Showing posts with label MENU BAJET. Show all posts
Showing posts with label MENU BAJET. Show all posts

Friday, 10 July 2020

RECYCLE KETUPAT GORENG(PKPP COVID 19)

Ni citer dah beberapa minggu
Masa tu kawan abang
Abang Haziq bangi Ketupat Adabi dengan Daging Dendeng
Haaa... Abang Haziq tu cheff
Selalu bagi makanan
Kadang tengah malam pun dia hantar makanan sangkut kat gril
Pastu nanti dia wasap abang soh amik..
Abang Haziq tu la yang bagi burasak, lepat luih bagai tu
Baru ni dia hantar asam pedas ikan
Nampak sedap tapi aku x berani makan sebab mak aku cakap masa makan macam ada letak belacan
Mak aku kata sedap
Tapi aku x berani la nak makan kalau ada belacan


Minggu lepas masa birthday mak aku tu
Abang Haziq tu hantar Nasi Ulam Utara untuk mak aku.
Abang cakap.. Walaupun cheff, abang Haziq tu selalu baca blog ni untuk explore resipi & tips memasak dari mak aku  yang aku kongsikan kat blog ni
Kalau dia ada baca.. Nak bagitau mak aku cakap Nasi Ulam tu sedap..
Tapi kalau tambah lebih ikan masin yang dihancurkan akan bertambah sedap lagi
🤭🤭🤭mak ai yang cakap.. 😁


 Lagi satu nak cakap
Ketupat Adabi hari tu dah jadi ketupat goreng
Sebab daging dendeng yang bagi sama ngan ketupat Adabi, abang dah habiskan.
Kiter lum sempat rasa sebab tengah pantang daging
So... the meaning is...
Nanti mata kiter dah baik nanti
Tolonglah hantar lagi dendeng tu sebab nampak sedap sangat masa abang makan tu
Huwaaaa😭😭😭

 Kerana daging tu abang dah habiskan
Ketupat Adabi tu kesunyian ditinggalkan daging dendeng.
Ketupat tu merasakan dirinya sudah tidak berharga lagi kerana dia tidak punya apa-apa rasa untuk menarik perhatian orang memakannya
Bagi ketupat... Siapalah dia tanpa dendeng atau rendang.. Apatah lagi kuah kacang
Tidak mahu melihat ketupat terbuang tanpa arah tujuan
Mak aku kata baiklah dibuat sarapan

Ketupat Adabi sudah berteman
Tidak lagi kesunyian
Dimasak sebagai sarapan
Memang licin tinggal pinggan
(tapi bukan aku yang makan)
Abang yang habiskan kerana aku x boleh makan sebab ada letak ayam & telur
Takde lah sedih sangat x dapat makan ketupat goreng ni sebab mak aku selalu jer buat kalau ada lebihan nasi impit
Bab daging dendeng tu memang seddey😪


KETUPAT ADABI GORENG
15 biji ketupat mini adabi- rebus
1 ketul dada ayam/1 ketul daging rebus-hiris kecik- boleh ganti seafood
1 batang carrot- mayang panjang
2 biji telur
1pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 cawan kobis hiris
3 sudu minyak
2 sudu kicap manis
sikit garam
bahan blend:
10 cili kering
1 bawang besar
2 bawang putih
1. Panas minyak & tumis bahan tumis hingga garing
2. Masukkan isi ayam/ daging,carrot dan masak sekejap.
3. Masukkan ketupat mini yang sudah dipotong2
4. Tambah garam dab kicap.
5.Pecahkan telur dan gaul rata
6. Sesuaikan rasa dan tutup api.
7. Tabur daun sup daun bawang .

Resipi ni c&p dari oldpost KTUPAT ADABI GORENG.... kat sini
Tapi yang masak ni hanya guna 5 pcs ketupat Adabi sebab yang kawan abang bagi ada 6 pcs sahaja. 
1 mak aku makan ngan dendeng daging
& baki 5 ketul tu la jadi ketupat goreng ni

Wednesday, 13 May 2020

NASI IMPIT GORENG UNTUK SAHUR-RAMADHAN 2020(PKPB)

Nasi Impit Goreng untu sahur
Bukan sahur malam tadi
Tapi sahur 2 minggu lepas lagi ni

Nasi Impit Goreng ni sedap masa sahur
Makan panas-panas ngan teh O panas..
Sedap la...

Nasi Impit Goreng ni rasa macam kue teow goreng pun yer jugak..


