Sunday, 31 July 2022

MAKAN KUNAFA

 Ada yang sebut kunafa.Ada yang kata sebutan dia knafeh..Tak tau la yang mana sebab ni makanan Timur Tengah katanya.


Anak bujang tu beli sebab adik bongsu dia dok sebut-sebut nak sangat..
Tapi bukan beli kat Bukit Bintang...kat Bukit Bulan agaknya不
Ni ada orang open order katanya...Tak tau berapa RM...tapi katanya boleh tahan juga harganya..

Hari tu kata nak pi makan kunafa ni kat Bukit Bintang...Tapi balik saja.Katanya ramai sangat manusianya...Last2 pi makan menda lain...
Pastu dok buat ayat sedih kat abang dia kata tak dapat makan kunafa...

Dah dibelinya 3 pack...Merasa juga la saya pun..Adah takda ni...sebab tu beli 3 saja..


Pada tekak saya...tak tau nak komen.Kalau yang suka cheese maka pasti la suka kannn..
Pun saya tak pasti memang kunafa ni sama atau sebaliknya dengan Kunafa kat Turkey nun...
Belum pernah sampai Turkey...Tapi dalam zikir niat tu ada nak pi...hihihi


Yang halus-halus rangup tu saya rasa dah macam kuih karas yang famous kat Kedah tu..Tapi versi bercheese la五不


SARAPAN MEE OATS

Subuh- subuh tadi dah mengisi perut depan TV sambil mendengar alunan Surah Yassin dan disambung dengan Tanyalah Ustaz @ TV3.

(jenjarang dapat tengok TV pagi2 kan五)

Sepiring mee oats bersama secawan kopi 0 panas.Kalau 10-20 tahun dulu ,pagi minggu macam ni wajib saya mencari surat khabar Mingguan Malaysia...Nak baca Pancaindera  pasal retis & diCelah-celah Kehidupan五.. Berita Minggu buat peneman sambil bersarapan.
Dulu juga zaman anak-anak masih sekolah,selalu juga weekend macam ni pepagi anak-anak dah mandi dan bersiap nak jenjalan ke Zoo Negara,Muzium Negara,Taman Tasik,Putrajaya atau ke mana-mana sekitar KL yang tak tiket murah  atau lagi baik yang percuma.Kadang lajak hingga Port Dickson atau bermalam kat Melaka.Bukan tidur kat hotel tapi sekadar kat chalet bajet sahaja.Janji depa dapat main pasir pantai.
Paling tidak pun,Cella akan merengek ajak sarapan roti tampal kat warung tepi padang depan kuaters tu.Kemudian,terus bawa dia ke pasar beli ikan,ayam,sayur dan barang dapur.Masa tu dialah assistant yang setia.Becok bertanya nama-nama ikan,nama sayur dan ulaman kat pasar.Menjadi tukang tolak trolly ketika belanja barang dapur dan mengepaw ais krim dan jajan.
Sejajar dengan pergerakan masa...maka semua itu hanya tinggal kenangan manis yang dirindu..

Pepagi tadi saya menyuap mee oats bertemen TV.Selesai sarapan,sambil blogwalking,saya meninjau ke luar tingkap.Masih berbalam-balam kerana pagi masih muda..


Mee oats ini juga menjadi bekalan anak bujang tu yang bekerja hari ini.


Sebenarnya semalam masa merayau ke blog Suria Amanda nampa dia masak mee daging.Terliur,maka hari ni saya pula masak tapi saya guna mee oats.Kebetulan ada stok daging yang dah siap saya rebus dan frozenkan bersma air rebusannya.
Lancar la kerja mengemee goreng...hihihi

MEE OATS GORENG BERDAGING

1 pack mee oats (kering)
1 ketul daging (+-300gm)
( rebus dan hiris nipis)
2 pokok sayur bak choy 
1 pokok daun bawang
3 bawang putih - ketuk
2 sudu cili kisar +1 sudu bawang kisar.
minyak,kicap manis & garam

1. Jerang air untuk rebus mee.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.

3.  Tambah cili blend + bawang.

4. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya

5. Rebus mee 5 minit dan terus masukkan dalam tumisan.

6. Tambah sayur dan renjiskan kicap manis secukupnya 

7. Sesuaikan rasa.


Resipi c&p daripada old post ..cuma hari ni tiada stok sayuran.Hanya taburan daun sup dan daun bawang.

