Monday 18 July 2022

KEMBALI MASAK BEKAL- MEE OATS GORENG BERDAGING

 Dah agak lama memalaskan diri.Masak ikut rajin.Tapi lebih banyak malas.Hari ini dengan semangat baru,saya tanamkan azam untuk kembali memasak untuk bekal diri sendiri dan  anak-anak....

Bekal anak bujang nan sorang..togel sahaja tanpa taburan bunga rampai atau renjisan air mawar🤣


Baki dalam kuali untuk saya & Adah.
Seawal 4.30 pagi saya ke dapur memasak sebab anak bujang kerja awal hari ni.

Hari ni masak mee oats lagi.Guna sebungkus sahaja.Daging pula daging qurban.Saya rebus seketul besar...hiris-hiris dan masukkan dalam plastik bersama air rebusan.Frozenkan setiap bungkus untuk sekali masak.


MEE OATS GORENG BERDAGING

1 pack mee oats (kering)
1 ketul daging (+-300gm)
( rebus dan hiris nipis)
2 pokok sayur bak choy 
1 pokok daun bawang
3 bawang putih - ketuk
2 sudu cili kisar +1 sudu bawang kisar.
minyak,kicap manis & garam

1. Jerang air untuk rebus mee.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.

3.  Tambah cili blend + bawang.


4. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya


5. Rebus mee 5 minit dan terus masukkan dalam tumisan.

6. Tambah sayur dan renjiskan kicap manis secukupnya 

7. Sesuaikan rasa.

15 comments:

  1. Amboi, kemain ye caption mee utk anak bujang tu hihi... Tergelak besar PH :D

    Dah baik demam ni, barulah nak pekesah daging korban hari tu, Baru sempat masak sekali :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...selalu sata tabur hirisan daun sup..ni togel saja.

      Alhamduliah,dah sihat PH..pekena sup tulang qurban tu mau berpeluh..

      Delete
  2. Anak bujang kena cari calon cepat tu, baru leh renjis bunga rampai dan tabur air mawar. Sy pun bawa bekal nasi goreng hari ni tapi tak ambil gambar kenapa tah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...tu la,semoga ada jodoh untuk anak-anak kita nanti..
      Awat boleh tak ambil gambar..Nasi goreng apa tu?

      Delete
  3. Ehhhh, saya baru tahu kewujudan mee ni ek... Macam menarik.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun asalnya ternampak kat bahagian mee/ pasta..seklai cuba rasa suka...mee dia kenyal .ada mew labu juga..tapi saya lebih suka mee oats

      Delete
  4. Saya pun bawa bekal hari ini. Bawa nasi goreng, telur rebus, limau & tembikai, biskut lagi.... hahahaa macam nak picnic pulak dah! Airnya pulak... tertinggal huhuhuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu punya bekal memang makanan seimbang dah kaya dengan buah..Kena tiru juga tambah buah dalam bekal

      Delete
  5. ammi pun lepas baca posting mamacella yg lepas terjebak beli mee oats..tapi jenama FatBoi ke apantah. Jenama yang MamaCella guna ni beli kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti nak try juga jenama fatBoi tu.Kita tengok mana yang lebih sedap.Kita pembeli kan,,boleh buat pilihan..hihihi

      Ni saya beli kat Pasaraya Hero..Hari tu baca komen kak Lin..
      Kalau tak silap kak Lin kata kat Alamanda pun ada

      Delete
    2. Saya try cari kat shopee...bila taip mee oats macam tak jumpa..tapi bila taip Arona mi oats tu ada keluar resultnya

      Delete
  6. Nanti nak try beli jugaklah mi oats ni. Buat stok. Kalau beli mi kuning tak tahan lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la...pada saya selain mudah nal buat stok..rasa dia juga sedap

      Delete
  7. Puas cari mee oats ni..tak jumpa2 lagi...nampak sedap tu kak...letak daging kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba SA cari kat shopee tapi taipkan brand mee ni...kalau taip mee oats resultnya leluar oats & minuman oats ja...taip brand tu dia keluar mee ni

      Delete