Digoreng macam mee goreng

Macam kue teow tapi versi nasi impit

Mak aku memang selalu pun masak nasi impit goreng terutama kalau lepas raya atau kalau ada masak nasi impit
Baki nasi impit mak alu akan masak Nasi Impit goreng



Ni nasi impit yang lebih makan ngan soto madura tu
Mak aku goreng



NASI IMPIT GORENG SEDAP
10 pack nasi impit mini
3 batang sosej ayam
1 batang lobak merah
2 biji telur
1 kiub ikan bilis
2 sudu kicap lemak manis
2 sudu minyak
Daun sup
Bahan Blend:
5 cili kering- rendam air panas
1/2 bawang besar
3 bawang putih
1. Nasi impit dipotong 8  setiap seketul
2. Potong sosej dan carrot
3. Panaskan minyak dan tumis sosej hiris
4. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak.
5. Masukkan kiub ikan bilis
6.Masukkan nasimimpit yang dibelah- belah dan dan gaul rata
7. Renjiskan kicap dan sesuaikan rasa
8. Pacahkan telur dan gaul rata hingga telur masak bergaul dengan semua bahan
9. Taburkan daun sup hiris

Monday, 4 May 2020

SERAWA PISANG AWAK-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID19 (DAY 48)

Semalam mak aku masak pengat pisang
Tapi mak aku cakap Serawa Pisang
Haaaaaa caner tu...


Ni kira moreh la
Sebab aku masakan lepaa terawikh..
Mak aku hidang jer masa iftar
Tapi masa iftar dah makan nasi & kuih
Kenyang la
Lepas terawikh makan lak pengat pisang ni



Makan jugak la sebab hanya mak aku yang makan masa iftar tu
Banyak lagi dalam bekas ni
Kang sahur xde nyer nak makan manis dah


Tengahari lagi mak aku dah masak pengarlt pisang ni
Kata mak aku pengat pisang @ apa-apa bubur elok dimasak awal beberapa jam
Supaya nanti nak makan dah pekat & lebih sedap..

Ni mak aku kata pisang awak
Hahahaha lawaks nama pisang tu
Selalu maknaku masak pengat guna pisang nangka
Aku tau sebab pisang tu harum bau dia macam bau nangka
Yang ni xdw bau nangka pun
Tapi bau pandan jer
Isi dia pun putih

 Mak aku cakap pisang ni yang beli sama ngam pisang yang masak GULAI PISANG IKAN KERING... kat sini


Haaaa yang kat belakang tu la pisang yang masak gulai
Yang kat dwpan ni pisang aqak
Masa beli tu belum masak
Punya la lamaaaaaaaaaaa pisang awak ni nak masak.
Mak aku cakap x tau naper hari tu pun maaak 5 biji sahaja masa mak aku buat pisang goreng hari ke- 5 puasa
Yang lagi baki dia ni la sampai 10 Ramadhan baru masak penuh & mak aku kata sebab dah masak sangat
Sebab tu jadikan serawa..
Huh...
Tapi sib baik akhirnya masak juga
Kalau x masak langsung, nak kata apa kan...

SERAWA PISANG AWAK
10 biji pisang awak
2 sudu sagu-rendam 10 minit
1/2 cawan gula perang
1/2 sudu teh garam
1 helai pandan
1 kotak kecil santan

1. Pisang dikupas & potong serong
2. Masukkan pisang bersama 3 cawan air dalam periuk hingga mendidih
3. Masukkan pandan, & sagu yang direndam
4. Bila sagu kembang & jernih masukkan garam & gula perang.
5. Tambah santan & kacau rata biar mendidih sekejap sahaja
6. Matikan api & sesuaikan rasa


Pengat Pisang a.k.a serawa pisang
Maknaku cakap warna dia kurang gelap sebab gula perang yang light..
Kalau guna gula melaka lagi cantik..


Monday, 6 April 2020

CUCUR KACANG RECYCLE BUBUR KACANG - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY 21)

Uit dah masuk tarikh baru dah
Dah 6 April 2020
Dah masuk hari ke 20 Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19


Mak aku masak Kuih Kasturi
Mak aku panggil Cucur Kacang
Kata mak aku masa sekolah menengah ada subject Sains Rumah Tangga ada la resipi kuih ni
Tapi dipanggil Kuih Rengas
Mak aku selalu cerita pasal subject Sains Rumah Tangga ni
Macam best jer bila dengar mak aku citer pasal subject tu..