Rebus telur pun takdan nak keras..jadilah telur 1/2 masak..Bersama secawan kopi 0 panas.


DONUT SUSU

Dah beberapa hari Cella minta buatkan donut.

Katanya dia teringin nak makan donut susu.Saya tanya donut susu tu lagu mana?



Kata dia donut sama ja macam dok buat sebelum ni,cuma gula kat luar tu dicampur susu tepung.Kata dia tengan viral tu donut susu.

Oooo...tak tau la pulak saya pasal donut susu viral tu.

Tapi selama ni dok buat donut memang saya akan guna susu tepung sebagai salah satu bahan adunan.Sejak dulu kalau nak mendonut memang saya akan cari susu tepung.Masa anak-anak masih minum susu botol,kadang susu anak pun jadi ..untuk campur dalam adunan donut..五不

Cuma sekarang dapat lagi satu ilmu baharu...campur pula susu tepung dengan gula untuk sadur kuih donut yang dah digoreng....Terima kasihlah siapa yang punya idea ni..Walaupun benda simple ja tapi saya tak pernah terfikir pun selama ni untuk campur gula saduran tu dengan susu tepung...hihihi


Ni cerita semalam punya pagi..
Pagi 1 Muharram
Pagi 1 Ogos.
update:( ni baru perasan semalam baru 30 Julai..hari ni pun masih Julai..31)
Hadoi.....fenin rupanya...!不
Mendonut la seusai subuh.Sesambil mengecek stok makanan yang dah berterabur dalam kabinet dapur.
Oh,banyak la sudah makanan yang dah expired.Inilah antara perangai buruk saya yang sukar dikikis.Suka buat stok barang makanan sampai expired.....huhuhu



Inilah hasilnya selepas dibedak dengan gula icing+ susu tepung.
Dari dulu saya hanya setia dengan susu tepung Everyday.Pernah guna susu cap "daun pakis" tu tapi susu brand tu terlalu halus dan kering berbanding susu "setiap hari" ni不 yang lebih lemak dan lembab .

Jom mendonut..
Saya c&p dari oldpost 2014 KAT SINI tapi edit la sikit sebab saduran tu + susu tepung.

KUIH DONUT  SUSU
1kg tepung gandum
2 1/4  cawan air suam
4sudu gula
4 sudu susu tepung
4 sudu margerine
1/2 sudu teh garam
1 bungkus (11gm) yis mauripan
Minyak untuk goreng
Gula kastor +susu tepung untuk sadur kuih

1. Dalam mangkuk besar...campurkan air suam,yis,garam,gula,susu & margerine...
2. Ramas hingga bercampur rata..Margerin memang xkan larut ..Kacau je..
3. Masukkan tepung sikit demi sikit sambil di uli .Jika dah cukup lembutnya  tidak perlu habiskan tepung.
4. Uli hingga lembut & licin..
5. Bahagi 4 bahagian supaya senang nak canai.Terap dengan acuan donut & susun dalam dulang yang ditabur tepung.
**Kali ni saya hanya bulatkan macam bebola dan lubangkan dengan copstick.
6. Biarkan lebih kurang 20 minit supaya kuih kembang.
7. Panaskan minyak yang banyak dan goreng kuih dengan api perlahan hingga keemasan.
8. Biar kuih sejuk sebelum disadur dengan gula icing+susu tepung.


Kali ni saya tak terap tapi saya bulatkan sahaja.


Kemudian guna copstick untuk buat lubang.

Dah siap goreng

Kalau nampak pic hari ni macam segak kacak sikit tu adalah kerana semua pic donut yang dah siap tu by Tuan Tanah Kedaung untuk IG dia katanya..
Dia dah tak pandang blog ni..五
Kecuali pic step by step tu mak dia yang snap sebab masa ni TTK tengah menyambung mimpi..
Katanya nak qado tidur sebab masa final hari tu siang malam hanya banyak berjaga daripada tidur katanya.
Mmm...anak dara jaman naw,selamba ja depa sambung tidur.Kalau zaman kita dulu buat lagu tu...alamat seluruh pelosok kampung boleh dengar suara mak kita kannn...


