Friday 10 July 2020

RECYCLE KETUPAT GORENG(PKPP COVID 19)

Ni citer dah beberapa minggu
Masa tu kawan abang
Abang Haziq bangi Ketupat Adabi dengan Daging Dendeng
Haaa... Abang Haziq tu cheff
Selalu bagi makanan
Kadang tengah malam pun dia hantar makanan sangkut kat gril
Pastu nanti dia wasap abang soh amik..
Abang Haziq tu la yang bagi burasak, lepat luih bagai tu
Baru ni dia hantar asam pedas ikan
Nampak sedap tapi aku x berani makan sebab mak aku cakap masa makan macam ada letak belacan
Mak aku kata sedap
Tapi aku x berani la nak makan kalau ada belacan


Minggu lepas masa birthday mak aku tu
Abang Haziq tu hantar Nasi Ulam Utara untuk mak aku.
Abang cakap.. Walaupun cheff, abang Haziq tu selalu baca blog ni untuk explore resipi & tips memasak dari mak aku  yang aku kongsikan kat blog ni
Kalau dia ada baca.. Nak bagitau mak aku cakap Nasi Ulam tu sedap..
Tapi kalau tambah lebih ikan masin yang dihancurkan akan bertambah sedap lagi
🤭🤭🤭mak ai yang cakap.. 😁


 Lagi satu nak cakap
Ketupat Adabi hari tu dah jadi ketupat goreng
Sebab daging dendeng yang bagi sama ngan ketupat Adabi, abang dah habiskan.
Kiter lum sempat rasa sebab tengah pantang daging
So... the meaning is...
Nanti mata kiter dah baik nanti
Tolonglah hantar lagi dendeng tu sebab nampak sedap sangat masa abang makan tu
Huwaaaa😭😭😭

 Kerana daging tu abang dah habiskan
Ketupat Adabi tu kesunyian ditinggalkan daging dendeng.
Ketupat tu merasakan dirinya sudah tidak berharga lagi kerana dia tidak punya apa-apa rasa untuk menarik perhatian orang memakannya
Bagi ketupat... Siapalah dia tanpa dendeng atau rendang.. Apatah lagi kuah kacang
Tidak mahu melihat ketupat terbuang tanpa arah tujuan
Mak aku kata baiklah dibuat sarapan

Ketupat Adabi sudah berteman
Tidak lagi kesunyian
Dimasak sebagai sarapan
Memang licin tinggal pinggan
(tapi bukan aku yang makan)
Abang yang habiskan kerana aku x boleh makan sebab ada letak ayam & telur
Takde lah sedih sangat x dapat makan ketupat goreng ni sebab mak aku selalu jer buat kalau ada lebihan nasi impit
Bab daging dendeng tu memang seddey😪


KETUPAT ADABI GORENG
15 biji ketupat mini adabi- rebus
1 ketul dada ayam/1 ketul daging rebus-hiris kecik- boleh ganti seafood
1 batang carrot- mayang panjang
2 biji telur
1pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 cawan kobis hiris
3 sudu minyak
2 sudu kicap manis
sikit garam
bahan blend:
10 cili kering
1 bawang besar
2 bawang putih
1. Panas minyak & tumis bahan tumis hingga garing
2. Masukkan isi ayam/ daging,carrot dan masak sekejap.
3. Masukkan ketupat mini yang sudah dipotong2
4. Tambah garam dab kicap.
5.Pecahkan telur dan gaul rata
6. Sesuaikan rasa dan tutup api.
7. Tabur daun sup daun bawang .

Resipi ni c&p dari oldpost KTUPAT ADABI GORENG.... kat sini
Tapi yang masak ni hanya guna 5 pcs ketupat Adabi sebab yang kawan abang bagi ada 6 pcs sahaja. 
1 mak aku makan ngan dendeng daging
& baki 5 ketul tu la jadi ketupat goreng ni

No comments:

Post a Comment