Kuih Kasturi a.k.a Cucur Kacang a.k.a Kuih Rengas.
Mak aku masak untuk side dish masa mak aku & kakak iftar
Ala semua pun memang dinner sama-sama, nama jer lain-lain
Mak aku ngan kakak iftar
Aku ngan abang dinner
Ada nasi putih & lauk
Ada Kuih Kasturi ni juga

Kuih Kasturi ni sedap sangat
Masa mak akubtengah goreng, bau dia wangi sangat..
Mak aku cakap bau wangi tu bau kelapa bercampur kacang tu..
& kata mak aku lagi ni Cucur Kacang Recycle..
Cucur Kacang Recyle?
Biar betikkk????


Yup....
Mak aku cakap Cucur Kacang ni recycle dari BUBURBKACANG.... kat sini
Sebab bubur kacang semalamnya tu masih ada, mak aku cakap mak aku recycle supaya tidak membazir..
Jadikan Cucur Kacang a.k.a Kuih Kasturi. I
Boleh ke..??
Laaaa.. dah buat dah pun
Mestilah boleh
Malaysia Boleh!!!!!
🤭🤭🤭Tiber lak... 🤣🤣


Ready to deepfry
Kuih recycle
Tapi sedap & memang sedap

CUCUR KACANG RECYCLE
3 cawan bubur kacang
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa putih

1. Panaskan bubir kacang hingga mendididh & biar hingga kering. Kacau sesekali supaya tidak berkerak.
2. Masukkan kelapa & kacau rata. Kecilkan api.
3. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga bergumpal. Tepung tak perlu habiskan jika sudah cukup boleh dibentuk.
4.Biar sejuk sedikit & kepal bulat2 sebesar limau nipis & leperkan

Batter/teoung celup:
1/4 cawan tepung gandum
1/4cawan tepung beras
3/4 cawan air
1/2 sudu teh garam
1 sudu minyak
Sikit pewarna kuning @ serbuk kunyit

**Semua bahan dikacau hingga sebati
Nak lebih mudah, blend semuanya hingga
creamy & sedia digunakan untuk celup kuihkuih kastuei, pisang @ keledek

5. Celup kepingan adunan kacang dalam adunan tepung & goreng hingga garing


Ni lah Kuih Kasturi a.k.a Cucur Kacang Recycle tu..
Memang sedap & 10 pcs mak aku goreng habis licin
Mak aku cakap ada lagi 8 pcs dah gorwng setengah masak & frozenkan
Nanti sesapa nak makan sila goreng sendiri

So, lepas ni kalau ada bubur kacang x habis,
Boleh buat Kuih Kasturi ni
Kalau ada jiran kasi bubir kacang ke, tapi x suka bubur kacang,
Recycle jer jadikan Kuih Kasturi
Pastu hantar lak kat jiran tu🤣🤣🤣
Kalau tunggu jiran x kasi juga bubur
Pastu malas nak rebus kacang
Tapi nak makan kuih ni bolehlah beli bubur kacang sebungkus,
Balik alter la jadikan Kuih Kasturi
Tapi kalau nak buat sendiri boleh jer refer
CUCUR KACANG/KUIH KASTURI/KUIH RENGAS... kat sini






Wednesday, 25 March 2020

SAMBAL TUMIS BURGER AYAM

Mak aku cakap bila kita terdesak kita akan lebih kreatif
Kita kena lebih kreatif
Mak aku mula bercerita zaman dolu-dolu @ kampung nenek
Cerita tentang masakan nenek. Yang menggunakan hasil tanaman keliling rumah
Cerita tentang arwah atuk yang kreatif mencipta alat menangkapmikan disawah d parit
Cerita tentang makanan kampung yang menjadi rebutan kanak-kanak zaman dolu yang sekarang sudah tiada lagi
Macam-macam la yang mak aku cerita

 Ni mak aku masak Sambal Tumis Burger Ayam
Haaa.. Sebelum ni suka-suka jer sesapa nak goreng burger ayam ni untuk makan bila lapar.
Malam-malam sebelum tidur pun boleh goreng sosej, nugget, burger bagai
Now, mak aku cakap kena makan berjadual
Kena jimat & berhemah
Kerana kita x tau Perintah Kawalan pergerakan ni sampai bila
Mak aku kata kalau ikut pengalaman negara lain memang lebih sebulan..
الله....musnahkanlah virus corona & virus2 yang bahaya kepada manusia ini & lindungilah kami semua

 Sambal Tumis Burger Ayam

 Abang ngan kakak memang x tau ni sambal tumis burger ayam
Abang ingat Sambal Tempe
Kakak plak mesti dah seronok ingat ada tempe
Hahahaha... Semua terkena
Tapi lagi sedap tau

 Burger Ayam Ramly
Lepas dah goreng tanpa minyak
Kerat 2 & gunting melintang jadi jejari
Ni mak aku guna 4 keping kot
Kalau x salah la