Saturday, 30 July 2022

CEKODOK PISANG TEPUNG BERAS

Salam Maal Hijrah...

Lama juga tak buat cekodok..

Ni pun buat cekodok sebab ada Pisang  alAwak yang dah terlalu ranum.


Ni la Pisang Awak tu. Nak goreng pun dah terlalu lembik.Sebelum tu sempat dah sekali goreng 5 biji..Tapi ni dah lembik sangat.Nanti makan minyak pula..dah la minyak mahal..hihihi
Pisang ni jauh membeli ni...Beli kat Trengganu minggu lepas五

Pergi Trengganu beli Keropok Lekor❌

Pergi Trengganu beli Pisang✅

Hihihi...entah dari mana datangnya trend ❌✅ ni..mokcik terikut五

Beli dua sikat.Sesikat Pisang Nangka dan sesikat Pisang Awak.Masa beli tu baru mula menguning.Dah terperuk celah dapur seminggu beginilah jadinya.Kitapun kalau diperuk celah dapur selama seminggu mau begini juga rupanya..hihihi


Sebenarnya masa masuk Pasar Basah Kedai Payang tu...nampak Buah Jambu Bol ni.....saya biasa panggil Jambu Keling.Nampak jer terus teringin nak beli..Terbayang dah nak mencolek balik KL nanti.Sekali tuan jual tu pula tiada dikedainya.Penjual disebelahnya pun dah cuba memanggil dan mecari tapi tidak ketemu.Kami berpusing ketempat lain dulu dan bila datang semula...pun penjual jambu keling ni masih tiada.Entah ke mana menghilang...
Maka tiadalah rezeki saya untuk beli dan makan buah Jambu Keling tu...




Membeli pisang la pula sebab dah lama tak jumpa pisang harga marhain kat KL..
Dua sikat tu hanya RM12.00

Saya buat cekodok menggunakan tepung beras macam mak selalu buat dulu-dulu.Cekodok tepung beras bagi saya lagi sedap sebab tak liat macam guna tepung gandum.Kalau guna tepung gandum pula saya biasa buat versi + sidikit soda dan sedikit marjerin  macam CEKODOK PISANG BULAT-BULAT ....kat sini... Rasa dia seakan kek pisang versi goreng.

Tapi yang kali ni saya buat versi bebas soda,bebas marjerin dan bebas gula sebab pisang dah manis..Manis pisang semulajadi tu tak tau la nak kata bebas gula ke tak...hihihi
Saya hanya lenyek pisang+ sedikit garam dan tambah tepung beras secukupnya.Pisang saya lenyek dengan gelas.Masa gaul tepung saya guna tangan...hihihi baru la namanya air tangan ibu masak untuk anak-anak kan...五

Saya tak sukat pun..Tapi kalau versi sukat tepung boleh tengok old post 2016 CEKODOK PISANG TEPUNG BERAS...kat sini
..

CEKODOK PISANG TEPUNG BERAS
10biji pisang masak
2 cawan tepung beras
Secubit garam
Minyak untuk goreng

1. Lenyek pisang hingga halus & campur sikit garam
2.Tambah tepung beras & gaul rata.
3. Jika agak keras tambahkan sikit air.
4.Panas minyak yang banyak & jemputkan adunan atau sudukan sesudu demi sesudu ke dalam minyak panas lalu digoreng hingga garing..


Friday, 29 July 2022

SELAMAT DATANG 1444H

 

7.43 malam ..

Selamat datang 

1 Muharram 1444...


SUP GEAR BOX PEDAS MASAM

Sup Gear Box Pedas Masam..
Masak semalam punya semalam.Sekarang dah kena kembali masak la pepagi sebab semua anak-anak dah lengkap ada kat rumah.Semua dah depan mata...hihihi..


