Friday 29 December 2023

BALIK KEDAH DENGAN ADAH

Last balik Kedah bulan November,balik hantar mak lepas balik dari Kuching.Itupun balik hantar by bus..Plannya bulan Disember pun nak balik juga sekejap...bulan Disember kan bulan kenduri kendara rumah saudara mara..hihihi

Tapi takdirnya hari Adah balik.Terus on ja la plan nak balik Kedah tu

Patutnya Ahad dah boleh balik Kedah..Sengaja pilih Isnin sebab nak elak weekend yang confirm2 jem kan..Plan nak bertolak pukul 4 pagi .Tapi sudahnya 7.30 pagi baru masuk kereta..


Maka,redho la tempuh juga jem walau weekday.Sekarang ni tak kira hari kan..
Tapi syukur juga bukan sepanjang jalan jem..Hanya tempat tertentu sahaja disebabkan construction.Tujuh jam juga la falam kereta..Kebas bontot..


Saya risau bibit pokok avocado & pokok serai kayu ni layu ja..Nasib baik elok depa segar dalam kereta Ni kali ke 4 ..mak Nurul kasi bibit avocado..dah 3x mak tanam tapi pendek umur.Kali ni saya nak minta mak tanam kat rumah Achik pula tepi tali air tu kot mau dia membesar dan berbuah lebat.


Sepanjang jalan berkali-kali mak call saya takut saya mengantuk drive sengsorang 
Achik,Pakcik & nenek semua tak tau Adah balik sebab Adah pesan jangan bagitau..Nak surprisekan depa...hihihi
Saya minta Adah terus ke rumah Achik sebab Achik dah call suruh lunch kat rumah dia..
Sekali....haaa buka pintu kereta semua terkezut nampak Adah yang keluar ....riuh rendah la.
Nasib baik Achik memang masak banyak..Kata Achik dia dah upload lauk pauk tu dalam family group tapi dah delete sebab kesian takit Adah kat Tawau terliur pulak..So takda la pic...hihihi



Seperti biasa kalau lunch kat rumah Achik,geram tengok ikan dalam tali air tepi rumah Achik tu..terus pi beli cengkerik buat umpan.Joran memang sedia ada.
Rezeki Adah....hulur pancing sekejapan sahaja,dah disambar ikan haruan...



Achik pun dapat sekor ikan haruan...



Saya hanya dapat ikan puyu...Tapi besar-besar ikannya


Ni kalau rajin dah dapat digulai dah ni...


Selasa balik makan kat kampung...
Adah kata dia terliur nak makan atas daun pisang macam MAKAN NASI ALAS DAUN PISANG....macam ni.Masa kami makan yang ni Adah tal ikut balik kampung...
Ni dia baca kat blog ni...dah teringin la pulak...
Maka neneknya pun layan la.



Ni isi mentarang bakar dalam daun pisang.



Beli mentarang 2kg kat Pekan Nat Kota Sarang Semut sebelum balik kampung.RM10/kg..


Mentarang tu berselut payah nak cuci sebab cengkerangnya rapuh dan mudah pecah..Maka,neneknya kopek ambil isi sahaja.Bungkus daun pisang & bakar atas bara api..manis isinya!


Apam balik juga antara fav Adah jugak..Beli 10 tapi dimakannya sekeping sahaja.




Lauk sempoi saja..
Jeruk Maman
Ikan Gerut-gerut Bakar
Ikan Ketuka(anak ikan pari) Bakar
Mentarang Bakar
Kicap Cili Padi
Petai Bakar
Ulam pucuk gajus,pucuk ulam raja,terung siam dan timun mini.


Lauk simple,tapi habis nasi seperiuk.
Tapi sebab hanya saya,Adah dan mak saja yang balik kampung..
Maka esoknya kami bakar ikan lagi..


Juadah lunch hari Rabu...
Ikan Cencaru Bakar -3 ekor (1.5kg) 
Ikan Ketuka  Bakar 4 ekor
Daging Lembu Bakar -+ 1kg
Sambal Kicap Tomato
Petai Bakar 4 papan
Ulam Raja
Sambal Sotong
Sup Ayam
Sambal Tempe by Achik



Bakar guna arang kat porch belakang rumah...
Buka banquet table...


Makan open air sambil ditemani hembusan bayu dari sawah..
Nikmat yang jangan didustakan.

Adah request nak makan ketupat palas cicah gulai daging pulak...
Bersambung pulak nanti kita masak ketupat dan gulai macam raya

8 comments:

  1. alhamdulillah dah duduk jauh macam tu la kan ada je yang teringin...tapi yang tengah baca ni pun terliur tengok nasi daun pisang tu,nak kena pi Kedah juga ke mcm mana ni?hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai...mai...
      Kalau lauk kampung + ulaman ..in syaa Allah daun pisang kami tadahkanšŸ¤­

      Delete
  2. Wah...macam macam adah mintak nak makan tu..ada berita gembira
    ke tu..hehehe...seronok makan ramai- ramai macam ni...Acik x perlu dah delete gambar ye...Adah dah ada depan mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...mentang2 dia tak balik lama...semua nak makan

      Delete
  3. Hway area utara memang kerap sangat buat kerja penyelenggaraan. Boleh kata tiap kali kami lalu mesti ada, itu jadi sesak jalan.

    Seronok tengok orang utara rajin memancing lelaki perempuan tua muda. Pemandangan yang tak biasa dilihat bagi orang selatan.

    Eh..saya pun baru makan mentarang Ahad aritu. Senang jugak ya nak makan kalau terus bakar isi gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul pasal hiway tu kan...sepanjang jalan..entah apa yang dikerjakan...
      Bab memancing tu memang dimana-mana @ Kedah ni dah macam satu fenomena pulak..Tapi kalau dah try sekali...ketagih..hihihi

      Delete
  4. Betul la kan.. mentarang tu rapuh betul kulitnya. Tuari sy beli kat Kuala Selangor sekilo lapan belaih!

    Sedapnya makan ramai².. tentu ada good news dari Tawau ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...kulitnya rapuh nak kena hati-hati basuh..dah la berselut..tapi sedap hehehe
      Kat Kola Selangor tu maybe ramai permintaan tu agak mahal harganya

      Delete