SAMBAL TUMIS BURGER AYAM
4 keping daging burger ayam
4 sudu minyak
1/2 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
1/2 kiub pati ayam
1/2 baaang besar - hiris

Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 bawang besar

1. Masak daging burger ttanpa minyak hingga masak. Kerat 2 & gunting melintang menjadi jejari
2. Pnaskan minyak & tumis bahan blend & asam mepinghingga naik minyak
3. Tambah garam, gula & baaang besar hiris
4.Masukan daging burger & gaul rata
5. Sesuaikan rasanya


Actually mak aku juga ada masak sup selain sambal ni untuk makan ngan BUBUR NASI RECYCLE NASI SEMALAM...


BUBUR NASI RECYCLE NASI SEMALAM - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVOD 19 - DAY 8

Dah masuk hari ke 8 Perintah Kawalan Pergerakan - Covid 19
Dah genap seminggu..
Bermula Rabu minggu lepas
Ni dah Rabu.. Genap 8 hari

Bubur Nasi  Recycle Nasi Semalam
Menu untuk seharian semalam
Skip breakfast..
Lunch & dinner makan Bubur Nasi Recycle ni.

 Bubur Nasi Recycle Nasi Semalam..
Puncanya menu ni mak aku cakap sebab  hari Isnin nyer menu KARI IKAN LENGAT & SOSEJ GORENG TELUR....hanya abang yang makan. Itupun mak aku cakap abang hanya habiskan sosej jer
Kari & nasi putih x luak
Sebab xnak membazir
Lebih-lebih lagi musim kena Perintah Kawalan Pergerakan  ni makanan kena jimat berhemah
Mak aku cakap sebab tu masak Bubur Nasi Recycle ni

BUBUR NASI RECYCLE NASI SEMALAM
2 cawan nasi semalam
2 cawan air
( sambil tu jerang air panas mendidih untuk ditambah)
3 hiria halia

1. Lenyek-lenyekkan nasi semalam.Asingkan kerak jika ada yang berkerak. Guna yang putih je
2. Masuk nasi dalam rice cooker bersama 2 cawan air & tekan button cook seperti masak nasi biasa
3. Masukkan halia hiris & bila mendidih kacau-kacaukan
4. Bila air mula kering, tambahkan air panas, sambil kacau-kacau supaya nasi hancur
5. Bila cukup lembut menjadi bubur bolehlah tambah bahan lain seperti carrot, garam, ayam atau lain-lain yang disukai.
6. Jika untuk bubur berlauk, boleh terus hidang bersama lauk pauk

**Update...nenek cakap, cara nenek, nasi tu nenek blend dulu sebelum masak semula.


 Bubur dia xde beza pun ngam bubur nasi masak guna beras

 Mak aku masak Bubur Kosong
Tapi makan dengan sup, bilis & zambal tumis

 Makan Bubur Recycle ni untuk lunch d dinner

Boleh makan ngan bilis kacang  & lauk lain

Saturday, 21 March 2020

LAUK SOSEJ GORENG - HARI KE 3 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Semalam hari Jumaat adalah haro ke3
Perintah Kawalan Pergerakan kerana angkara Covid 19
Buat pertama kalu dalam hidup aku mendengar arahan ini
Pertama kali dalam hidup aku aku dengar  tegahan Solat Jumaat di masjid..
Bukan itu sahaja.. Semua pergerakan juga dihadkan & seboleh mungkin semua dikenhendaki berada hanya dalam rumah sahaja..
Masuk hari ke 3 dah mula terasa
Suasana swkitar sunyi sepi walahpun hakikatnya ada beribu orang diperumahan ini..
Meninjau dari  tingkap juga tiada lagi jammed

Tak banyak mender boleh buat  selain ngadap handphone & TV & tidur
Aku sambung puasa walauoun puasa ganti dah selesai..
Mak aku cakap niat jer puasa ganti..
Mana tau boleh gantikan puasa-puasa kita yang x sempurna..
Mak aku pun puasa juga


Untuk iftar minta mak aku masak lauk sosej
Musim kuarantin ni mak aku dah ingatkan awal-awal lagi..
Makan dah xleh ikut suka
Kena jimat sebab bekalan makanan yang ada untuk bertahan sehingga 31 Mac iaitu tarikh akhir Perintah Kawalan Pergerakan
Kata mak aku.. itupun kita x boleh nak jangka kerana PM dah umumkan jika covid 19 masih tidak terkawal mungkin tempohnya dilanjutkan
Tidak tahu sampai bila.
Huhuhu... Takutnya


