Thursday, 27 February 2025

NASI KUNING ALA SABAH

Assalamualaikum ..

Hanya berbaki beberapa hari lagi Ramadhan akan bertamu..Semoga kita semua dipertemukan dengan Ramadhan & Ramadhan kali ini kita lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya..


Hari Ahad baru ni saya masak Nasi Kuning Ala Sabah untuk sarapan merangkap makan tengahari juga 
Lately ni ada sedikit kerajinan.Sabtu masak Gulai Daging Umbut Pisang.Ahad masak Nasi Kuning Ala Sabah...
Untuk Ramadhan kali ini pun saya dah berkira-kira nak merajinkan diri bagai Ramadhan-Ramadhan zaman anak anak masih sekolah dulu.Nak masak nasi dengan lauk pauk serta kuih muih nostalgia untuk memeriahkan puasa bagai dulu-dulu..Harapnya berangan itu tidak sekadar angan angan semata🤭


Nasi Kuning Sabah...pasti lah senonim dengan Sambal Ikan...Biasanya ikan putih atau ikan tuna menjadi regu Nasi Kuning Sabah kan...
Tapi saya hanya guna ikan Tongkol Putih sahaja kerana tak jumpa ikan tuna yang besar dan sedap macam kat Tawau.Bak kata mak saya..
"Ikan Tuna kat Sabah besar-besar bas!"🤣🤣..
Dua kali ke Pasar Tanjung Tawau.. tengok isi ikan tuna yang dilapah bagai melapah daging kambing/lembu layaknya.Teruja sungguh kami yang tak pernah melihat susana begitu!

Selain ikan tuna yang "sebesar bas" tu.. saya juga telah jatuh cinta dengan beberapa jenis  makanan Sabah yang pada tekak saya sangat serasi sekali.Antaranya Nasi Kuning Sabal Ikan. Pertama kali menikmati 
SARAPAN NASI KUNING @ RESTIRAN MAK HAJAH kat Tawau membuatkan saya masih teringat-ingat hingga sekarang.Walaupun ada juga makan Nasi Kuning kat restoran lain yang terkenal kat Tawau tu, namun selera tertambat pada Nasi Kuning Mak Hajah.Keharuman dan keenakan nasi kuningnya berbaur haruman daun pisang serta keseimbangan rasa sambal ikan tunanya sukar dilupakan.Mungkin selera setiap orang tidak sama namun nasi kuning di situ sesuai dengan tekak saya.
Kalau dekat,maunya tiap minggu sarapan kat situ🤣
Ni pun Adah dah memanggil-manggil ajak datang Tawau puasa nanti.Katanya bulan puasa tiket agak murah.Katanya kalau sahur di KL & dapat la berbuka awal di Tawau 🤭
Tapi mana boleh...weekday kerja...Weekend nak buat biskut raya la kan...time ni la nak cari side i come buat tampung duit petrol..tol & perbelanjaan lepas raya nanti..Kita bukan ada side income lain selain gaji sebulan sekali.Walaupun  raya  biasanya menuntut perbelanjaan berganda dari bulan lain...gaji kita tak berganda kan..🤭
Dengan sikit-sikit buat biskut raya time weekend la nak tampung perbelanjaan lepas raya.Tapi Allah sentiasa mencurahkan rezeki yangelimpah untuk kita semua kan...Alhamdulillah....

Ok...stop bab cerita ..Kalau ada award untuk bercerita,mungkin saya boleh  dijadikan calon kan..🤣🤣🤣..Lagi-lagi cerita nostalgia & bab makan.
Tapi kalau sekadar cerita kosong  boleh la..


Nasi Kuning Ala Sabah..
Sebab masak nasi kuning versi Sabah tapi masaknya di Malaya..
Kalau tengok Nasi Kuning Sabah..pastilah hati auto teringat kakanda SALAMI nun di Lahad Datu kerana banyak mengenali makanan Sabah melalui infonya💕

Tips masak Nasi Kuning & Sambal Ikan ni juga hasi perkongsian info dari Herlina iaitu rakan sekerja dari Tawau.Katanya nak masak nasi kuning letak sikit pulut supaya nasi kuning lebih sedap.Katanya letak sikit saja lebih kurang segenggam untuk sekilo beras.Kalau nak masak sambal ikan untuk nasi kuning pula katanya jangan lupa masukkan kulit kayu manis.barulah jadi sambal nasi kuming katanya.Saya cuba ikut tips yang dikongsikan..
Hasilnya... Alhamdulillah...

