Saturday, 1 February 2025

SIRA LABU GULA PERANG

 Ramai yang bercuti panjang Tahun Baharu Cina tahun ini kerana jatuhnya di tengah minggu.Ramai yang ambil cuti bersambung weekend.Apalah agaknya yang dilakukam sepanjang cuti yang agak panjang tu?


Saya masak  Sira Labu Gula Perang pada Hari Tahun Baharu Cina.Tak ada kaitan pun..Cuma kebetulan masak dessert manis ni pada hari Rabu.


Minggu lepas,masa ikut Aqil & Haikal balik Kedah,mak request nak makan sira labu .

Mak beli labu saiz sebesar kepala lutut.Saya masak ½ biji sahaja untuk mak.Berulang mak makan 2 hari habis ½ biji labu tu.

Takut mak tak puas makan,saya hanya jamah sepotong labu sira tu.Bakinya 7 potong mak habiskan.Menyesal pulak masak ½ biji sahaja🤭.


Balik KL cari labu kat Checkers & buat sira.Tapi saya buat versi gula merah/gula perang.
Takda sukatan pun.Main campak ja.
Labu ni kalau dapat yang isinya laik(halus creamy) sedap la Kadang kena jenis serat kasar..mmm potong stim.🤭
Petua mak saya kalau nak labu isnya laik,tengok tampuk kat bontot labu Kalau tampuk tu kembang isi kasar.Kalau tampuknya kuncup macam molot moncong ja in shaa Allah isinya padat dan laik/ creamy.

Video masak sira labu ni saya muatkan dalam youtube

👇👇👇👇

14 comments:

  1. Oh, itu petuanya. Sy serik kupas labu sebab terpotong kulit tangan sekali, hihi. Mesti creamy labu tu sampai mak makan 7 keping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu
      .ngeri...
      Tapi kulit labu memang agak keras.
      Saya belah belah dulu baru kupas guna peeler

      Delete
  2. ooo mcm tu petua utk labu yg elok halus.. nti boleh cuba hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah..
      Tapi tampuk kat bawah tau.
      bukan tangkainya

      Delete
  3. Lama tak dengar org sebut laik tu Mak Cella hehe...
    Nanti nak try jugak petua tu. Labu ni arwah Pak Sy suka buat serawa.

    ReplyDelete
  4. ya Allah, sedapnya... pos sini pls...

    ReplyDelete
  5. Sllu kak lin capai je labu kat alamanda tu.. diorg jual siap belah.. ada yg belah 2.. ada yg belah 4.. sllu kak lin ambk yg plg kck sbb yg mkn cuma kak lin & abg yan.. labu ni mmg keras.. kak lin potong kck siap2 lps tu baru buang kulit guna pisau je.. sdpnya lahai.. knp la ank2 xsuka.. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun selalu capai ja
      .nasib la kadang ok kadang kasar🤣

      Delete
  6. Ya ampuun sedapnya ini kaaak 😍😍😍. Mama saya pernah buat dulu labu seperti ini. Sedap, manis secukupnya ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fn pun boleh buat ni...bahanudah masak pun main campur sekali harung sahaja...hehehe

      Delete
  7. Raya Tahun Baru Cina saya dalam perjalanan dari KLIA 1 ke Tawau. Beraya dalam kapal terbang... ahaks!
    Bertambah manislah Mama Cella dapat makan sira labu gula perang.

    ReplyDelete