Tuesday 1 August 2017

RESEPI BUBUR ASYURA UTARA SUKATAN CAWAN


Bubur Asyura Kedah...a.k.a Bubur Asyura Utara
Setiap tahun mak aku akan masak Bubur Asyura ni
Tapi setiap tahun mak aku hanya akan masak Bubur Asyura ni dalam Bulan Muharram jer..
Dah banyak kali pun tulis entri pasal Bubur Asyura Utara ni..
Tapi mak aku cakap 10x buat pun akan ada 10 rasa berbeza sebab mak aku kata bubur asyura ni boleh campur apa saja yang sesuai dan kita suka..
Aku baru semak list..
Jumpa 3 entri pasal Bubur Asyura yang mak aku buat pada tahun-tahun lepas..
Tapi semuanya dibuat dalam Bulan Muharram...
Ada sebabnya hanya dibuat dlam Bulan Muharram...
Boleh baca info dan resepinya di..

BUBUR ASYURA 2013 kat sini...

BUBUR ASYURA 2015 kat sini...

BUBUR ASYURA 2016 kat sini...

Ni Bubur Asyura yang mak aku masak hari Sabtu 29 Julai = 6 Zulkaedah 1438..
Ala...aku bukan hafal pun...aku tengok kalender la...hahahaha..
Ni baru Zulkaedah...
Pasni Zulhijjah
Pastu baru Muharram
Tapi kenapa kali ni mak aku masak Bubur Asyura dalam Bulan Zulkaedah..???


Mak aku masak banyak lak tu Bubur Asyura ni...
Ada 5 bekas
Kata mak aku...
Mak aku masak Bubur Asyura ni ada BFF mak aku dari Salak Tinggi, Sepang   request nak maakan Bubur Asyura Kedah..
Mak aku cakap BFF mak aku tu dah seminggu W/A teringin nak makan Bubur Asyura Kedah..
Tapi sebab kawan tu x pernah masak Bubur Asyura ni ..
Maka ...minta tolong mak aku masakkan..


Makanya pada subuh hari Sabtu...
Mak aku dengan gigihnya masakkan Bubur Asyura ni
Mak aku cakap nak masak Bubur Asyura kena gigih sebab kena buat banyak persiapan awal macam nak kenduri kawin..
hahahaha.....lawks arrr
Eh...tapi betul la...
Jom layannn catatan mak aku...

BUBUR ASYURA KEDAH...versi mak aku
1cawan beras- rendam semalaman dan blend dengan 1 cawan air hingga halus
3 cawan tepung beras cap Teratai
1 kg santan pekat + air supaya jadi 15 cawan santan
5 keping gula kelantan ( boleh ganti 1/2kg gula pasir /Gula Melaka atau gula merah)
2 sudu teh garam halus
1 cawan kacang hijau- rendam & rebus empuk
1 cawan kacang tanah putih- rendam & rebus
1 tongkol jagung
5 biji pisang - pilih yang x terlalu masak
1 ketul ubi kayu- potong besar-besar dan rebus empuk
2 ketul ubi keledek oren-potongn besar dan rebus empuk
1 keledek purple- tak perlu rebus

1. Siapkan bahan-bahan :
    - Beras perlu rendam semalamn atau beberapa jam supaya senang nak blend
2. Blend beras yang sudah direndam dengan 1 cawan air

*** Boleh saja guna tepung beras sahaja 
   Beras digunakan supya hasil lebih baik dan berbau harum seperti tepung beras yang ditumbuk cara tradisi. 
   JIKA guna tepung sahaja ratio  1:4
   Iaitu 1 cawan tepung beras : 4 cawan santan
   JIKA  guna beras pun sama....1:4
   Iaitu  1 cwan beras : 4 cecair 
 (1cawan air guna untuk kisar beras dan lagi 3 cawan ialah santan supya jadi 1:4) 

3. Rebus bahan yang perlu rebus..Rebus berasingan setiap bahan yang kena rebus)
   Toskan bahan rebus supay rtio cecair tepat

4. Bancuh beras kisar, tepung beras,santan,garam dan kacau rata suopaya tidak bergentel.

5. Letak atas dapur dan kacau tanpa henti hingga  pekat dan meletup-letup..
    ** Jika bubur terus pekat tanpa ada letupan kecil tu tandanya adunan keras..
        Tapi jika ratio cecair betul..memang akan berlaku letupan kecil macam  lumpur gunung berapi..


