Balik dari Shah Alam dengan membawa hasil jalaan dari PASAR MODEN SYEKSYEN 16,SHAH ALAM .Dek kerananmasa sarapan nasi lemak paru tu tak berapa nak kena dengan tekak,saya ada membeli soto kononnya untuk.lunch sebab taknak masak tengahari Ahad tu Konon nak bermalas malas sambil scroll TT sahaja...hihihi
Tapi soto tu pulak tidsk menawan selera.Packagingnya yang tak kemas langsung membuatkan berminyak dan tumpah dalam plastik serta bercampur campur membuatkan hilang selera nak makannya.
Semasa memberishkan ikan tuna,ayam dan kulit lembu yang dibeli tu..tetiba teringin nak makan gulai(kari) ikan .Terbayang gulai ikan masakan mak yang memang tiada bandingnya untuk lidah dan tekak saya.
Maka...dengan izin Allah,datang kerajinan tu untuk memasak Gulai Kepala Ikan Tuna ni...Rezeki pula dapat tuna yang ada telur.Cuma sayangnya masa minta penjual ikan tu siang ikan ,ikan tu dikerat kerat dan terkerat kerat la juga telur ikannya.Nasib baik kerana telur fresh maka walau dah terpotong potong ,bila masak masih elok tak hancur..besar juga telur ikan tuna ni..rasanya seakan telur ikan tenggiri.
Kali ni saya masak gulai ikan ni letak sikit serbuk cili untuk dapatkan warna yang menarik..
GULAI KEPALA IKAN TUNA
1 kelapa ikan tuna( belah dua)
3 keping isi ikan tuna
4 cawan santan cair
½ cawan santan pekat
10 batang bendi
2 biji tomato- belah 6
2 asam keping
minyak,garam,perasa
Bahan tumis:
5 bawang merah- hiris
5 bawang putih-ketuk
1 sudu hamba campur
2 pelepah daun kari
¾ cawan serbuk kari ikan
¼ cawan serbuk cili
1. Panaskan minyak dan tumis bawangan hingga garing baru masukkan halba campur dan daun kari.
2. Tambah serbuk kari dan serbuk cili.goreng sebentar dalam minyak dan cepat cepat masukkan 2 cawan air.Masak hingga pecah minyak
3. Masukkan kepala ikan,asam keping dan garam.Balik balikkan hingga ikan ½ masak.
4. Masukkan santan cair dan masak hingga mendidih.Tambahkan bendi dan tomato serta perisakan.Baru masukkan santan pekat
5.Biar mendidih perlahan beberapa ketika supaya kuah naik minyak dan cantik.
Try tumbuk cabai macam mak dok buat ..Kalau mak tumbuk cabai (sambal belacan) mak suka guna cabai melaka putik( yang masih hijau) .Mak tak suka guna cabai yang dah masak.Kata mak cabai putik lagi sedap..Saya try & ada la dalam 75% dapat tine rasa macam mak dok buat..Lagi 25% tak dapat nak tiru...hihihi
Tapi anak anak anak semua makan kata sedap & licin walau pun pedas.
Ulam pucuk betik rebus...Pucuk betik yang saya beli kat Pasar Syeksyen 16 tu..Kerana dah tahu dalam rumah ni kalau pucuk betik..hanya saya sorang yang suka kerana kepahitannya....maka saya + juga ulam timun mini.
Teringat ada ikan pekas mak bagi maa balik raya haji hari tu.Walaupun bila saya goreng dia hancur mungkin sebab minyak takdan panas dan kualintu melelat pulak...tapi pekasam mak memang terbaik di tekak kami...licin....
Alahamdulillah ...rasa pias kat tekak lunch dengan lauk lauk noatalgia saya ni...
Cuma saya sangat rindu nak makan gulai ikan guna rempah giling sendiri menggunakan batu giling tradisional.Batu giling tu masih ada kat kampung.In .Plan nak masak gulai rempah giling sendiri masa cuti .Merdeka nanti..In shaa Allah...!!!
Kalau jadinsaya update..kalu diam tu...hmmm faham faham la kanðŸ¤ðŸ¤£