Tulang gear box kerbau qurban  pemberian Pakcik masa balik Raya Haji 3 minggu lepas.
Saya masak versi pedas masam ala-ala rasa sup ekor kedai Siam tu.Sebab rasa nak hirup-hirup sambil ratah urat keting dalam sup tu.Saya rebus tulang tu waktu malam sebelum tidur.Walaupun ada ja PC Noxxa tapi saya lebih suka guna rice cooker untuk rebus tulang...
Sebenarnya saya penakut dengan bunyi masa kita keluarkan wap tu...hihihi
Sebelum ni kalau guna pun anak bujang tu yang buatkan..hihihi


 

Esok paginya baru saya jadikan sup pedas masam ni..Menggelak dengan aroma sup ketika fajar menjelang..

Saya buat sup simple sahaja..Cuma ada imbangan rasa pedas,masam,masin dan sekelumit manis.

SUP GEAR BOX PEDAS MASAM.

1 batang gear box + daging

1 biji bawang Holland

5 bawang putih.

1 ketul halia.

1 kulit kayu manis.

2 biji tomato merah.

1 limau nipis.

5 cili padi merah-ketuk

Daun bawang & daun sup

Sikit minyak,garam,perasa dan secubit gula.


1. Rebus gear box dan daging bersama halia hingga urat keting menjadi jernih dan lembut.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang bawangan hingga layu dan harum.

3. Masukkan rebusan bersama airnya dan buah tomato yang dibelah-belah,cili padi ketuk,garam dan perasa.

4. Biar mendidih hingga tomato agak hancur.Perah jus limau  dan sesuaikan rasa.

5. Tabur daun sup & daun bawang.



Thursday, 28 July 2022

SARAPAN NASI DAGANG KAK CHIK KELANTAN @ KL


Semalam Shifa belanja Nasi Dagang Kak Chik.Katanya nasi dagang ni memang ori dari Kelantan.Katanya dihantar setiap hari by flight dan para pengedar   akan menunggu  di airport  dan mengedar ke seluruh Lembah Klang.



Nampak mengiurkan sungguh nasi dagang ni.Ada gulai ikan aya dan sedikit sambal kelapa.


Sebungkus nasi dagang ni kami kongsi tiga orang dengan Yati dan Ruby...Benda sikit kan...memang sedap dia lain maciam la kan....hihihi

Kerana nasi dagang hanya sebungkus..Maka saya topup dengan roti bakar dan kopi 0.

Tak puas makan semalam sebungkus kongsi tiga orang..Hari ni Ruby order sorang sebungkus.



Nasi Dagang Ikan Aya untuk saya.


Untuk depa dua ..Nasi Berlauk Kerutuk Daging..


Boleh tahan juga kerutuknya.Daging 3 ketul setiap satu sebesar ibu jari kaki( nak bagi contoh ibu jari tangan macam kecik...tu yang bagi contoh ibu jari kaki...hihihi)

Dulu pernah juga depa open order Nasi Air Dingin..Saya ingatkan air dingin tu special air ke ap ke..Rupanya nama tempat...hihihi
Tapi konsepnya sama iaitu order terus dari Kelantan by flight katanya.
Bagus la peniaga sekarang kreatif menggunakan kemudahan teknologi.

Ops..Ruby juga bawa tapai pulut..Manis dan sedap sungguh.


Kita nak rakam video cedok tapai yang manis ni..Yati sibok bercerita surau dekat rumah dia bising...hihihi
Katanya dia terlupa ada majlis kat surau..Dengar bunyi  bising baru ingat ada jemputan kat surau..Tu cerita dia...hihihi



Wednesday, 27 July 2022

BYE BYE TRENGGANU...!

 Haaa..last dah catatan ke Trengganu .Lepas ni tunggu Cella konvo la pulak untuk ke sana lagi..in sha Allah...

Dulu zaman sekolah rendah hanya kenal Trengganu dalam buku teks..Dalam buku teks Bahasa Melayu ada kisah Penyu di Rantau Abang...Kebetulan Cikgu Shuib iaitu guru kelas masa darjah 6 pernah mengajar di Trengganu.Cikgu Shuib pernah cerita dia pergi ke rumah muridnya.Punyalah emak murid tu nak cuba ambil hati Cikgu Shuib dengan cuba bercakap dalam dialek Kedah..lalu dipelawa " Cikgu,minum la Ayaq Kopiaq tu..."

