Showing posts with label RAMADHAN 2024. Show all posts
Showing posts with label RAMADHAN 2024. Show all posts

Tuesday, 9 April 2024

IFTAR @ RUMAH ACHIK - RAMADHAN 27 & 28

 

Mungkinkah hari ini adalah Ramdhan terakhir untuk tahun 1445H..?


27 Ramadhan hari Ahad kami beriftar @ rumah Achik..
Awal pagi sebelum subuh kami ke rumah mertua Adah dulu & bergerak dari Ampang pukul 4.00 pagi memasuki DUKE menuju ke Tol Duta..
Pukul 5 singgah Hentian Sebelah Tanjung Malim untuk bersahur & pukul 6.30 singgah solat subuh @ R&R Tapah..
Menjelang 10.30pagi kami dah sampai ke pintu rumah@ Kedah..Alhamdululillah..Achim dah pesan awal awal petang nanti iftar kat rumahnya.




Achik masak Ayam Tempoyak

Sambal Ayam

Ikan Temenung Lemak Pankoq


Sayoq Kangkung


Coq Udang


Daging  Kunyit


Kanji ....a.k.a Bubur Lambok


Mee Goreng


Sambal Bilis Tempe




Momikai....hihihi


Sambal Udang
Actually saya juga ada masak 1kg Rusa Goreng Kunyit & Sayur Buncis..Rapi tak perasan takda sapa snap pic..hihihi


Eh..ada la pic Rusa Gorwng Kunyit,tapi takda yang close up..
Dalam Tuppeware biru tu Rusa Gorwng Kunyit & dalam Tupperware hijau tu sayur buncis..


IFTAR 28

Masih berbuka kat rumah Achik


Udang Kunyit


Lepat Liat & Lepat Bunga Chichar


Tempe Tumbuk & Ulam Terung Panjang.


Say juga buatkan Kuih Tako
Jadi tompok hijau sebab bawa bersusun susun ke rumah Achik



Gulai Kuning Buah Gajus...
Sekarang musim buah gajua sedang berbuah..
Mak frozenkan Buah Gajus Segar simpan kat saya.



Belakang tu kari ayam + kentan & dalam bekas oren tu sayur buncis + hati pedal ayam



Gulai Buah Gajus untuk saya ratah..
Gukah Buah Gajus tau .
Bukan biji gajus


Alhamdulillah dapat berkumpul 2 hari berbuka ramai ramai...
Sayangnya anak jantan tu takda kerana dia tak ikut balik....Masih kerja...

Iftar 29 takda pic  sebab kalut dok buat persiapan raya..
Iftar petang tadi hanya bakar ikan siakap...cicah cili kicap.Masak Ikan Bawal Sweet Sour & Ayam Goreng saja...


Mak sibok buat ketupat...
Kami yang lain dok siapkan rempah ratus nak masak ayam...daging..kuah kacang..rebus nasi impit dan bla bla bla bla...





Saturday, 6 April 2024

IFTAR 24 & 25 RAMADHAN

Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke 26..Dah hujung hujung Ramadhannya...



Iftar 24 Ramdhan...
Buah rock melon & anggur muscut..
Iftar berdua beranak sahaja dengan anak jantan tu..
Adah & Cella berbuka kat luar dengan rakan rakan depa


Ramadhan 24 tak sempat nak masak.Balik kerja dok kemaskan peti ais  bagai..eh,rupanya dah pukul 7
Anak jantan tu cakap tak payah masak..dia nak gi beli kat Bazar Ramadhan.Nak makan dua biji mulut ja..


Anak bujang tu beli Roti John Wrap untuk dia dan Roti John biasa untuk spare kot adik- adiknya balik nanti lapar nak makan..


Anak jantan tu masih setia dengan Roti John Unan( Putrajaya) sejak sekian lama..Rotinya moist & nampak inti dalamnya bukan telur dan kobis semata tapi memang  ada ketulan daging...


Saya tak minat Roti John...
Untuk mak dia...dia belikan Daging Salai Masak Lemak Ciki Api (MLCA) ni...siap dengan sebungkus nasi..RM 13
Kata anak jantan tu...sebelum ni dia selalu beli MLCA kat situ kalau saya tak masak lunch..
Tapi sebelum puasa RM12 free nasi putih..Bulan puasa kena add on nasi + RM1...

Tapi MLCA dia sedap la..daging oun memang bau harum salai.Gerai tu memang jual  aneka jenia lauk MLCA..Ada daging salai..ayam salai itik salai...



