella dia hantar pic ni sebab nak cerita pasal kek yang saya kirim tu la.
Katanya dah tak rupa kek sebab dah dihayun macam hayun buaian...hihihi


Ini lah rupa kek yang asalnya cumil kiut tu.Dah rupa kek tsunami..hihihi
Salah Cella la tak bagitau kat  kawan yang bawa tu yang dalam kotak tu ada kek.
Tak apa la...tak mengubah rasa kek pun.Apapun Alhamdulillah,dah selesai sem satu..
In syaa Allah pertengahan bulan Mac masuk sem dua pula 
Doakan untuk Cella agar dikurniakan kejayaan cemerlang dan dimudahkan urusan serta diberkati Allah sentiasa.Juga doa yang sama untuk sepupu Cella Afif Haikal & Aqil Harith.
Untuk anakanda Iman Fatihah di UTM Skudai..
Anakanda Dania di UCAM,anakanda Pia di Kuantan yang akan melangkah ke sekolah menengah,anakanda Iris  di Ng Sembilan...Aiyyan di( ala lupa pulak Dana tinggal kat mana)..anakanda Daus di LD..Adik,Abang Kakak di Gombak,Anakanda Ahnaff & Sofea..
The iMANs di Sarawak,Anakanda Kyra & adik beradik..
Juga semua anak-anak yang tak tersebut nama sama ada yang sedang belajar..yang memasuki pasaran pekerjaan atau di mana jua berada.Semoga Allah lapangkan rezeki kalian dan limpahkan rahmat dan nikmat hingga ke syurga..🤲🤲🤲

Monday 27 February 2023

SUP MASAM PEDAS ALA CINA

 Hari tu nampak video soup ni melintas kat wall.Nampak menarik.

Saya pun mencuba..


Sup Masam Pedas Ala Cina..

Wah,sedap la .


Anak-anak pun semua suka.Pakat hirup sorang semangkuk dalam kedinginan malam berteman hujan gerimis.Memag layan

Jom la cuba kawan-kawan..Saya kalau benda sedap suka ajak yang lain juga mencuba..Seronok kalau dapat makan sedap berjemaah walau hanya kongsi pic @ resepi.

Kalau yang tak sedap,biar dendiam dalam draff..hihihi

SUP  CENDAWAN MASAM PEDAS ALA CINA

10 cendawan shitake kering - rendam kembang dan hiris

5 Cendawan hitam kering( black fungus)- rendam dan hiris

1 pack tauhu lembut- hiris halus memanjang

( toreh-toreh saja sebb tauhu lembut yang buat tauhu kukus tu)

2 bawang putih & sikit halia (semua dicincang)

1 cili merah(cincang)

1 telur( kacau)

1 sudu tepung jagung(tapi saya lagi suka guna tepung ubi)


2 kiub ayam

Sikit minyak dan minyak bijan

Daun sup dan daun bawang.

Sos tiram,kicap masin, sos cili,cuka makan & serbuk lada sulah


1. Panas sesudu minyak dan tumis bawang putih+ halia cincang.

2. Masukkan 5-6 cawan air hingga mendidih.

3. Tambah kiub ayam,segala sos dan kicap,cuka dan semua cendawan serta tauhu lembik cincang.Sesuaikan rasa.

4. Bancuh tepung jagung dengan sikit air dan tuangkan dalam sup sambil kacau hingga nampak sedikit pekat.

5. Kacau telur dan tuangkan dalam sup sambil dikacau membulat agar telurnya bertali.

6. Tabur daun bawang/daun sup dan renjiskan minyak bijan.


Sup menggelegak cair sebelum ditambah tepung ubi.

Sup panas sudah siap.
Tapi sebab dapur saya agak malap..nampak warna tak menarik.


Ni dah bawah lampu terang..Warna dia cantik.Cuma saya takda daun bawang.Hanya daun sup.
Sup Pedas masam yang sedap pada tekak kami.
Kami menghirup sup ni sorang semangkuk tanpa nasi.Kenyang dan berpeluh


Saturday 25 February 2023

SARAPAN PULUT KACANG vs KOPI O PANAS

Dah seminggu tak update blog ni & tak jenguk. Sepanjang minggu ni kat tempat kerja..hanya menumpukan kerja-kerja fizikal & tak usik PC.Kerja -kerja fizikal ni memang penat badan tapi seronok kalau kena dengan team.Dah lama tak dapat team yang sekepala.Seminggu ni walau kerja dah macam buruh kontrak tapi happy.Pepagi semangat,tengahari keluar lunch.Balik,sambung buat kerja.Sampai rumah,mandi & makan.Dah beberapa hari juga lepas maghrib,saya dah dibuai mimpi.Dinihari,orang lain bertahajjud,saya baru nak solat Isya'..hihihi.