6. Bila sudah meletup-letup baru ditambah gula dan kacau lagi ..
    *** Bila masuk gula adunan bubur akan kembali cair...
           JANGAN RISAU...nanti bila lama dimasak akan pekat semula)

7. Agak-agak 5 minit selepas tambah gula,baru masukkan jagung dan pisang
   ** Ini jika guna pisang yang masak keras..
       Kalau pisang masak lembik tambah pisang akhir sekali

8. Masukkan pula kekacang yang direbus dan terus kacau hingga letupan-letupan kecil dalam kuali tu semakin perlahan dan adunan semakin kental
**** Anggaran masa mengacau dari adunan mula diletak atas dapur hingga masak untuk sukatan ini lebih kurangn 1jam setengah..

Jika bubur tidak dimasak dengan lama nanti bila sejuk bubur akan melekat pada loyang dan melekit serta x cantik
Bubur yang betu-betul masak akan berkilat dan bila sejuk akan lekang dari loyang.

JIKA X FAHAM..
RUJUK PIC STEP BY STEP KAT BAWAH 




Siapkan bahan-bahan


Bahan yang perlu rebus...Rebuskan berasingan baru ditoskan.Keledek purple tak perlu rebus kerana keledek purple cepat empuk.Kalau rebus nanti dia mudah hancur.


Yang putih tu beras yang dikisar dengan 1 cawan air

** Keledek purple x perlu rebus kerana keledek purple cepat empuk dan kalau rebus nanti warna purplenya akan menjadikan semua bubur jadi warna purple..




Kacang hijau rebus


Kacang tanah putih tanpa kulit ini juga direbus.
Tapi rebus berasingan.Ni mak aku campur yang dah siap rebus.

Kalau guna kacang tanah biasa berkulit...boleh rebus...boleh juga sangai hingga rangup dan wangi sebelum diramas dan buang kulitnya...



Bancuh beras kisar....tepung beras,santan,,,garam hingga sebati


Keledek purple boleh terus masuk  dalam bancuhan sebelum kacau atas api kerana keledek purple ni belum direbus


Kacau hingga pekat dan meletup-letup...Masa ni bau dia memang lemak macam kuih tepung bungkus.Bau lemak santan sebab guna santan segar.Kalau guna santan kotak,hasil bubur tidaklah sebagus santan segar kerana baunya sedikit berbeza.Tapi andai dah memang takda santan segar boleh guna santan kotak tapi  letak pandan agar bau harum.Pastu tambah sedikit minyak masak agar hasilnya seakan guna santan segar



Masukkan gula pilihan...
Boleh guna gula pasir semata-mata- hasilnya akan jadi bubur yang putih susu

Jika guna gula pasir sahaja- Jika dikacau dalam KAWAH hasilnya akan jadi warna 
purple gelap kesan kawah.(Warna gelap asli yang ori tradisional).Warna ni hanya akan dapat jika guna kawah.Jika guna kuali atau periuk better tambah gula perang supaya bubur warna  cantik dan tak la pucat macam orang demamšŸ¤­

Boleh guna gula pasir+ gula perang ikut sesuai manis - hasilnya bubur akan sedikit gelap

Boleh guna gula merah(gula perang) sepenuhnya- hasilnya bubur akan bewarna gelap seakan dodol

Boleh guna gula melaka/Gula Kelantan - Hasilnya cantik dan rasa lebih sedap berlemak dan manis manja sahaja

Masak sambil dikacau hingga gula larut


Bila gula larut bubur akan kembali cair...


Bila cair akan banyak letupan kecil macam lumpur gunung berapi..Don't worry...teruskan kerja mengacau hingga selesai.


Bila sudah agak pekat tambah pisang dan jagung mentah.
Kalau nak pakai jagung tin better pilih jagung dalam air
(dia tulis jagung kernel) sebab yang tu lebih sedap.Kalau jagung cream dia macam kurang isinya dan banyak rasa serat-serat pulur jagung.

** Guna pisang yang masih keras ..Kulitnya masih banyak warna hijau,,kuning sikit-sikit je).Pisang mengkal la senang cakap.
Kalau guna pisang masak lembik...masukkan akhir nanti tapi pastikan kacau hingga pisang empuk dan masak.Kalau masuk pisang  sekejap saja takdan nak masak pisang tu nanti bubur cepat basi.


