Tuesday 28 July 2020

TAUHU BERGEDIL SEDAP (PKPP-COVID 19)

Hari Jumaat, mak aku bawa balik sebungkus tauhu yang orang letak dalam mee kari tu..
Ingatkan bak buat mee kari.
Rupanya tak..
Mak aku cakap ada achik cleaner bawa bekal Tauhu Begedil bagi mak aku rasa
Kata mak aku, begedil tu sedap sangat...
Sebab tu nak buat tauhu begedil

Hari Sabtu mak aku buat tauhu begedil ni
Sedapnyaaaa...
Berketul-ketul aku aku makan walaupun sambal kicapnya pedas meraung..


Ni versi natural beuty, xde make up daun sup bagai😅😅
Polos suci tanpa make up

Aku makan jer
Tak tengok pun mak aku masak
Coz hari Sabtu tu seharian jadi runner ngan kakak hantar barang 1 KL
Kakak kata nak cari duit poket
Kakak ajak aku temankan
Kakak drive aku plak tukang amik barang hantar pada customers

Balik dah maghrib
Dengan hujan lebat giler
Penat dia macam nak nagis
😭😭😭
Sib baik sejuk-sejuk hujan mak aku gorengkan tauhu begedil panas-panas
Mak aki cakap buat masa tengahari
Simpan dalam peti ais
Bila abang balik baru goreng

Haaaaa...
Ni tauhu begedil yang belum goreng
Yang kat belakang tu abang beli..
Abang balik kerja, abang belikan yong tauhu &.......


& Tauhu Begedil🤣🤣🤣🤣
Abang cakap abang x tahu mak aku masak tauhu begedil
Sebab tu abang beli yong tauhu & begedil tauhu tu
4 ketul tu abang kata rm6
Kata abang hari ni Hari Tauhu Begedil Sedunia...
Sebabnya, abang kata masa lunch kat tempat kerja abang kata ada jual tauhu begedil tauhu.
Abang beli 1 pack makan kat sana
Petang balik beli plak tauhu begedil untuk bawa balik
Yang kat rumah, mak aku plak masak tauhu begedil..
So, dari pagi sampai malam, hidup abang dikelilingi tauhu begedil
Hahahaha...


TAUHU BEGEDIL
20 pcs tauhu goreng(tauhu pok)
-minyak untuk goreng
1 biji telur untuk celup beegedil nanti

-Buat garis X dipermukaan tauhu & dsngan hati2 keluarkan isi tauhu supaya ada ruang untul isi inti

Inti:
5 biji kentang-rebus empuk
2 keping patty burger ayam Ramly
1/2 ketul kiub ayam
1/2 sudu teh garam
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 bawang besar-cincang halus

- Lenyek patty burger & goreng tanpa minyak hingga berderai.
-Lenyek kentang & campur dengan aemua bahan lain & lenyek hingga sebati
-Bulat2kan inti kepada 20 bahagian & isikan kedalam setiap tauhu
-Celup setiap tauhu berinti & goreng dalam minyak yang banyak hingga garing
-Hidangkan dengam Sambal Kicap

Sambal Kicap:
20 cili padi-
5 bawang merah
3 ulas bawang putih
4 sudu cuka makan
1 cawan kicap manis
1 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu gula

1. Goreng cili, bawang merah & bawang putih dengan sikit minyak hingga masak
2. Blend bahan yang digoreng itu dengaan cuka, kicap, gula, sos, tiram & sos cili.
3. Sesuaikan rasa

2 comments:

  1. Salam, Cella..

    kelakar cete hari bergedil sedunia abang Cella tu.. aunty rasalah, kan.. masa dia makan tauhu bergedil tu, dia teringat family,tapi dia dah terhabiskan sebab sedap sangat, tu yg petang tu dia cari tauhu bergedil lain utk bawa balik. Baik sangat abang Cella, ciri2 family man.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehe... Maybe betul la
      Sebab abang kalau alaun dah masuk mesti belanja kiter.. Heee

      Delete