Showing posts with label RAMADHAN 2019. Show all posts
Showing posts with label RAMADHAN 2019. Show all posts

Friday, 28 June 2019

CARA BUAT DAGING JERUK SENDIRI

Jeruk Daging Goreng
Lauk iftar semalam
Sedapppp
Minggu lepas mak aku ada beli Jeruk Daging Frozen
Dah citer pasal DAGING JERUK ..kat sini..




Semalam Genap seminggu
Makan lagi lauk Daging Jeruk ni
Tapi specialnya sebab yang ni bukan frozen
Tapi homemade Daging Jeruk by mak aku...
Puncanya  mak aku kata sebab beli yang minggu lepas tu satu bekas tu skit makan tak puas
So,malam tu juga mak aku homemadekan Daging Jaruk sendiri



Ni Daging Jeruk Goreng yang minggu lepas
Habis makan waktu iftar
Abang x dapat makan


Ni Daging Jeruk frozen yang beli tu
Sebab x puas makan sikt
Mak aku cakap refer kat group masak-masak
Dapat jawapan terus buat

JERUK DAGING
500  gm daging
20 biji limau kasturi- 1/2 cawan jusnya
2 biji lemon
2 sudu makan garam halus

1. Basuh daging & hiris nipis
2. Gaul daging hiris bersama jus limau kasturi dan garam
3. Lemon dibelah dua dan hiris nipis
4. Susun 1 lapisan daging dalam bekas plastik atau kaca
5. Susun hirisan lemon atad lapisan daging
6. Susun daging berselang seli dengan lemon
7. Simpan dalam peti sejuk selama seminggu  baru digunakan untuk masak

**** simpan pada rak bawah bukan freezer


Daging yang dah siap dibersihkan dan dihiris nipis


Lemon


Gaul daging bersama garam halus dan jus limau kasturi



Susun daging dan lemon berselang seli


Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya seminggu sebelum di masak supaya asam garamnya sebati



DAGING JERUK GORENG
300 gm daging jeruk
1 bawang besar
5 cili padi
1 batang leek
5 tomato ceri
minyak

1. Panskan minyak anggaran 1/4 cawan
2. Tumis daging jeruk.( Toskan airnya)
3. Bila daging mengeluarkan jus,teruskan masak hingga jusnya kering dan yang tinggal hanya minyak
4. Masaukkan bawang,cili,tomato,leek dan jika ingin berkuah masukkan sedkit jus daging jeruk



Wednesday, 19 June 2019

KACANG EDAMAME

Kacang Edamame
Tau nama kacang ni sebab ada tulis kat bungkusan dia
Mak aku nak sangat makan kacang ni
Mak aku cakap sebab tengok Jamies Oliver guna kacang ni
Aku ingatkan Kacang apa
Bila tengok...
Kacang ni la selalu mak-mak order kalau kat Sushi King
Tapi aku x pernah try makan pun


Kat bungkusan tulis xyah rebus
Tapi mak aku cakap takut kembung perut
Mak aku rebus dulu letak sikit garam


Macam Kacang Peas
Tapi memang bukan Kacang Peas
Maka ku kata orang Indon panggil ni Kacang Jepang
Jepang mean Jepun la
Sebab kacang ni memang import dari Jepun
Kacang Frozen


Mcam Kacang Soya tapi bukan Kacang Soya
Sebab Kacang Soya warna putih
Mak aku cakap sebab tu ada orang Indon panggil Kedelai Jepang
Sebaba kalau Kacang Soya orang Indon panggil kacang Kedelai





1 pack ni RM12
Tapi ni pack yang beli masa kat KL
Masa otw nak balik raya minggu lepas
Mak aku singgah Mydin kat RTC Simpang Pulai
Beli lagi 2 pack
1 rebus kasi nenek
Nenek suka....sedap
1 lagi kasi Achik
Tapi x tau la Achik dah makan ke belum...


Ni beli masa bulan Ramadhan hari tu..

