Sebenarnya nak cerita pasal Ulam Capa Lakleng.
Tapi takkan makan ulam saja kan..
So,tunjukkan la juga lauk lain yang digandingkan dengan ulam tu..
Ni lunch kat rumah Achik minggu lepas la.Tak ingat hari apa.
Ada lauk lala tumis serai.
Achik beli 2 kg..
Beli kat Pekan Nat...lalanya masih hidup terjelir-jelir lidah masa Achik pilih.Sekilo hanya RM6...Aduiiii murah banget!
Tu sebab Cella suka kalau balik Kedah puas makan seafood.
Kat Kedah lala ni depa panggil
"Siput Retak Seribu"
Mungkin merujuk pada cengkerangnya yang retak seribu tu.Mungkin nak bezakan dengan sejenis lagi lala.Kalau lala tu kat Kedah merujuk sejenis lala yang memang kecil dan bila kopek isinya sebesar kuku jari kelingking sahaja.
Ini rasanya Ayam Masak Kicap Pedas.
Sambal Tempoyak Petai & udang kecik.
Udang ni ha...
Saya suka udang ni..Kalau buat cucur udang atau udang celup tepung memang sedap pada tekak saya.Ni saya beli nak buat campur dalam cucur jagung.Suruh Achik masukkan dalam sambal tempoyak sekali.
Achik kalau beli memang udang besar-besar.Saya memang tak laaaπ€
Achik juga beli sotong..Fresh cantik macam ni sekilo RM24.
Nak yang letak dalam pinggan pun ada sepinggan RM15 dalam ½kg.
Ikan apa ni ek..Ikan jenahak kot..sekor ni RM15.
Achik ada beli ikan merah 2 slices RM18
Tempe kat Kedah lagi fresh dari saya dok beli kat KL nu.Mungkin yang kat sini dibuat setiap hari @ kualiti kacang soya atau mungkin yang saya beli tu ja kurang sedap,sedangkan mungkin ada tempe tempat lain tu sedap ja.
Ulam petai & rebung rebus.Rebung ni rebung buluh lemang..wangi bau dia.Bukan la wangi macam perfume tapi harum macam lemang.
Nak cerita pasal ulam ni la.Selalu dengar abang saya kat Kulim sebut Capa Lakleng.Katanya belah Sik,Baling & Kulim memang sebut Capa Lakleng.Belah tempat saya sebut ulam ni sebagai Lobak Huma.Lobak tu merujuk kepada sawi sebab kalau sawi kami panggil sayur lobak.Huma pula bermaksud kebun yang baharu diteroka.
Antara ulam yang paling saya rindukan.Saya suka ulam lobak huma ni sebab aromanya unik dan saya tak tau nak cakap macamana.Dia bukan wangi tapi aromanya unik.
Boleh dijadikan ulam mentah segar ni.Boleh juga direbus.Malah boleh juga ditumis sebagai sayur atau dimasak lemak.
Beli kat Pekan Nat .Nat @ Kedah bermaksud Pekan Sehari.
Jumpa banyak gerai ulam dan sayur yang ada jual Lobak Huma a.k.a Capa Lakleng ni.
Selain menggemarinya kerana aroma dan nostalgianya,
saya pernah baca info mengatakan ulaman ini bagus sebagai altenatif alami( semulajadi) rawatan cancer.Katanya. direbus dan diminum airnya seperti minum teh mampu mengecutkan ketumbuhan pada payudara bagi yang mengalaminya.Wallauhua'lam...
Gambar pokoknya ini screen shot daripada youtube chanel untuk dapat gambaran jelas visual pokok Capa Lakleng @ kami sebut Lobak Huma dan kebanyakan di Indonesia mengenalinya sebagai Sintrong..
Dulu kat kampung saya tumbuhan ini tumbuh meliar di kebun-kebun kecil .Kebun kecil yang ditanam aneka tumbuhan makanan harian seperti keladi,ubi,cili,terung dll tu kami panggil "huma".
Kalau kebun getah yang di bersihkan untuk tanam semula juga pokok lobak huma ini mudah membiak dengan sendirinya tanpa di tanam.Begitu juga kebun-kebun kelapa sawit.Paling tidak di batas (permatang) sawah juga menjadi tempat membiak pokok lobak huma ini.
Pokoknya berbunga jambak berwarna hijau dan bila kembang berwarna merah menarik.
Untuk melihat video pokok ni lebih jelas boleh
menonton link ini:
Kebetulan saya salah seorang subscriber chanel ini dan semalam youtubernya berkongsi tumbuhan sawahan yang saya panggil Lobak Huma ini.Terlanjur menonton,bolehlah tekan subscrib sebagai sokongan kepada beliau kerana Anger Pradesa ini juga banyak berkongsi resipi dan info tumbuhan liar yang boleh diolah menjadi makanan/lauk pauk yang lazat.Yang menariknya kebanyakan tumbuhan tersebut juga ada di negara kita tetapi tidak ramai yang tahu ianya enak dimakan.Cuma dari segi nama tumbuhan tersebut ada yang lain sebutannya antara Malaysia dan Indonesia..
Saya langsung tiada kepentingan bersama chanel berkenaan.Sekadar berkongsi info yang bermanfaat.