Lepas isyak Cella bawa balik moreh..Bukan dapat dari masjid tapi dapat kat Mytown,tapi kena tukar dengan RM la🀣🀣🀣



Sementara kami bermoreh..anak jantan tu ngan Adah ke airport.Suami Adah naik flight malam dari Tawau dijangka landing 12.40 am...



Ni pulak iftar semalam ..Jumaat Ramdhan ke 25..


Cella nak makan tomyam..
Tapi saya masak tomyam jadi pucat macam orang demam...hihihj



Telur dadar untuk gu dengan tomyam..
Cella dengan abangnya pulun hirup tomyam..
Tapi saya tak minat lauk berkuah macam sup atau tomyam...




Untuk saya...
Ikan masin goreng cili padi + petai..


Minuman ...
Air Tembikai..
Hanya 3 gelas....sebab iftar bertiga beranak sahaja..
Adah berbuka rumah mertuanya...

Seminggu. ni saya bz sangat takdan nak BW....actually ads juga sempat singgah sekejap sekejap baca sekali lalu tapi rakdan nak tinggal komen...
Maaf yer kawan kawan..nanti saya singgah lama sikit & komen ye..
Ada yang dah mula bercuti dan  balik kampung ke?


Thursday, 4 April 2024

MASAK SOTO MADURA UNTUK IFTAR RAMADHAN 22 & KUE TOEW UDANG UNTUK IFTAR 23 RAMADHAN

 
Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke 24 sudah...

Juadah iftar kami hari Selasa..Ramdhan ke 22
Masak Soto Madura.


SOTO MADURA....c&p dari old post
1/2 ekor ayam
2 kotak kecil Santan Kara
minyak masak
garam,gula
Nasi impit - rebus & sejukkan



Bahan blend:
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 ketul halia
1 ketul kunyit- serbuk pun...bole
1 bungkus rempah sup serbuk
1 btg serai 


 Bahan Tumis:

 1 batang kayu manis
7 bunga cengkih
2 bunga lawang
5 buah pelaga
1/2 biji buah pala
10 biji lada hitam

  Hiasan:
daun sup
tauge mentah
limau nipis

isi ayam goreng 


Sambal Kicap:
15 biji cili padi
2 bawang putih
gula,garam,cuka
**** Goreng dulu cili & bawang putih..pastu blend ngan kicap ,gula,garam & cuka....selain lebih sedap..dengan menggoreng dulu cili tu..tidak l
 la sakit perut nanti..heee 

1. Blend semua bawang2,halia,kunyit  bersama rempah sup...
2. Panas minyak & tumis semua bahan blend
3.Bila dh naik minyak..masuk ayam.. Bila isi ayam dh masak angkat & goreng.pastu koyak2 isi ayam tu tabur atas soto...
4. Masuk 5 cawan air atau lebih ikut nak kuah banyak mana & serai..biar didih..
5. Masuk plak garam,gula &  1 cawan santan
6. bila dh masak..hidang la ngan nasi impit & bahan lain 


Ada versi yang lebih senang......
KAT SINI.... 

SINI PUN.... 

SINI ADA JUGA... 

SINI PUN BOLEH.. 


Elok rebus nasi impit awal - awal waktu sahur supaya bila petang waktu berbuka nasi impit dah elok sejuk dan padat


Antara condiment..
Kacang tanah goreng

- Daun Sup
- Limau Nipis



Isi Ayam Goreng



Taugeh mentah


Kuahnya..
Masak sekuali besar tu penuh.Sebab nak makan soto kwna kuah banyak banyak baru sedap.



Sambal Kicap

Ni bukan condiment soto madura tapi ni adalah dessert..Tembikai


Dah lama tak masak Soto Madura.Kebetulan Selasa semua anak ada berbuka bersama 4 beranak..Semua kemain suka bila saya masak Soto Madura..


Padas,masam,masin berlemak gamdingan rasa yang kami gemari



Lepas terawikh...mentong 
Tapi saya hanya ambil kuah dan condiment sahaja sebab nak tambah nasi impit rasa kenyang lagi..tapi tekak dok minta kuahnya...pun jadi...hihihi






Ni pula menu iftar semalam 23 Ramadhan..
Hanya masak kue teow udang sekuali
Saki baki buahan yang ada dalam peti ais 
& buat air tembikai satu jug.
Semalam hanya berbuka berdua dengan Adah..


Sesambil berbuka sesambil mengukis...Tu yang hanya masak kue teow goreng sahaja by Adah 
Kalau membaking cuba mengelak daripada memasak makanan lain kerana tak mau tangan ada bau lain.Kejap nak pegang cili nak pegang bawang bagI..kang ada yang cookies berbau bawang kang...hihihi..
Masih berbaki seorang lagi customer belum siap cookiesnya..Sesambil menanti waktu berbuka sambil saya mengukis..