不不不不Sampai la ni saya ingat cerita Cikgu Shuib tu..Dengarnya Cikgu Shuib pun dah pencen beberapa tahun lepas.Ya la ni ex anak muridnya pun dah tua takkan la cikgu tu belum pencen...hihihi..

Dalam buku Ilmu Alam ada topik nelayan di Trengganu..ada pasal nama-nama pukat ikan..pukat lepas,pukat tarik,pukat tunda dan juga pasal unjam.

Masa Cella darjah 1 kot pernah ke Kelantan melalui Trengganu sebab saya tak berani nak drive ikut Gua Musang.Masa tu LPT belum ada..lalu jalan lama....memang lama sungguh nak sampai 不不不Cella sampai berkali tidur,berkali terjaga berkali juga tanya dah sampai mana? Tanya sekali masih kat Tremgganu...tanya lagi masih Trengganu..Kata Cella kenapa la Trengganu ni panjang sangat... hihihi


Pagi Sabtu tengah tunggu Cella kat blok fakulti dia...
Tu dia & kawan-kawan baru habis kemaskan studio & bengkel.Tengok la bantal busuk dia tak tinggal tu...Dah siap hangkut barang masuk bonet...makan bergerak la kami...

Dua tahun dulu  datang sini untuk DAFTAR UniSZA SECARA DRIVE THRU PKP COVID 19
Hari ni selesai la sudah pengajian 


Adah ajak singgah lagi Pasar Payang

Rasanya dah boleh hafal kedai dia..hihihi.Dah boleh agak lorong ni jual ap...lorong tu jual apa..


Dulu suka tengok kuih muih di sini.Tapi sekarang dah tak terliur dah..Pernah baca kalau ke Trengganu,syurga kuih muih dia kat Pasar....
Alaaa...lupa la pulak nama pasar tu...
hihihi


Adah la tak habis lagi nak grab baju kelawar ni...4 helai juga dicapainya.

Manisan semua ni pun rasa macam nak borong jer semua...

Tak ke Trengganu la kalau tak borong keropok kan..hihihi..
Terketar jugalah nak hulur RM200 untuk keropok sahaja.Maklumlah belum gaji....五
Tapi baik juga belum gaji.Kalau tidak....boleh lupa diri不不不


Kita jalan-jalan pula kat pasar basah di luar...
Ikut hati,sayur pun nak dibeli不不不
Ikan kering pun nak borong.Tapi mengenangkan bonet dah padat dengan barang Cella..Seat belakang pun separuh dengan bantal dan bear  dia..Ni keropok lagi nak sumbat....Kalau borong Pasar Payang tu macamana nak bawa?
Hihihihi...
Tapi capai juga pisang sebab murah.

Kerana masih awal pagi..
Ambil angin kuala dulu

Entah bila lagi akan dapat ki sini.Semoga ada rezeki lagi untuk ke Trengganu!





Tuesday, 26 July 2022

LUNCH @ D'BAUNG TRENGGANU

 Lepas ambil Cella kat kolej hari Sabtu tu,Cella kata dia lapar sebab belum makan apa-apa sejak malam.Last makan adalah kat Medan Ikan Bakar Kuala Ibai petang hari Jumaat.Dia kata nak makan nasi @ D'baung.Katanya dia pernah makan kat situ dan lauk-lauknya sedap.

Maka berpandu waze,Adah drive ke D'baung..Masa sampai dah dekat pukul 2 petang tapi Alhamdulillah masih ada lauknya.


Ni antara lauk famous kat sini.Dah nama pun D'baung,pastilah specialnya masakan ikan baung kat sini.Adah tanya ikan baung tu macamana?
Saya cakaplah ikan baung tu sedara ikan patin & ikan keli五
Masih banyak kepala baung masak tempoyak dan baung masak lemak.