Masukkan pula kekacang yang sudah direbus..

Jika kacang tanah disangai rangup...pun masukkan waktu ni.
Kacang sangai lebih haru & wangi.Tapi ada yang suka kacang rebus macam ni.


Semakin lama dimasak dan dikacau bubur akan semakin kental seakan dodol ..
Masa ni bila kita kacau akan rasa berat sebab semakin kental
Terus kacau walaupun nampak sudah cukup kental kerana jika masak lebih lama hasilnya akan lebih memuaskan...cantik berkilat...mudah lekang bila sejuk dan tidak mudah basi
Untuk sukatan di atas anggaran masa mengacau bermula dari mula kacau atas dapur hingg masak lebih kurang 1 jam setengah..
Jika masak sikit-kurang sikit masa memasak
Jika masak banyak -masa memasak lebih panjang  


Selepas padam api...cepat-cepat cedok dan tuangkan dalam loyang atau bekas-bekas  sepatutnya
Kerana bubur ini cepat membeku..
Kalau lambat cedok nanti permukaan kuih x rata

Tetapi jika yang suka makan panas-panas boleh sahaja terus makan
Ada yang suka potong bila bubur sudah beku
Ada yang suka sejukkan dalam peti ais sebelum makan.Cuma nak bagitau awal-awal,kalau simpan beberapa hari dalam peti ais nanti kacang dan jagung dalam bubur tu akan rasa macam kembali mentah..kurang sedap dah..So..takyah la simpan lelama.Kalau masak banyak atau dapat banyak...agihkan kepada jenjiran..Jangan kedekutšŸ¤£

UPDATE 22 Sept 2018
Untuk Versi Kawah boleh rujuk
RESIPI BUBUR ASYURA UTARA SUKATAN KAWAH kat sini...




Hasil bubur dari sukatan diatas..
Tupperware hijau dan biru tu mak aku bawa ke Salak Tinggi
Bekas yang dekat tupperware biru tu mak aku bagi pada mak Ismail
Hanya bekas jernih yang panjang tu jer simpan kat umah



Mak aku cakap..
Sisa-sisa kat kuali ni yang paling sedap..
Kata mak aku kalau nenek buat dolu-dolu mak aku ngan Achik ngan Pak Njang akan berebut kikis dengan sudu untuk makan..
hahahaha..
Aku...??
Aku x suka bubur ni
Heeee...
Mak aku ..nenek..Achik jer yang suka..heeeee


Kata mak aku lagi zaman dulu...
Bubur Asyura hanya akan dimasak secara bergotong royong pada Bulan Muharram
Semua penduduk kampung akan free kan diri untuk sama-sama joint pada hari yang dipersetujui..
Mak aku cakap sekarang masih ada lagi tradisi tu di kampung nenek
Macam tahun lepas nenek cakap masak ramai-ramai kat rumah ketua kampung...sebab ada YB sponser..Hahaha....masak bubur pun YB sponser...
Tapi kalau xde sponser  ...
Akan ada juga yang masak..
Tapi xde lagi habis sekampung joint
Kata mak aku nenek bagitau sekarang ni trend masak Bubur Asyura ni akan dimasak ikut kelompok
Macam kat erea umah nenek ada 10 rumah akan buat bersama..
Kelompok rumah lain akan buat dalam kelompok dorang

Syyyy...jangan x tahuuu...
Hari ni mak aku masak lagi Bubur Asyuura ni...
Seminggu 2x masak doh..
KAlah Bulan Muharram
Pasni la plak citer Bubur Asyura versi hari ni sebab belum transfer pic..
Huh...penat citer..
Penat copy paste...kikikiki....


**Mak Cella: saya ada edit mana-mana typo.Ini disebabkan sekarang saya yang menulis blog ni sepenuhnya sejak Cella tinggalkan blog ni 2020 kerana kesibukan kuliah dan assigment.

Hari ini( 5 Ogos 2023) bila saya tengok view page  entri ni dah hampir 200k..saya dengan rendah hanti menghalalkan segala ilmu-ilmu  yang boleh dijadikan manfaat.Kongsilah ilmu ini jika ia membawa kebaikan kepada orang lain juga agar Allah sudi catatkan ia sebagai pahala kepada saya.