Walaupun beku tapi warna dia still hijau

Kulit dia kesat skit
Macam velvet kesat


Patutnya  terus makan jer
Tapi mak aku nak juga rebus dulu


Lepas dah rebus
Sedappp
Tapi hanya ku ngan mak aku la makan
Kakak xnak
Abang pun xnak
rugi...rugi...rugi

Wednesday, 5 June 2019

IFTAR 30 RAMADHAN- IFTAR TERAKHIR RAMADHAN 1440

 Iftar hari terakhir Ramadhan 1440  dah x semeriah sebelum ni..
Jika dari hari Khamis..Jumaat..Sabtu..Ahad & Isnin meriah sebab ada Achik Pakcik..Haikal dan Aqil semua
Tapi hari Selasa..pagi- pagi dorang dah bertolak ke Pahang untuk beraya di sana..
Huhuhu..
Sib baik Achik cakap dorang kat sana sekejap sahaja..
Raya ke-2 hari Khamis dah balik Kedah..
Tapi iftar hari Selasa memang terasa sunyi la Aqil xde
Selalunya riuh dengan Aqil jer time iftar
Riuh dia nak itu nak ini
Nak main bunga api
Nak ikut Haikal gi teraweh..
Tapi Haikal kata surau kat kampung nenek ni  solat Terawehnya buat 20 rakaat takut Aqil tak larat..
Actually balik ni memang aku berhajat nak ikut gi teraweh kat surau kampung nenek tu..
Sebab selama ni gi Solat Hari Raya je
Tapi apakan daya...balik jer Kedah terus ABC
Huwaaa.....2x kena puasa nj
Hmmm...nampaknya Solat Raya pun tahun  terlepas la aku ..
Huhuhu...sedis tau..

Rendang Ayam

Sotong Goreng Tepung
Tapi Achik

Singgang Serani

Ikan Pekasam
Ikan Goreng

Tuesday, 4 June 2019

IFTAR 29 RAMADHAN 1440 - ESOK RAYA KE TAK..?

Juadah iftar Ramadhan ke 29
Still iftar kat kampung
Iftar last bersama family Achik
Eskk pagi- pagi dorang akan bertolak balik beraya di Pahang..
Huhuhuhu


 Ayam Gulai Kering Pahang
By Achik...

 Ikan Tuna Panggang
by nenek
Nenek panggang kat kampung
Guna dapur kayu


 Masak Lemak Cili Api Ayam + Pucuk Ubi
by mak aku


 Hati Ayam Masak Kicap Pedas
by mak aku



 Sayur broccoli by mak aku


 Chicken Popcorn..
Mak aku masaknkhas untum Aqil
Tapi semua pun makan la sebab banyak & sedap


Kuih Lapis by mak aku
Tak sempat potong
Malam lepas iftar semua pakat tunggu depan Tv
Nak dengar pengumuman
Raya @ Tidak..?
Sebab petang tadi adalah tarikh melihat anak bulan Syawal .
Masa Buletin Utama...
Penguman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-raja....
Tarikh Hari Raya Puasa Pada Tahun Ini Telah Ditetapkan Pada Hari Rabu....6 Jun 2019

MALAM 7 LIKUR @ KAMPUNG

 View malam 7 Likur dari pintu ruang tamu rumah nenek @ kampung
Lampu kelip- kelip mak aku beli dari KL bawa balik kampung
Pelita minyak tanah dipasang oleh Pak Njang berderet sampai ke tepi jalan..
Hari Jumaat pagi..Pak Njang bertungkus lumus menebang pokok- pokok kecil untik dijadikan tiang pelita
Petang Pak Njang memaku dan memacak tiang- tiang pelita dan memasang sumbu pada pelita- pelita dan mengisi minyak tanah.
Malam semua excited nak pazanv pelita dan Lampu Kelip- kelip ni...
Cahaya lampu jalan dilindungi bayang Pokok Sentul di pintu pagar
Buah Sentul sedang bermusim...
Semalam ada beberapa ekor kera di atas pokok sentul memakan  buahnya...

Dah padam semua lampu..
Nak feel dalam gelap menghayati cahaya pelita minyak tanah
Langit gelap diselubungi awan hitam...
Hujan pun dah mula rintik



 Sebelum hujan lebat cepat snap pic pelita ni...
Jumaat malam ialah malam ke -27 Ramadhan..
Mak aku kata malam 27 Ramadhan tu namanya MALAM 7 LIKUR

