Pagi ni saya masak pulut sambal untuk sarapan...Teringin mak makan pulut sebab seminggu dua ni belum makan pulut lagi..Saya dan pulut tak dapat dipisahkan lama-lama...hihi
Saja letak bungkusan pulut tu daam bakul ni letak atas meja makan.Berangan juga kalau memang duduk kat rumah kat Kedah tu,saya plan nak laman courtyard kat tepi tumah untu sarapan pagi pagi dan ngopi waktu petang...Nak letak bakul macam ni atas meja bawah payung & ngopi ngopi sambil menikmati angin sawah....heheher...berangan bukan kena bayar kan....
Biasanya saya bungkus pulut lemak atau nasi lemak fully guna daun pisang...Tapi hari ni alas sikit ja dengan daun pisang & bungkus guna kertas nasi lemak..Daun pisang ada beli 2 keping tapi dalam hati tengah plan nak buat lepat liat....tu yang simpan daun pisang ...tak tau ada kerajinan ke tak...t
hihihi
Ni pulut Siam Achik bagi 5kg masa balik cuti Merdeka....Bilis beli kat TT memang ouas hati kali ni dapat bilis cantik dan bersih serta sedap...Tu yang tak.menyabar nak masak sambal...Telur pun baru beli petang swmalam masa balik kerja singgah Speedmart Kebettulan stok telur baru sampai..kalau tak kemain susah nak dapatkan telur kat speedmart tu.Bukan takda stok sebenarnya tapi lebih kepada permintaan melebihi penawaran...Ramai yang suka beli telur kat speedmart sebab telur dia cantik..
Elok siap pulut sambal elok pula Sarah bangun tidur....kemain suka dia nak sarapan..Tapi kena mandi dulu ngan mummynya.....
Lepas mandi....tak sabar dia nam makan pulut yang disangkanya nasi lemak ni...Padahal ni pulut lemak.....hihihi
Tok Mummy makan pulut lemak dengan sambal bilis....Haruslah ada kopi O panas ...Kopi cap gantang feom kampung....
PULUT LEMAK
1kg beras pulut- rendam semalaman
3 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam & 1 sudu besar gula
2 helai pandan
1. Beras pulut yang dah rendam,kukus sampai masak
2. Masa masih panas tuangkan dalam mangkuk besar & gaul dengan santan yang dah campur garam & gula.
3. Mula gaul memang nampak berair tapi jangan risau sebab nanti pulut tu akan serap santan & pulut akan jadi cantik & berkilat.
****Tips supaya tahan tidak basi sampai ke malam... Lepas gaul santan kukus semula TETAPI JANGAN TUTUP pengukus.. Biar naik wap & wap tidak terperangkap. Jika selepas gaul santan jika dikukus semula dgn menutup pengukus, pulut akan lembik dan cepat muak bila dimakan
SAMBAL BILIS SIMPLE
1mangkuk bilis bersih
1 mangkuk cili blend
1 bawang besar +5 bawang putih (blend bersama)
1 asam keping
1 sudu teh garam
1/4 keping gula kelantan (2 sudu gula melaka hiris)
1 cawan minyak
1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga garing
2. Dalam kuali berisi minyak & ikan bilis goreng tu terus masukkan cili blend, bawang blend & kacau bersama ikan bilis hingga mendidih.
3. Tambah asam keping, garam, gula & masak hingga naik minyak. Sesuaikan rasa.
Kita dah screen shot resipi Pulut Sambal MC. Nanti nak buat la, makan ramai² mesti sedap. Pandai Sarah makan suap sendiri, tak berterabur pulak tu.
ReplyDeleteLambat pulak mai ziarah hari ni, habis dah kot pulut depa noh 😁
ReplyDeleteSy tak bulih la kalau bab menu gini, cepat teracun 😂
Wah sedapnyer
ReplyDeleteCie pun macam lama tak masak pulut. Sedap jugak ni pulut sambal.
ReplyDelete