Pic Telur Dadar ni separuh sahaja
Ada sebabnya
Seebab ni memangvtinggal separuh pun..
Lauk lebihan abang ngan kakak lunch
So, snap separuh supaya x nampak la  separih yang dah dimakan
Hahahaja

Lauk iftar mak aku
Ikan Tongkol Rebus Cicah Budu
Ikan Tongkol Rebus ni rasanya dah seminggu kot..
Dapat la mak aku makan sikit demi sikit
Hanya mak aku yang makan ikan tongkol tu
Aku..abang & kakak x suka
Mak aku xnak makan lauk sosej tu
Mak aku cakap tu lauk orang muda


Aku iftar lauk sosej goreng ni ngan nasi putih
Abang dah nampak sosej..
Memang fav abang la
Kakak asalnya xnak makan nasi
Tapi bila tengok lauk sosej ni
Kakak terus amik pinggan
Finaly kakak yang 2x tambah nasi
Hahahaha...
Lately ni memang nikmat sangat bila makan..

LAUK SOSEJ GORENG
10 batang sosej
1/2 bawang besar (kena jimat)
1 sudu chilly flakes
1 sudu marjerin/ minyak
(kalau guna minyak sosej mudah kering berkedut)
Sikit garam  & daun sup

1. Potong sosej & bahan lain
2. Panaskan marjerin & gorengkan sosej hingga harum
3. Bila sosej masak, tambah semua bahan lain & sesuaikan rasanya


Wednesday, 1 January 2020

ROTI TELUR SARDIN - SARAPAN TERAKHIR 2019

Hari ni lastday 2019
Plan asal nak ikut mak aku
Tapi tetiba malas lak
Semalam ikut pun aku x membantu apa2
Hanya membuter sebab terlalu mengantuk kerana malam tu aku x dapat tidur diganggu bunyi2 & mimpi buruk sepanjang malam...
So, hari ni aku deside nak dok umah lipat kain baju yang dah mula growing up🤣

Roti Telur Sardin...
Breakfast yang mak aku dah siap masak
Heeee... Maknaku yang masak
Aku bangun semua dah siap dah atas meja
Mak aku tengah kelam kabut siap
Abang lak biasa la pagi2 memang toilet tu dua punya sampai pukul 7.30
Pastu dia kelam kabut la baru nak mandi

Dah lama mak aku x masak Roti Telur Sardin ni
Last post about Roti Telur Sardin ni KAT SINI....

Bekal abang...

Bekal mak aku
Yang bekal mak aku ni mak aku cakap guna  roti whole meal..
Bekal abang tu mak aku cakap roti putih
Huhuhuhu... Aku dah xde bakal
Huwaaaaaaaaaaa😭

Nampak la texture dia memang lain skit
Aku x sukan roti wholemeal
Sebab rasa serabut nak makan
Hahahhaa

Sib baik untuk breakfast aku ngan kakak mak aku buat guna roti putih
Haaaa... Baru senang nak kunyah & nak telan

Resipi aku just c&p dari post ROTI TELUR SARDIN.. kat sini...sebab ada step by step
Tapi yang older post tu rotinya laginmenarik dari hari ni nyer.. Naper?
Ooo... Mak aku cakap hari ni nyer roti telur sardin nampak pucat sebab xde chilly flakes.. Mak aku cakap hari tu guna tutup x rapat.. So, chilly flakes tu masuk angin & berkulat.. Kena buang..
Ooo... Patutlah . So, lain kali simpan leklok


ROTI TELUR SARDIN
10 keping roti gardenia slice
1tin kecil sardin
1/4 limau nipis
5 biji telur
1/2 bawang besar cincang
1 sudu teh chilly flakaes
1/2 sudu geh garam
1 sudu teh lada sulah
1/4 cawan daun sup+daun bawang cincang
Miyak
1.Roti dipotong 2 setiap sekeping
2. Lenyek sardin bersama sosnya
3. Campurkan sardin dengan jus limau, garam, lada sulah, chilly flakes & daun sup cincang. Gaul rata
4.Pecahkan telur dan gaul dengan gaul sebati
5. Tambah sardin dan kacau sebati
6.Panaskan kuali dan tuang skit minyak
7.Celup roti dalam campuran telur dan sardin dan goreng dengan minyak yang sedikit tadi .Jika mahukan inti tebal.,tambah sikit lagi campuran sardin bertelur atas permukaan roti.

8 Balik-balikan hingga garing kedua-dua belah roti


Roti Telur Saedin..
Breakfast terakhir 2019
Jumpa lagi tahun depan 2020