25 comments:

  1. Salam. Nak tanya lah pasal sukatan santan tu. Dlm bhn2 kat atas ada tulis 1kg santan + air biar jd 15 cwn santan.
    Lepas tu dlm cara2 cakap ratio 1:4. Cmne sbenanye ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...
      Betul ratio 1:4
      tepung 3 cawan
      beras 1 cawan
      So jadi 4 cawan
      Cecair kena 16 cawan la
      Tapi 1 cawan dah guna blend beras
      So tambah lagi 15 cawan cwcair ( santan + air)
      Jumlah 4:16
      Kecilkan
      = 1:4

      Ok...kalau nk buat banyak..
      Sukat tepung dan cecait dengan bekas besar
      Sama juga contoh 1 jug tepung : 4 jug cecair

      Kalau nak tips untuk kawah boleh tengok
      https://namakucell.blogspot.com/2018/09/resipi-bubur-asyura-utara-sukatan-kawah.html?m=1

      Delete
    2. Tq. Jumaat ni nk buat. Hihi

      Delete
  2. Jazakallahu khairon katheera.

    ReplyDelete
  3. Kalau nak buat sikit je, guna beras blend je tak yah tepung beras boleh ke?

    ReplyDelete
  4. kalau nk buat sikit lebih kurang besar bekas biru tu cana ukuran dia sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk sukatan sikit
      http://namakucell.blogspot.com/2016/11/bubur-asyura-penghujung-muharram.html?m=1

      Delete
  5. Tq share..senang nak faham n buat..šŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome...!
      Kalau buat baginjiran skit..hehehe

      Delete
  6. Waalaikumussalam...
    Sorry baru respon..
    Mak kitwr cakap Kalau kat KL pun ada..tapi biasa dibuat beramai2 ...tapi xde orang jual kot...tapi kat KL Kalau mat rumah kiter memang jadi annual bubur asyura...
    Mak kiter buatkan heeee

    ReplyDelete
  7. terima kasih share resepi..izin saya saya share...

    ReplyDelete
  8. Kenapa bulan Muharram je? Saya sampai sekarang sampai ke tua taktau. Tapi orang ramai dok kata ada sebabnya. Saya rasa depa pun xtau apa sebabnya.... Kot mana pun sedap boboq syura ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee...Pernah dengar cerita Nabi Noh & banjir besar?
      Haaa... yang tu ustaz pwrnah citer swlwpas bahtera nabi noh terdampar di Bukot judi segelah banjir beaar. Makanan yang sedikit dikumpulkan dan dimasak menjadi bubur untuk dimakan bersama..
      Kaitan Asyura plak... Hari tu mak kiter pernah
      citer sebab bulan Muharram ada Hari Asyura iaitu 10 Muharram dipanggil Hari Asyura
      Sepatutnya pada 10 Muharram kena ramai2 puasa sunat & bubur dimazak sebagai juadah iftar.. Tapi bow orang masak macam ikut tradisi jer kot.. Wallahua'lam.. Kiter pun dengan dari mak jer

      Delete
  9. šŸ˜šŸ˜‹Terima kasih.. Perkongsian ini..

    ReplyDelete
  10. Jazaqallahu khair..berkongsi resepi....akak baru nk cuba...sebelum ni main agak2 je...šŸ˜šŸ˜šŸ¤­

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waiyyaka..
      Swmoga bermanfaat kepada semua..

      Delete
  11. Terima kasih kat mak awak...saya nak guna resepi ni ya.

    ReplyDelete
  12. Mmg menjadi..terima Kasih sgt2..

    ReplyDelete
  13. saya pun mencari² sukatan tepung dgn cecair. Maklum dah berzaman tak buat dan makan bubur asyura. Ingat zaman kanak² masih teringat² sedapnya. Jumpa resepi ni dengan ratio tepung dan cecair. Inyaallah masih bulan muharram ni..jadilah buboq sora kedah saya. Aamiin. Kakak ipaq pun dah pesan buat lebih buleh bagi jiran2. Inyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf baru reply..dah setahunšŸ¤­
      Selamat memasak bubur asyura
      Kep

      Kepada pembaca yang baru jumpa blog ni...Selamat memasak bubur asyura versi utara.
      Kalau masak versi Pantai Timur,Selatan atau Barat..kita sama-sama raikan perbezaan dan bersyukur dapat menikmati eneka rasa

      Delete