Sunday 5 July 2020

KEREPEK LABU MANIS (PKPP-COVID 19)

Mak aku buat Kerepek Labu

 Kata mak aku ni Kerepek Labu Manis

 Bukan Kerepek tu yang manis
Tapi Labu tu yang namnaya Labu Manis
Kalau dah namanya Labu Manis
Mestilah kerepeknya pun manis


Mak aku cakap sempoi jer nak buat Kerepek Labu Manis ni
Just belah labu
Buang bijinya
Guna peeler untuk hiris nipis
Kulit pun takyah buang..
Pastu goreng dalam minyak yang banyak dengan api sederhana hingga crispy
That's all
Kerepek ni memang crispy tapi xlah cruncy macam kerepek ubi or kerepek pisang
Tapi crispy la
Hahaha.. camaner tu?

 Labu ni mak aku cakao dari Trengganu
Ada kawan mak aku jual
Mak aku cakap beli 10 biji.
Sebahagian mak aku cakap kongsi rezeki ngan cleaners
Hari tu bawa balik kampung 2 biji  untuk nenek dan achik
Yang kat rumah ni tinggal sebiji dah lebih seminggu x dimasak
Nak elak pembaziran, mak aku cakap buat kerepek

 Sedap..
Walaupun crispy
Tapi bila kunyah jadi creamy dalam molot
Kata mak aku ini jenis labu manis yang isinya memang texture halus & creamy
Ada jenis yang texture kasar & macam fibre  tu kurang sedap..
Macamana nak tahu mana yang  halus mana yang kasar?
Ntah... Mak aku cakap
Mak aku pun tak tahu macamana nak kenal
Bila makan jer baru tahu kerana dapat rasa
Kata mak aku maybe petani yang tanam pokok labu ada tips untuk kenali jenis labu
Tapi kan....
Aku tingin sangat nak tengok labu yang besar giler warna oren yang dorang barat buat Pesta Halloween tu..
Aku xnak la tengok yang seram tu
Just nak tengok labu jer..


 Mak aku juga buat Labu Goreng Celup Tepung..
Macam Pisang Goreng tu..

Kata mak aku
Buat Kerepek lagi ngam..
Buat Goreng Celup Tepung dia empuk lenbik..
Macam labu rebus.. Takde taste sangat
Kalau kerepek lagi sedap sebab crispy  & creamy


No comments:

Post a Comment