Agak lama semangat kerja merudum.Ni baru kembali bertunas.Harapnya semangat terus mekar hingga ke garisan penamat 2031 .Itupun kalau keadaan mengizinkan dan  umur panjang...hihihi


Kena siapakan juga kerja  ikut masa kerana minggu depan plannya nak balik kampung sekejap.Caiyok💪

Kerja beres baru tenang nak bercuti a.k.a balik kampung


Hari ini saya sarapan Pulut Kacang.Bersama secangkir kopi 0 panas.
Seminggu suntuk saya sarapan nasi lemak bungkus bersama team kerja kami.

Setiap pagi saya singgah lain-lain gerai nasi lemak bungkus dan beli 10-12 bungkus sebagai sarapan sebelum memulakan kerja.Sayangnya,saya langsung tak ingat nak snap.

Pic ni by Terrence.Terrence ni Sabahan dari suku kaum Kadazan.Katanya lagi berselera makan bila prensentation menarik.Hihihi
Dia teruja bila setiap pagi saya letak nasi lemak dalam bakul buluh ni bersama sesikat pisang.Kemudian saya bancuh kopi O dan selesai sarapan.Kami bertujuh sahaja.Empat perempuan dan tiga lelaki.Kami perempuan makan sorang sebungkus dan yang lelaki sorang 2 bungkus.Pisang juga minggu ni dah 3 sikat selesai kami belasah Betul-betul mengerah kudrat.


Pagi ni tak makan nasi lemak tapi tapi tu la ..makan pulut la pulak..lagi berganda kalori...hihihi


Saya masak pulut kacang.
Dah lama tak masak pulut.Padahal biasanya dalam sebulan beberapa kali juga saya akan masak pulut kerana semua suka,terutama pulut kuning.Kalau pulut kacang ni saya sorang ja suka.Jadi,kalau nak makan pulut kacang,saya juga akan masak pulut plain tanpa kacang  untuk anak-anak 

Pulut kacang ni sebenarnya pulut lemak aka pulut kukus yang digaul dengan santan bergaram.Lemak dan sedap.

Cuma saya tambahkan kacang mata hitam aka kacang ketupat ni.Pulut dan kacang saya rwndam berasingan dan kukus sebelah menyebelah.

Untuk resipi dan cara masak pulut kacang ni boleh rujuk old post
PULUT KACANG..kat sini


Sepatutnya digandingkan dengan rendang atau sambal bilis.Tapi pagi ni saya gandingkan dengan ikan pekasam goreng dan sambal sardin.


Harusnya ditemani kopi O panas.

Manikmati kepalan pulut lemak betkacang,dicubit sikit ikan pekasam dan dicicah sambal sardin memberikan kombinasi yang sedap ditekak saya.





Monday 20 February 2023

MENANTI RAMADHAN



يبقى ٣٠ يوما فقط على عودة شهر رمضان الكريم .. قد غبت وإليك اشتقنا


Tinggal 30 hari sahaja lagi untuk Ramadhan kembali.

Sesungguhnya engkau telah menghilangkan diri dan kami sangat rindu kepada kepulangan engkau.

Sunday 19 February 2023

TUMBUHAN LIAR: TIMUN TIKUS BOLEH DIMAKAN

 

Timun tikus..
Ramai yang kenal timun tikus.Tapi ramai juga yang belum kenal kan?



Sebelum cerita timun tikus ni ada cerita lain.Semalam punya semalam,hampir saya terkurung.Ceritanya dok ralit siapkan kerja tak sedar semua orang dah balik.Tengok-tengok kat depan tu semua parkir dah kosong.Terus kemas-kemas kunci pintu bilik saya & masa nak turun tu.