NASI KUNING
3 cawan beras( saya guna basmathi)
¼ cawan pulut
3 cawan santan( agak cair)
1 helai pandan
1 hiris halia
Garam,gula & serbuk kunyit
**Campur semua & tanak dalam rice cooker macam tanak nasi biasa hingga masak

SAMBAL IKAN TUNA/TONGKOL
8 keping ikan tongkol/tuna
(saya rebus bersama garam & asam keping macam ikan lengat)
1 batang kulit kayu manis
¼ sudu teh pes asam jawa + ½ cawan air
Minyak,garam,gula

Bahan Blend:
30 cili kering 
+- 1 cawan cili kisar)
1 bawang besar
5 bawang putih


1. Goreng ikan lengat hingga garing.Angkat

2. Dalam minyak bekas goreng ikan tu,tumis  bahan blen hingga naik minyak + kulit kayu manis,asam,garam & gula.

3. Masukkan ikan goreng & sesuaikan rasa

*Untuk lebih feel..bungkus nasi dan lauk dengan menggunakan daun pisang.

Alhamdulillah....

Seperti biasa..videonya saya upload kat :

👇👇👇👇👇




Untuk vide-video lainnya boleh juga ada sya muatkan kat youtube channel SEROJA PUTIH


Monday, 24 February 2025

GULAI BATANG PISANG❌GULAI UMBUT PISANG✅

Gulai Batang Pisang?
Bukan....
Ini Gulai Umbut Pisang..
Kalau batang pisang lembu kerbau suka la makan selepas dicincang..hihihi

Kebanyakan orang biasa sebut Gulai Batang Pisang.Tapi sebenarnya Umbut Pisang sebab yang diambil hanya umbut iaitu bahagian yang masih lembut ditengah dalam batang pisang.

Jangan tak tahu pulak...yang umbut pisang hanya ada pada pokok pisang muda yang belum pernah berbuah.Maknanya pokok pisang dara la Kalau pokok pisang dah berbuah bahagian tengah dalam batang dah jadi empulur dan keras tidak boleh dimakan lagi...Lebih keras daripada bahagian luar batang pisang...!
Kena tahu tu yer!

Saya masak Gulai Daging + Umbut Pisang ni dua hari lepas iaitu hari Sabtu.Dapat umbut pisang dari SINI....

Saya masak cara kebanyakan orang belah Kedah masak.Maklumlah lauk ni kan popular kat belah utara terutama kat Kedah terutama di daerah Sik,Baling Pendang & hampir semua daerah di Kedah.Lauk Gulai Daging Umbut Pisang ni biasanya menu utama kenduri kahwin bagi yang masak sendiri/rewang.Yang lauk catering biasanya masak kari + kentang.Maklumlah nak dapat umbut pisang ( ada yang sebut ghiyas pisang) ni bukan senang juga.Kena korbankan  pokok pokok pisang muda yang belum berbuah.Biasanya kalau untuk kenduri menggunakan umbut pisang hutan.Pokok pisang hutan ni kalau banyak tumbuh sendiri di hutan hutan kawasan bukit.Kalau lalu hiway PLUS terutama arah utara..cuba perhatikan tepi tepi pagar PLUS & lereng lereng bukit sepanjang PLUS tu...Yang pokok pisang banyak-banyak tapi kurus-kurus takda buah tu adalah 
pokok pisang hutan.Pokok pisang hutan tidak ditanam tetapi tumbuh sendiri.Pokoknya kurus kurus tinggi dan kalau berbuahpun buahnya bersaiz kecil dan isinya sikit sahaja serta penuh biji pisang.Daun pisang hutan pun kalau buat bungkus lepat @ bungkus nasi lemak dia mudah lebam jadi tompok-tompok  hitam..Kalau kat pasar kalau jumpa orang jual daun pisang yang pendek-pendek & nipis waena hijau gelap tu biasanya tu daun pisang hutan..Kadang takda pilihan beli la jugak daun posang hutan pun..Kalau pernah tengok LEPAT LIAT kat channel youtube saya..boleh nampak kesan lebam lebam hitan  kerana menggunakan daun pisang hutan.Kalau daun pisang kampung hijaunya kekal cantik.
Pokok pisang hutan ni kat kebun getah di kampung pun ada tumbuh.Saya pernah share video 

Tapi masak Gulai Umbut Pisang kali ni saya guna umbut pisang nipah @ pisang kebatu yang ditebang oleh pekerja kebersihan kat tempat kerja.Umbutnya lebih besar sebab pokok pokok pisang tu gemuk subur.