 Nenek kata kalau dulu- dulu..
Zaman nenek masih muda..
Malam 7 Likut ni merupakan malam yang paling sibuk..
Nenek kata dulu- dulu pelita bukan dinyalakan sejal awal puasa
Tetapi pelita hanya akan mula dipasang pada Malam 7 Likur..
Pada Malam 7 Likur juga nenek kata pendudk kampung akan  menyukat Zakat Fitrah
Nenek kata dulu- dulu orang kampung semua bayar zakat fitrah menggunakan beras..
Takde yang bayar guna duit..
Kalau guna duit pun nenek cakap mereka akan bagi duit kepada penerima untuk minta beli berasnya & diakadkan sebagai beras..
Setiap orang segantang beras
Segantang tu banyak mana...?
Segantang tu nenek kata disukat sejenis alat bernama GANTANG...
Nenek kata lebih kurang  4kg beras..
Kata nenek kalau dulu ...
Nak sukat beras untuk fitrah pun hanya dilakukan oleh orang- orang tertentu sahaja
Contohnya imam atau guru agama sahaja...
Tak boleh sukat sendiri ker...?
Mmm...nenek kata boleh jer
Tapi sebab dulu- dulu memang menjadi adat untuk menjemput orang alim menyukat beras fitrah
Banyak lagi la yang nenek ceritakan about Malam Tujuh Likur

 Seronok bila pasang pelita
Baru rasa nak raya
Mud raya


Aqil seronok main bunga api
Masa ni mak aku ngan kakak tengah meronda naik motor cari tempat orang main meriam buluh
Masa iftar dengar bunyi berdentum- dentum
Nenek kata tu bukan bunyi mercun
Tapi tu bunyi meriam buluh
Nenek kata dorang buat meriam buluh kat surau lama ..
Dekat jer ngan surau baru tu...
Patut la bunyi dia kuat sangat...
Macam bunyi bom....
Mak aku ajak aku
Tapi aku xnak sebab tempat tu dekat ngat KUBURRRRRR......
hahaha
Mak aku la nak sangat gi tengok orang main meriam buluh
Mak aku kata tu nostalgia mak aku masa kanak- kanak..
Tapi sekrang mak aku kata dah x ramai orang main meriam buluh sebab dah diharamkan...!
Haram..?
Habis naper ada yang main ...?
Heeeee......mak aku kata  mercun pun banyak jernis dah yang diharamkan
Tapi ada jer orang main..
So...?

Monday, 3 June 2019

IFTAR 28 RAMADHAN 1440 A KAMPUNG

 Iftar semalam
28 Ramdhan 1440
@ kampung nenek
Macam 2 dan 3hari lepas...
Mak aku ngan Achik masak dan bawa balik kampung
Untuk iftar sama- sama
Kadang macam lawak  pun hada
Semua masak kat rumah
Bawa balik.makn kat kampung
Lepas tu balik
Hrmmm...tapi mak aku ngan Achik ngan nenek la nak sangat feel iftar kat kampung
Nenek kata sebab nak menghilangkan usang rumah tu
Supaya kembali berseri pada Hari Raya nanti..
Nenek kata bila kita selalu balik..
Rumah tu akan hilang usang dan kembali berseri.
So...nanti hari raya barulah rasa macam rumah tu berpenghuni dan ramai tetamu datang macam tahun- tahun lepas...
Pagi nenek akan balik bersihkan rumah..
Sapu sampah....bakar sampah
Petang semua akan balik bawa makanan
Makan...solat....pastu balik semula
Tapi balik lepas Haikal dah balik dari surau la
Haikal gi teraweh kat surau kampung nenek..
Lepas Haikal dah balik dari surau
Baru gerak balik
Pakcik akan balik dulu sebab Pakcik gi solat teraweh kat masjid..


Mmmm...pic gelap macam blackout
Sebab snap by mak aku
Aku tengah isikan nasi kedalam pinggan..
Tu ...nampak tak aku dalam kegelapan sedang isikan nasi ke dalam pinggan
Haaa....dah berkali ajar mak aku snap
Tapi still fail...
Ok....jom tengok menu iftar hari Ahad
28 Ramadhan..



 Asam Pedas Kepala Ikan by mak aku...

 Dah pindahkan dari kuali masak ke kuali hidang


 Sotong Kunyit by Achik


 Rendang Ayam by mak aku


 Mak aku  masak sebab nenek buat ketupat palas

 Ketupat Palas...by nenek
Nenek buatkan Ketupat Frozen untuk Achik bawa balik Pahang nanti..
Family Achik beraya kat Pahang tahun ni



 Ayam Masak Serai by Achik


 Kari Ikan by mak aku


 Ikan Goreng & Ayam Goreng


Ulam- ulaman


Sayut Kangkung by mak aku


Agar- agar Sirap by mak aku
Petang ni xde Kuib Bazaar
Semua homemade....

Mee Goreng by Achik...
Untuk lepas teraweh...