Cella ambil keli goreng & daging masak hitam.Adah pula ambil ikan talapia goreng garing & daging masak hitam.Saya pilih Ikan Baung Masak Tempoyak dan sayur peria. Air teh O ais ,teh O ais limau dan sirap limau.Total RM 39.00
Kata Cella selalu kalau depa makan sesama kawan-kawan dengan lauk macam ni hanya dalam belasan ringgit sahaja kerana pemiliknya akan memberi potongan harga special untuk student.Baguslah macam tu!
Ada pertimbangan dan tolak ansur yang baik untuk student  daripada peniaga ni.


Ikan goreng Adah & Cella  kata masih panas lagi.Agaknya depa memang sentiasa topup ikan baru goreng.


Sedap betul Ikan Baung Masak Tempoyak ni.Cukup rasa masam,masin dan sedikit manis.Ikan baungnya juga sangat lunak dan langsung tidak berbau.


Pinggan dan mangkuk saya.Licinnnnn......hingga titisan kuah yang terakhir.Kalau datang lagi,in sha Allah nak makan gulai tempoyak baung ni lagi..sedap sungguh kuah dan ikannya.Boleh tengok restoran dan menunya kat D'BAUNG FACEBOOK..


SARAPAN NASI DAGANG ATAS TOL @ PADANG NEGARA

 Sejak kali pertama makan NASI DAGANG ATAS TOL....kat sini memang saya jatuh cinta dengan rasa gulai ikan aye yang pada tekak saya sangat sedap.


Maka,pastilah Nasi Dagang Atas Tol ni menjadi pilihan kami untuk sarapan pagi Sabtu..
Dah offer Cella nak gi pick up dia kat kolej tapi dia kata tengah bz kemas beg & dia tak nak ikut.

Seawal 6.30 kami sudah bergerak ke Nasi Dagang Atas Tol..Tempat ni buka pukul 6.30 pagi...Kami tak mau bersesak kalau lambat..Dari Arena Hotel tu dalam 15 minit saja kalau tak silap la..Sebab Adah yang drive kan五


Kami memilih Nasi Dagang Atas Tol Cawangan Padang Negara..Masa kami sampai tempat makan ni masih lengang.Baru ada satu dua meja yang ada pelanggan sebab masih awal & baru buka.
Setahu saya Nasi Dagang Atas Tol ni ada 3 cawangan( tapi bila google rupanya ada 4 cawangan).Cawangan 1 tak pernah lagi pi..
Cawangan Padang Negara ni dah dua kali,manakala NASI DAGANG ATAS TOL CAWANGAN PADANG HILIRAN pernah sekali.Lagi dua cawangan iaitu  kat Kampung Atas Tol dan satu lagi cawangan Gong Badak kami belum pernah cuba.Mungkin rasa dia sama saja tapi persekitaran dia pasti berbeza dn boleh mempengaruhi selera kita五


Boleh tengok menu..dan harga..Ada la sedikit kenaikan harga berbanding beberapa bulan lepas.Tapi tidaklah ketara berbanding harga barangan yang kian melambong sekarang ni 


Pilih la nak makan apa..
Bukan sekadar nasi dagang aneka lauk.Nasi minyak aneka pilihan lauk..Pulut Kuning aneka lauk dan goreng goreng panas.


Kami pilih Nasi Dagang Ikan Aye...
Untungnya kalau datang awal,kita akan diberi kepala ikan dalam gulai tu percuma selagi ada stok.Kalau habis,habis la..hanya dapat kuah dan ikan yang atas nasi tu ja la

Tak sabar nak makan



Minumannya harus la Teh Ombak Rindu ni


Puas hati saya bila dapat kepala ikan ni.Semua kuah beserta cili padi tu habis saya makan.Kepala ikan pun tulangnya lembut macam tulang sardin..Habis saya kunyah dan telan sebagai sumber kalsium不不不不

Walaupun banyak kali makan nasi dagang dan pernah juga masak sendiri tapi  pada saya Nasi Dagang Atas Tol ni sangat kena dengan selera saya.

Begitu juga Adah...Cuma masih ralat belum berkesempatan bawa mak makan Nasi Dagang Atas Tol ni..In sha Allah nanti kalau ada rezeki masa konvo Cella nanti,nak bawa mak.