Saya masak cara kebanyakan orang utara masak gulai daging iaitu dagingnya digaul siap siap dengan rempah kari,kerisik,bawang halia bagai kemudian baru ditumis.
Boleh tengok cara masak gulai daging + umbut pisang ni kat youtube channel  saya @ 

👇👇👇👇👇

Video- video lain boleh diakses @ 




Sunday, 23 February 2025

BUKAN KETUPAT RAYA

Tahun 2025 ni macam kerap pulak balik Kedah.Bulan Januari lepas 3x balik..Februari pun balik minggu lepas.

Kebetulan memang minggu lepas ada balik Kedah & ada bawa balik daun palas.


Bila dah teringin...malam malam pun jadi buat ketupat palas.hihihi..
Ni saya buat beberapa hari lepas Balik kerja terus sap sup sap...siap..!
Tapinya takda la rendang bagai..Hanya cicah sambal sardin .


Buat pun haanya ½kg pulut sahaja.Dapatlah dalam 20++ pcs.Saiz pun comel comel sahaja swbab saya balut ketupat versi Pantai Timur..

Sebenarmya teringin nak makan KETUPAT PULUT HITAM tapi dah dekat seminggu Cella order pulut hitam ketupat kat shopee tak dapat-dapat..Sekali bila dia check ..rupanya saler cancel order tak bagitau ..hmmmm kempunan.

Ni suruh dia order semula kat kedai lain pulak ..dah esok baru depa nak pos...Mmm...harapnya sebelum puasa dapat la buat ketupat pulut hitam tu...

Apapun,Alhamdulillah makan la dulu ketupat pulut biasa buat hilang kempunan...Video ketupat ni ada saya upload kat youtube channel saya ...

👇👇👇👇

Video-video lain boleh diakses @




POKOK PISANG BERGELIMPANGAN

 

Pokok pisang bergelimpangan bagai lepas diamuk gajah..

Namun gajah langsung tidak terlibat dalam ini cerita..hehehe..

Mana datangnya gajah sebab ni kat tempat kerja saya ni.Kami dapat bos baru. Bos lelaki lewat 40-an jenis smart & rajin meronda tengok anak buah buat kerja.Keliling bangunan  sampai ke parkir & pondok guard habis disuruh pekerja kebersihan kemaskan hinggalah ada pokok pisang belakang bangunan pun disuruh tebang dan bersihkan.Pokok pelam,pokok ulam bagai termasuk lah pokok pisang yang sedang berbuah kena tebang..

Agaknya beliau serabut tengok kawasan belakang dah jadi macam kebun pisang....Takut jadi habitat makhluk tak diundang..hihihi...

Pokok pisang ni rasanya kalau masa depa nak tebang bos ada,nak ja saya minta pospon tebang hingga buahnya matang.Tapi apa nak buat masa depa nak tebang tu bos takda..Tak boleh la nak minta budi bicara jangan tebang dulu pokok tu.


Tapi pekerja-pekerja  Indonesia tu terpaksa tebang semua kerana mereka dah sewa roro..
Masa depa tebang tu lah salah sorang cleaner call saya tanya nak tak umbut pisang & daun pisang.Kalau nak...depa suruh  turun cepat sebelum depa humban dalam roro tu..Kelam kabut saya turun..
Dapat juga la sambar daun pisang buat stok ramadhan nanti..
Selain tu depa juga bagi satu jantung pisang dan sesikat pisang muda untuk dijadikan ulam..
Umbut pisang..daun pisang dan pisang muda tu ada dalam video youtube chanelnel saya:











Wednesday, 19 February 2025

BUAT KETAYAP INTI BUAH NAGA

 

Kuih Ketayap Inti Buah Naga .
Tercetus idea bila membeli banyak buah naga merah terbiar tak termakan..
Try Google cari kot dah ada orang buat ketayap inti buah naga ni tapi tak jumpa 

Yang jumpa hanya kuih ketayap yang tepungnya dicampur buah naga & intinya guna gula melaka 

Maka,saya try & error buat inti kelapa + buah naga untuk dapatkan warna merah semulajadi yang cantik 

Terhasillah kuih Ketayap Inti Buah Naga ni..Kuih biasa sama macam kuih ketayap tradisional Cuma inovasi intinya saya + buah naga merah..

Seperti biasa saya upload videonya kat youtube channel saya...Seroja Putih..

