My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Thursday, 12 November 2026

MAKAN @ BORDER KITCHEN, PADANG BESAR SEMPENA CUTI DIWALI

Jumaat saya halfday....sebab nak balik kampung naik bas.Nasib baik big bos luluskan bila bagitau  terpaksa keluar awal sebab tiket bas 10.45 pagi @ TBS.Plan asal nak balik Jumaat malam tapi lupa pulak long weekend sempena Deepavali,maka tiket banyak sold out.Yang tinggal tiket pagi .Itupun hanya tinggal tiket bas MARA ...Jarang nak ambil tiket Bas MARA ni sebab sempit dan tak berapa selesa..Balik Jumaat pagi pun jalan dah mula sesak..Minggu lepas balik dari Kedah-TBS hanya 5jam ++..Gerak pukjl 10.15 malam...pukul 3.30 pagi dah sampai TBS.Kali ni ...tiket pukul 10.45pagi..Pukul 11.00 baru bas sampai sebab long Q @ TBS...Dalam bas saya bantai lenaaaaaaa sampai bas singgah Bukit Gantang untuk makan dan toilet..

Akhirnya perjalanan gang biasa 5-6 jam manjadi 9 jam dek musim perayaan Deepavali.Sampai Pendang pukul 8 malam.Sabtu hanya masak dan makan serta wajib lah petang memancing🤭.Masa memancing tu la Achik ajak pi Padang Besar esoknya tu..

Haaaa...kan dah cakap setiap bulan wajib pi Padang Besar...Mak dah sebulan tak pi Padang Besar dia dah tak boleh duduk.Sib baik Achik memang melayan ja...Makanya Ahad tu Hari Cuti Deepavali....pukul 8.30 pagi bergeraklah kami 5 beranak ke Padang Besar naik kereta baru Achik...hehehe..Cella excited dapat drive 


Bukan nak shoping apapun..Lebih kepada nak makan kat tempat biasa tu ja kerana mak suka sangat makanan kat situ...

Kami sampai dalam pujul 10.00 pagi memang kedai kedai kat bazar tu baru dok buka pintu & susun barang...Restoran Border Kitchen  pilihan tu pun baru je buka & kami 1st customer....


Menu pilihan mak....Menu orang baru buka simen tangan...hehehe
Nasi putih 
Ayam Masak Pedas
Telur  Dadar
Teh O Ais



Cella pilih Megi Tomyam
Achik Kue Teow Ladna
Saya pula pilih Nasi Goreng Daging Bawang Goreng Bawang Putih...



Pilihan saya....Nasi Goreng vs Daging Goreng Bawang Putih..Daging tu crispy yer....garlic juga  crispy & harum..Ni kali ke 2 saya pesan manu ini



Menu pesanan Aqil....
Nasi Goreng vs Sotong Celup Tepung
Bersama semangkuk sup

Total yang kami makan ni tak sampai RM100

Asalnya ada juga order 2 piring Daging Bakar Danoq...tapi mungkin sebab dorang baru buka ...daging belum siap...Daging Bakar Danoq RM12.00 sepiring...



Kali ni kami ronda  arked belah kiri bersebelahan arked lama...
Ni view dari  tingkat atas kat foodcourt..
Doodcourt ni kami belu. pernah try lagi makan kat foofcourt yang ni...Tu yang kami try naik tengok kot nak try lain kali...
Tapi,mmm...tengok sini crouded dan vibe dia macam foodcourt Pekan Rabu tahun 80-an..
Mungkin ada orang suka vibe macam ni tapi bagi kami mungkin sebab dah terbiasa makan kat Border Kitchen tu


Lepaa makan swsaja window shoping


Jami jamu mata jer


Tapi jangan percaya sangat...Kalau dah nama pwrempuan....dia tak jalan saja wei...

Hahahaha



Beli buah salak Siam
Beberapa jenis Kekacang
Kudapan
Kali ni tak belo pulut sebab pulut yang beli bulan lepas belum beruaik bila mak dah tak voleh nak masak...hihihi

Ketika pengunjung berpusu-pusu datang sekitar jam 12.30 tengahari...kami pun beransur...
Tapi bukan terus balik,sebaliknya menghala ke Kuala Perlis pulak....hehehehe


4 comments:

  1. Masa cuti macam ni memang sesuai untuk keluar makan santai bersama keluarga. Tak perlu tergesa-gesa, boleh menikmati hidangan sambil bersembang. Momen sederhana macam ni pun boleh jadi kenangan manis.

    ReplyDelete
  2. Buah salak siam tu kami panggil buah kumbar (sebut kumbar/kumbaq). Dekat kampung ada pokok ni time Sy kecik dulu.

    Seronoklah mak dapat makan dan jalan-jalan di Big Field tu 😁

    ReplyDelete
  3. Nantilah saya try makan di Border Kitchen tu. Kalau ke Padang Besar biasanya sebab nak isi minyak di Petronas, yang dekat rumah ni cuma ada Buroq Oil.

    ReplyDelete
  4. Bestnya kak, dapat balik kampung selalu, makanan tu pun nampak sedap betul semuanya. Pastu kan kalau dh ada tempat boleh supink memang wajib la jenguk2 kan

    ReplyDelete