Monday, 25 July 2022

MAKAN SOTONG CELUP TEPUNG @ KUALA IBAI

 Masa kat KL lagi Adah dah cakap nanti nak gi makan sotong celup tepung kat Bawah Jambatan Kuala Ibai.

Tempat tu pukul 5.30 petang baru buka..

Cella pun call bagitahu pukul 3 petang baru dia habis kerja-kerja mengemas kelas,studio dan bengkel...Dia minta pick up dia kat Pantai Batu Buruk sahaja.Nanti dia pergi naik maxim dengan kawan-kawan.

Pukul 5.30 terus gerak dari Arena Hotel tu.Tak jauh pun dalam 10 minit gitu dah sampai.

Dah pick up Cella & 3 orang lagi kawannya.Bersesak la depa 4 orang kat seat belakang.Nasib baik badan kecik-kecik belaka五


Lebih kurang 20 minit dari Pantai Batu Buruk dah sampai Medan Ikan Bakar Kuala Ibai ni.
Kami sampai dalam pukul 6++ memang kerusi meja yang mengadap kuala dah penuh.Semua tengah tunggu makanan sampai sebab baru buka 5.30 tu..
Nampak ada satu meja tepi lorong masuk macam takada orang.Rupanya ada sorang budak perempuan dalam umur 6@7 tahun ada kat meja tu.Agaknya mak bapanya tengah pilih ikan kat kat luar.Uiiiii....dia nampak kita pi dekat meja dia...Dia punya cekak pinggang sambil tepuk-tepuk meja kalah Sarip Dol Samseng Kampung Dusun baq ang...!!!!不不不不不
Bekeng tak leh bawa bincang...!!!五
Kita lalu jer kot tepi meje tu sebab nampak macam takda orang...
Akhirnya duduk la kami di meja tengah tak mengedap laut 


Alhamdulillah,tak lama lepas tu ada meja yang dah siap makan tepi tangga jeti...Dapat la kami pindah meja untuk mengadap kuala dan open air.

Baru dapat sebahagian makanan yang dipesan..
Pakat dok gelak mengenangkan budak perempuan yang bekeng tadi..不


Alhamdulillah makanan dah sampai semuanya..
Pesan 2 pinggan Sotong Celup Tepung.Dua pinggan tu +-RM60..
Saya pesan Nasi Goreng Ikan Masin.
Adah pesan Kue Teow Ladna.
Cella Nasi Goreng Seafood
Mimi Nasi Goreng Patayya.
Haiqal Mee Goreng Mamak
Lokman Nasi Gorwng Tomyam
3 Teh Peng
3 Air Buah
Total RM 130++

Kata Cella Mimi dan Haiqal tu classmate dia.
Lokman tu pulak katanya junior depa.Dia nak ikut sebab malam dia dah nak balik Kulim naik bas untuk cuti sem.

Cella,Haiqal dan Mimi ni semua dok KL..Semua rakan lain dah balik.


Lepas makan hantar depa balik kolej semula.Dah sunyi sepi kerana kebanyakan dah balik kerana cuti sem dan dah habis sem.Kos Cella antara yang paling akhir paper nya..Ramai classmatenya dah balik sejak Khamis semalam.Cella dan beberapa rakan akan balik hari Sabtu

Sebenarnya ni sem akhir dah untuk Cella dan rakan-rakan kelasnya.Pejam celik pejam celik dah genap 2 tahun Cella kat Trengganu.Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana telah memudahkan urusan dan Cella berjaya menghabiskan pengajian diplomanya.
In sha Allah bulan Oktober/November nanti konvo
Semoga Allah kurniakan rezeki untuknya dapat pula sambung degree lepas ni.
Beberapa hari sebelum Raya Haji hari tu dia balik untuk interview kat salah sebuah IPTA di Lembah Klang ni.Selain tu kata Cella dia ada isi UPU  beberapa IPTA lain.In sha Allah bulan Oktober nanti result UPU keluar.
Mohon sama-sama doakan agar ada rezeki Cella untuk sambung degree lepas ni...
Amiiinn...仆仆仆