👇👇👇👇👇







Tuesday, 11 February 2025

BERBAGI PULUT KUNING

Semalam.....merajinkan diri masak pulut kuning


Ahad  malam tu sebelum tidur dah masak rendang sesiap.Daging dah beli kat pasar hari Sabtu.Minta penjual daging hiris siap-siap.Juga rendam pulut sesiap..

Saya masak ni untuk 45 pack.Kelas Cella ada 38 orang termasuk beberapa orang foreigner dari Indonesia,Arab,China & India.So,40 pack tu rendang daging & lagi 5 pack  ayam untuk yang tak  makan daging.

Untuk 45 pack ni saya masak 3kg pulut ,3kg daging & 1 ekor ayam.Ayam tu saya goreng dulu baru buat rendangnya.Bahan blend tu  sama macam rendang daging juga.

Eh,sesambil tu rebus juga 10 biji nasi impit habuan anak jantan tu bawa bekal.



Isnin,bangun pagj terus kukus pulut sambil panaskan rendang.Sap sup sap dekat 3 jam juga nak siapkan pulut + packing..Siap pack basuh bekas..tak sempat dah nak kemas,terus bergegas mengejar masa hantar ke UPM.Sempat jugak la singgah belinair mineral botol kecik-kecik tu 2 carton.


Dalam kalut tu,tak sempat nak makan pulut kuning tu terus hantar kat Cella.Tinggalkan cukup cukup  sepinggan sahaja untuk anak jantan tu makan sebelum gi kerja.


Kalau nak ratio yang sesuai patutnya 1:1:10

1kg Pulut : 1kg daging :10 orang

Tapi saya hanya masak 3kg pulut & 3 kg daging.Pastu buat la macamanapun bagi cukup juga 45 bekas tu...hihihi


Snap pic Cella dari side mirror jer🤭
Rupanya Cella tengah kalut final presentation.Minggu lepas final exam.

Lepas hantar pulut,saya terus ke tempat kerja.Ralit dok buat kerja,sedar-sedar parkir dah kosong,semua orang dah balik.Rupanya dah dekat pukul 6 petang..Langit gelap nak hujan..Patut la rasa sunyi & seram semacammm🤭

 

Sampai rumah,tak sempat buka tudung terus selongkar dapur...lapar..( lapar sokmo..entah bila kenyangnya)🤣🤣


Pulut memang dah habis. sebab masak hanya 3kg ..tak sempat merasa entah sedap entahkan tidak.

Rendang ni dah sisihkan sikit dalam kuali..Tengah makan,Adah call tanya nak masak ayam kunyit macamana...

Baru nak suap,Cella pula wasap sampaikan ucapan terima kasih dari kawan-kawan..

Kebetulan pagi tadi  mereka semua belum sarapan kerana mengejar masa kena awal untuk final presentation bersama panel dari China.

Kata Cella,bila beg pulut kuning & air mineral dibawa masuk,semua  capai sorang sebekas & terus makan kecuali yang tengah present... Rupanya masing-masing kelaparan berjaga sepanjang malam menyiapkan tugasan hingga ke pagi..Kata Cella ada yang pi kelas tak mandi pun ada...Ish..tak senonoh la bebudak ni🤭


 Sudahnya ada beberapa orang yang tak makan daging lembu tak dapat ayam.

Menurut Cella,dia sempat minta maaf kepada rakan-rakan yang tak dapat ayam kerana ada yang tak perasan pack bertanda "A" dan depa yang terambil "A" tu pulak  tengah makan.Takkan nak suruh tukar🤣

Tapi boleh pula beberapa orang tu tetap juga nak pulut kuning tu.Kata depa.."yang kami tak makan tu daging...pulut kami makan..nanti boleh beli ayam di cafe"...Nasib baik depa boleh macam tu🤭


Yang terharunya pula kata Cella  ada sorang kawannya menadah tangan syukur sebab tengah craving pulut kuning.Tengah craving tu Allah hantarkan pulut kuning melalui kami..Masyaa Allah..!


Saya faham perasaan tu,kerana saya juga sedang craving pulut kuning ni🤣🤣🤣

Oleh  kerana tak dapat makan semalam punya pulut kuning..hari ni saya buat lagi ½kg pulut kuning untuk makan sendiri tapi tak rajin dah la nak masak rendang..So berlaukkan sambal je lah...pun jadi...🤭


Video pendek Berbagi Pulut Kuning ni ada saya muatkan  di youtube chanel saya 

👇👇👇👇

https://youtube.com/shorts/7EzPfY-O5tI?si=ZKnjGvltVckZ2NY0

Boleh juga scan untuk melihat video-video lain dia Channel Seroja Putih..