Ada  sorang lagi customer belum dapat pesanannya 6 balang cookies.


Hari Sabtu lepas membaking Mazola
Hari Sabtu mengetart nanas...
Hari Selasa sambung mengukis
Rabu sambung sikit lagi mengukis.
Ni dah lega semua yang dipesan dah siap..Weekend ni boleh la buat untuk sendiri & nak bawa balik kampung pulak..


Cella beriftar dengan kawan-kawan kat Nak Nak..
anak jantan tu berbuka kat tempat kerja..
Sepanjang puasa ni baru sehari dapat beriftar 4 beranak..Hari selasa tu ja
Lainlain hari...ada ja masing-masing dengan urusan dan beriftar di luar..
In shaa Allah minggu depan harapnya dapat lah beriftar bersama mak & family Achik setidak-tidakpun sehari..Tak lengkap rasanya tanpa beriftar beramai bersama




Tuesday, 2 April 2024

AYAM MASAK GAJUS,SAMBAL NANAS BILIS,SAYUR KOBIS & AIR TEMBIKAI

 Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke 22..


Juadah iftar kami 3 beranak semalam...
Adah berbuka kat luar bersama rakan- rakan ofisnya.Walaupun dah balik semenanjung tapi Adah masih kerja kerana hq memang kat KL.
So,kami berbuka 3 beranak sahaja.



Ayam Gajus...jadi rebutan Cella & abangnya...Sepatutnya guna isi ayam yang diperap bersama sos tiram bagai dan lauk ni lebih moist..Tapi saya masak short cut guna ayam popcorn frozen.


CHICKEN POPCORN GORENG GAJUS
1. Goreng chicken popcorn agak agak semagkuk besar sampai rangup & ketepikan.

2. Goreng 1 cawan gajus hingga keemasan....Ketepikan.

3. Panaskan minyak anggaran 2 sudu..tumis ½ labu bawang Holland dan 10 bihi cili kering yang dibasuh dan dikerat kasar.Goreng sekejap sahaja kerana cili kering mudah hangus.

4. Masukkan semula ayam dan gajus serta daun bawang yang dipotong kasar.Tidak perlu garam dan perisa kerana ayam popcorn dah cukup masin.






Ini cara short cut la..Kalau nak guna isi  ayam segar saya pernah juga masak macam KAT SINI...



AYAM GAJUS
2keping dada ayam
1 cawan gajus
3 sudu kicap
2 sudu sos tiram
5 batang cili kering- gunting 1 cm
2 pokok daun bawang
1 bawang besar
1/2 cawan minyak

1. Dada ayam potong dadu...perap ngan kicap & sos tiram.
2. Panas minyak & goreng gajus sampai golden brown..angkat.
3.Dalam minyak yang sama goreng cili kering yang dh gunting sekejap sahaja...kejap je sbb cili cepat hangus...masa ni baunya wangi sangat..angkat cili tu.
4. Dalam minyak yang sama..tuangkan ayam tadi yang dh diperap.Goreng beberapa minit..
5. Pastu masukkan bawang besar,gajus,cili yang dah goreng & daun bawang...Garam x payah masuk sbb dah masin..




Saya juga masak Sambal Bilis & Nanas..
Ini antara lauk kegemaran saya..Rasa pedas,masam, manis memang sedap..Kalau selera saya,cukup satu lauk ni saja mampu melicinkan nasi dalam pinggan.

Saya selalu juga masak Sambal Nanas ni..tapi kadang ja post kat blog ni...Antaranya KAT SINI.....





SAMBAL IKAN BILIS DENGAN NANAS

1 biji nanas 

 1 cawan ikan bilis kasar

¼ cawan minyak

¾ cawan cili merah + cili padi merah blend jangan terlalu halus 

¼ cawan bawang blend halus

Garam,gula secukup rasa

1. Panaskan minyak & goreng bilis hingga garing.

2.Tanpa mengeluarkan bilis terus masukkan bawang blend hingga harum

3. Tambah cili blend & masak hingga naik minyak

4. Masukkan nanas yang dihiris-hiris,garam& gula

5. Masak agak lama  hingga air nanas kering & nanasnya menjadi seakan lutsinar.

6.Sesuaikan rasa


Air Tembikai....
Dah hampir setiap hari pulak buat air tembikai 


Air tembikai sentiasa evergreen walaupun mater melon juice is red...hihihihi



Alhamdulillah..rezeki 21 Ramadhan..