Sampai saja tangga ofis lavel 1 ,tengok-tengok dah bermangga.Aduh,sudah..macamana ni..?
Tinjau kat pondok jaga,nampak kelibat dua orang guard dalam pondok.Puas saya memanggil,tak ada respon.Nasib baik ada save nombor salah sorang  guard tu,..Call,nasib baik berjawab.Bila cakap saya terkurung kat tangga ofis,pecah la ketawa depa.
Kata depa nampak parkir dah kosong,ingatkan semua dah balik.Lagipun dah lewat petang.
Hmmm betul la jugak.Parkir semua kosong sebab kebetulan saya parking kat belakang dekat tangki air sebelah pokok cermai tu.Kata depa,nasib baik depa tak pi meronda atau pi solat kat surau.Kalau tak alamatnya tidur la kat depan ofis tu..hihihi



Masa jenjalan nak ke kereta di  belakang tu la saya nampak pokok ni..
Macam pokok timun tikus.


Bila diamanati...
Ya betul..
Pokok timun tikus.
Ada beberapa biji buahnya sebesar hujung kelingking..

Pokoknya menjalar atas pokok bunga ni.

Rupa pokoknya seakan pokok timun juga cuma daunnya kecil dan licin tak berbulu.


Bunganya kuning dan comel.


Saya petik buahnya dan ..
Inilah saiz buahnya yang comel tu.
Bila dipecahkan berdetup bunyinya dan bila dikunyah rangup prup prup prup.
Rasa dan baunya sebiji rasa dan bau timun biasa tu.Cuma masa mula gigit ada little sour macam rasa timun tua yang orang buat gulai tempoyak tu.

Bila saya google rulanya ada dua versi timun tikus ni.Ada sejenis lagi yang buahnya lebih besar saiz jari telunjuk dan bunganya pula putih macam bunga markisa.
Saya share link youtube
DUA JENIS TIMUN TIKUS tu sebagai info bersama.

Saturday 18 February 2023

TIPS REBUS PUCUK UBI KEKAL HIJAU CANTIK


Pucuk Ubi Tumis Pedas.
Lauk jahat yang bisa membuat periuk nasi bocor(pinjam peribahasa SK)

PUCUK UBI TUMIS PEDAS
1 cekak pucuk ubi.
sejemput bilis bersih
minyak,garam & secubit gula

Bahan tumbuk:
5 cili padi
3 bawang putih
3 bawang merah

1.Rebus pucuk ubi dan hiris halus/ kasar ikut selera

2. Panas sikit minyak dan goreng bilis,ketepikan.

3. Tumis bahan tumbuk dan masukkan pucuk ubi hiris 

4. Perisakan dan tabur bilis goreng.

5. Sesuaikan rasa.

Sayur pucuk ubi yang dah direbus dan ditumis.Namun warna hijaunya masih menyerlah dan nampak cantik serta segar kan..
Dah la  teksturnya lembut sedap,warna pula kekal hijau.
Nak tau rahsianya...
Ok,rahsia ni saya dapat dari saudara kita di negara jiran  diseberang Selat Melaka.

1. Petik pucuk/daun ubi sekitar 4@5 helai sebelum pucuk paling muda.
Maksudnya pucuk paling atas yang masih belum rupa daun tu kita TAK AMBIL.Kita hanya ambil daun yang dah lebar dan warna dah hijau.Setiap tangkai kita ambil lebih kurang 4@5 helai daun bawah pucuk paling atas tu.

2. Jerang air dalam kuali hingga mendidih dan masukkan sikit garam dan sesudu minyak masak.Kalau rebus banyak masuk lebih la.

3. Tip paling penting : masukkan sesudu kecil Bikarbonat of Soda.

4. Masukkkan pucuk/daun ubi tadi dan rebus lebih kurang 5 minit.

5. Angkat dan basuh pucuk ubi tersebut dah perah airnya.

6. Sedia dijadikan ulam atau dimasak sebagai lauk.

*** Alhamdulillah,pucuk ubi lembut dan sedap serta cantik.Saya telah mencuba ternyata menjadi.Maka saya kongsikan dengan rakan-rakan semua.


Sebagai pelngkap lauk Pucuk Ubi Tumis Pedas tu saya gorwng telur dadar berkucai...Pun sedapnya...rasa macam makan lempeng korea pula...hihihi


Oleh kerana Pucuk Ubi Tumis Pedas saya dan Adah dah habiskan..maka untuk anak lanang nan sorang tu..saya masak Nasi Goreng B*d*h saja..hihihi
Letak telur dan sayur broccoli saja..Tapi dia punya sedap....ya ampun..
Hihihi...kadang kita puji jugak diri sendiri sebagai motivasi...hihihi


Thursday 16 February 2023

KERABU PUCUK GAJUS + SARDIN & LAUK MANDAI

 Hari tu Ros ada bagi secekak pucuk jangguih(gajus)Memang dalam kepala dah plan nak buat Kerabu dengam Sardin 


KERABU PUCUK GAJUS + SARDIN

1 cekak pucuk gajus

1 tin kecil sardin( saya guna mackerel)

½ bawang besar hiris

½ limau nipis

5 cili padi merah.