Wednesday, 5 February 2025

BEKAL & SARAPAN MEE KERING

 

Masak mee kering goreng untuk sarapan dan juga bekal.

Kadang otak beku nak fikir idea sarapan dan bekal...Padahal memang selalu masak berulang yang hampir sama pun kan..🤭




Antara yang selalu jadi sarapan dan bekal..Memang dah selalu sangat masak dan banyak kali post kat blog ni.Kalau tengok kat old post macam dah lebih 1O kali ..belum termasuk yang tak post .

Ini pun masak lagi & post kat youtube channel Seroja Putih

👇👇👇👇👇👇👇

https://youtube.com/shorts/1_BxmpG6Sa8?si=5h6_SkHkIGG1_6QL





Sunday, 2 February 2025

KUIH KUKUS SAGU PANDAN KUKUS DALAM RICE COOKER JER

Tekak teringin nak makan kuih basah yang kenyal kenyal...



Maka terjadikan kuih sagu kukus pandan ni.Kebetulan pagi tadi ke pasar nak beli ayam stok untuk sepanjang minggu ni.Beli sekali kelapa putih & santan.Tu yang jadi kuih bersalut kelapa ni..

Kebetulan masa dok tunggu kelapa diparut,ada seorang pelanggan lelaki India ramah pula bercerita kat saya.Katanya daripada 4 kedai kelapa kat pasar ni..3 kedai dah habis stok kelapa Dah la minggu depan Thaipusan depa nak guna banyak kelapa...hihihi




Kuih sagu pandan ni saya buat versi campak campak ja &  kukus dalam rice cooker jer..

Boleh tengok videonya di youtube channel saya @:


👇👇👇👇

https://youtube.com/shorts/g_s-dy7RPoE?si=8-p8owGNEp2DsKAs




Saturday, 1 February 2025

SIRA LABU GULA PERANG

 Ramai yang bercuti panjang Tahun Baharu Cina tahun ini kerana jatuhnya di tengah minggu.Ramai yang ambil cuti bersambung weekend.Apalah agaknya yang dilakukam sepanjang cuti yang agak panjang tu?


Saya masak  Sira Labu Gula Perang pada Hari Tahun Baharu Cina.Tak ada kaitan pun..Cuma kebetulan masak dessert manis ni pada hari Rabu.


Minggu lepas,masa ikut Aqil & Haikal balik Kedah,mak request nak makan sira labu .

Mak beli labu saiz sebesar kepala lutut.Saya masak ½ biji sahaja untuk mak.Berulang mak makan 2 hari habis ½ biji labu tu.

Takut mak tak puas makan,saya hanya jamah sepotong labu sira tu.Bakinya 7 potong mak habiskan.Menyesal pulak masak ½ biji sahaja🤭.


Balik KL cari labu kat Checkers & buat sira.Tapi saya buat versi gula merah/gula perang.
Takda sukatan pun.Main campak ja.
Labu ni kalau dapat yang isinya laik(halus creamy) sedap la Kadang kena jenis serat kasar..mmm potong stim.🤭
Petua mak saya kalau nak labu isnya laik,tengok tampuk kat bontot labu Kalau tampuk tu kembang isi kasar.Kalau tampuknya kuncup macam molot moncong ja in shaa Allah isinya padat dan laik/ creamy.

Video masak sira labu ni saya muatkan dalam youtube

👇👇👇👇

NASI GORENG PUN TAK PANDAI MASAK KE??

 

Nasi Goreng Tomyam untuk Cella...
Merah dan penuh perisa tomyam..


Nasi Goreng Kampung untuk saya..
Pedas berapi hingga mengalir air mata tapi masih termakan jua hingga licin.
Makan bersulam dengan Teh O Ais..
Ni kalau tok nenek dulu tengok..bising depa sebab makan bersulam air tak bagus untuk percernaan.Ada betulnya...
Tapi kalau makan kat luar payah nak disiplin untuk habis makan baru minum 
Kalau kat rumah,kita boleh kontrol..Bila kat luar...nampak Teh O Ais pun terus celapak sedut sambil suap makanan...hihihi


Order nasi goreng..


Nasi Goreng Pun Tak Pandai Masak Ke..??

Jawapannya subjektif....