Sikit belacan (jika nak bau melekat kat tangan🤭)

garam gula secukup rasa.


1. Pucuk gajus hiri halus atau kasar ikut selera.

2. Lenyek kasar sardin.Sos pun ambil juga

3. Campur dan gaul semua bahan.Sesuaikna rasa.


Hasilnya...


Memang sedap menjilat jari..
Ini adalah salah satu lauk nostalgia keluarga saya 
Dulu kalau musim kemarau semua pokok gugur daunnya termasuk pokok gajus.
Bila hujan,semua pokok mengeluarkan pucuk beserta bunga termasuk pokok gajus.( Kira musim bunga la)
Sebelum bunga keluar,mak dan juga orang kampung saya memang akan ambil peluang petik pucuk gajus yang sedap dijadikan ulam bukan sahaja dimakan bersmaa nasi tapi pucuk gajus juga sedap dijadikan ulam laksa.
Selain itu,menu popular ialah kerabu pucuk gajus + sardin.Memang banyak pucuk dari sardin la kerana sardin dikira lauk special dan agak mahal bagi kami.Kalau tak salah saya masa tu  tahun 80-an setin kecil sardin King Cup harganya 45sen kat kampung saya.Kalau kat pekan hargatnya 40 sen sahaja.
Cuma masa kanak-kanak mena la suka ulam..Rasa macam spoil betul bila sardin yg sedap tu mak campur ulam.
Seingat saya juga sardin yang masuk dalam rumah kami mak hanya masak 2 menu  sahaja.Kalau tak masak tumis dengan suhun bubuh kuah setengah periuk,mesti mak buat kerabu dengan pucuk gajus.Pucuk gajus pula kalau tak kerabu dengan sardin...mesti kerabu dengan udang bendang yang mentah.Memang udang mentah yang tak dimasak.Udang tu besar sikita dari udang geragau tapi memang dimakan mentah.Biasa mak-mak ja suka.Anak-anak akan cucuk udang berderet pada lidi dan bakar atas bara api..Sedap sungguh.
Ok..itu duluuuu...Lama dulu zaman kanak-kanak dan remaja.hihihi


Saya juga goreng jeruk  kulit cempedak @ mandai bersama bilis,cili dan bawang..



Telur mata goreng+ bawang dan cili..tuang kicap mentah...

Memang tiada istah diet kalau makan lauk begini.hihihi


Wednesday 15 February 2023

NASI GORENG JERUK DABAI


Masak Nasi Goren Jeruk Dabai.

Hari tu ada buat JERUK BUAH DABAI


Alhdulillah masih elok walau tak simpan dalam peti ais pun..
Ada 2 botol.Seboto nak bawa balik untuk mak kat Kedah.
Sebotol lagi untuk diri sendiri.
Sebelum-sebelum ni pernah dah masak NASI GORENG JERUK BUAH DABAI..kat sini
 dan juga KAT SINI
Tapi biasa saya masak dengan cara masukkan buah dabai dalam rencah nasi goreng atau goreng jeruk dabai bersama nasi.

Baru ni saya dapat ilmu baru bila terjumpa perkongsian dari salah seorang Sarawakean.
Katanya sebelum goreng,nasi tu digaul bersama buah dabai @ jeruk dabai hingga rata.Kemudian,baru digoreng bersama rencahnya.


Saya pun ikut tips berkenaan.
Jeruk dabai dilenyek dan gaul dengam nasi putih yang sudah disejukkan.

NASI GORENG JERUK DABAI
2mangkuk nasi
15 biji jeruk dabai
5 cili padi merah ( hiris)
1  genggam bilis bersih
1 pokok daun bawang
2 bawang putih
² bawang merah
Minyak,garam,perasa

1. Lenyek jeruk dabai dan gaul dengan nasi yang telah disejukkan 

2. Panaskan minyak
Goreng bilis dan ketepikan

3. Tumis bawang mwrah,bawang putih dan cili hiris.

4. Bila garing masukkan nasi yang dah gaul dengan jeruk dabai.

5. Kacau gaul hingga naik wap.Tambah garam & perasa & gaul rata.

6. Sesuaikan rasa.Tabur bilis goreng dan daun bawang.Siap

Hasilnya memang lebih menarik dan lebih sedap kerana jeruk dabai meresap dalam nasi.


Tapi tu la...
Saya tamak...
Saya guna 15 biji jeruk dabai untuk 2 mangkuk nasi
Sedap sangat kerana jeruk dabai lebih terasa.



Makan pula dengan keropok ikan Trengganu
Bersulam Kopi O cap gantang made in Kedah.
Tiga negeri bersatu dalam satu menu..


Tuesday 14 February 2023

HAPPY BELATED BIRTHDAY ESAH & DILA

 

Happy belated birthday untuk Dila & Aisyah a.k.a Esah.Dila lahirnya bulan Disember tapi masa Disember,Dila tak nak raikan kerana ayahnya sedang sakit.

Esah pula memang lahirnya bulan ni Februari.Jadi geng ofis plan sambut dua orang sekali...


Temanya KUNING..
Semua kena pakai kuning kecuali birthday girl...dua-dua pilih purple.
Saya,Ekin,Shifa & Jas memang banyak bertapa dalam bilik  kami masing-masing.
Bila ada event macam ni baru kami keluar gua kami untuk bersama geng ofis yang banyak membantu kami.
Saya nak isi itu ini semua cari Esah.. Esah tak pernah tolak..Membantu tak berkira.Dila pula mak kutu & master mind aktiviti.Masa pi IDEAS HOTEL Dila la yang urus.
Sebelum ni pun geng ni buat trip ke Hadyai,tapi saya tak dapat ikut.
Tapi bulan Mei ni depa dah plan nak berladies lagi ke luar KL pulak..
Kita tungguuuu...!

Kalau depa di ground floor meriah dengan birthday party ikut lorong.
Kami di ²nd & ³rd  floor meraikan cara kami.

Setiap bulan Dila akan ingatakan seriap anggota untuk sisihkan minimum RM20 untuk infaq.
Zura diamanahkan menyalurkan infaq tersebut.
Dila juga akan kejar bayaran kutu.hihihi...

Macam kali ni Esah & Dila order set lengkap lunch.
Ada aneka makanan:
- Nasi
- Ayam Masak Merah
- Kari Daging
- Acar Jelatah
- Sayur Campur
- Ulaman & Sambal Belacan
- Buah Oren
- Puding Nata
-Air Sirap

* Laksa Utara

*** Semua pakej di atas RM15/pack( berbaloi kan)

Side dish:
- Brownies
- Kek pisang
-Cream Puff
- Tepung Bungkus
-Vadei
- Nona Manis



Dila dah bagitau awal-awal....majlisnya lunch hour.So,biarlan perut kosong lama sikit sebab banyak nak isi ni...hihihi


Tiada SR Cake tapi ada Brownie ni



Cream Puff sedap sangat...sumbangan Zura.

Nona Manis pun cukup lemak manisnya.


Kek Pisang
Kalau tak salah by Ekin


Vadei Panas.

Ulaman dan buah

Tepung bungkus.
Saya tak rasa yang ni sebab inti kelapa tu dicampur durian.
Kalau inti kelapa saya makan.Durian pun saya makan.Tapi kalau + dua tu saya tak makan.
Begitu juga dengan wajik serta dodol saya makan.Tapi kalau + durian saya turn off.
Sama juga budu,saya makan tapi kalau letak durian...i'm sorry..
hihihi


Laksa yang sedap sangat.Saya makan 2 mangkuk..Saya rela tak makan nasi kali ni walau nampak lauk sedap.Kekenyangan laksa.

Makan kat pantry ja.


Tapi kenyang sampai malam


Ni pic sebelum makan
Lepas makan...sampaikan hadiah la pula.

Hadiah untuk Esah..disampaikan oleh Pn Isma

Hadiah untuk Dila.Sama hadiahnya.
Birthday girl sponser makan.Yang makan pula pepandai la share beli hadiah kan..🤣

Selamat ulangtahun kelahiran untuk Aisyah dan Dila.Semoga  Allah limpahkan rahmat dan berkat untuk kalian.