Hari Sabtu dah masuk hari terakhir Hari Tashriq iaitu 13 Zulhijjah 1447.Ramai masih berkunjunga. Raya Haji tidak kira kunjungan beraya
maupun kunjungan majlis qurban.Ramai juga mengambil kesempatan mengadakan majlis kenduri kahwin kerana sekolah juga vercuti selama 2 minggu.Warga kerja juga dapat cuti panjang terutama negeri yang hujung minggu jarih pada hari Jumaat Sabtu.Macam kat Kedah depa memang cuti Raya Haji 2 hari iaitu hari pertama dan dak kedua.Kebetulan tahun ni Raya Haji hari Rabu...Maka depa dapat cuti raya hingga Khamis.Sambung weekend Jumaat dan Sabtu...Ahad pula Wesak.Isnin Cuti YDPD....Waaa..rezeki depa...Sebab tu agaknya banyak kenduri kahwin cuti Raya Haji kali.ni...Kenduri qurban...kenduri kahwin...memang gantung kuali...Perut pun merinta ronta kekenyangan ...hahhaha
Hari Sabtu,Achik dah suaun plan ..Kenduri kahwin 3 twmpat dan jika sempat nak balik kampung dan nak memancing...hihihi...cukupkah masa ya g diperuntukan...jom kita tengok...
Ini kali ke 3 saya menghadiri majlis kenduri yang diadakan di Pendang Lake Resort..
Ada dalam dewan dan juga ada yang open view kat luar.Boleh makan sambil menikmati view Pendang Lake...
dishnya..
Gulai Daging + Batang Pisang( actually umbut pisang ye)
Side diah ada macam macam....ni Izzudin yang ambilkan
Ada apom lenggang, coq Jawa...rojak...ice cream cone...ais krim malaysia....dan aneka lagi
KENDURI 2 :
Kenduri 2 kat Kampung Paya Kercut..
Ampa tau dak kercut tu apa?
Kercut tu pokok menerung yang banyak tumbuk macam pokok padi dalam kawasan paya yang orang buat tali ikat barang dulu -dulu tu...Tapi tak tau asal usul kampung ni nama paya ada banyak pokok kercut ka apa ka...
Mulanya nampak khemah ni macam kenduri kecil jer...Rupanya ni khemah meluarga pengantin yang bertandang. Kat belakng rumah berbumbung merah tu khemah tetamu dan kat tepi rumah pun khemah makan serta khemah side dish...
Meja buffet pun saya tengok ada 4 ..Kadang tengok orang buat kenduri kahwin...kecut oerut tau mengenangkan saya ni baru lepas sorang..Ada dua lagi yang single tu...jantan sulung dan anak dara bongsu.Masa Adah dulu dia banyak uruskan sendiri..Juga Achik & Pakcik banyak bantu.
Yang bestnya kenduri 2 ni dwpa masak sendiri ..Ada 2 gedohoq kat belakang rumah depan..Ni salah satu gedohoq tempat depa topup lauk.Sebelah sana gedohoq besar sikit tempat depa masak.Gedohoq tu dialek daerah kami iaitu khemah tempat memasak lauk kenduri.
Saya tetap nak ambil nasi s
Achik dan yang lainnya depa cari side dish jer sebab masih kekenyangan kenduri 1 tadi..
Terliur saya tengok menu lauknya...sangat menggamit nostalgia..
Ada:
- Gulai Daging + Kacang Panjang
- Gulai Udang + Rebung
- Sambal Telur
- Acar
- Ikan Masin
- Samval Belacan & Ulaman
Selain mee rebus...ada cucur udang kuah kacang dan beberapa side dish lain...
Minuman juga beberapa jenis...
Dah nak getak balik...eh,nampak ada ketupat daun buluh ni...fav saya ni ...payah nak jumpa ni.....kena makan dulu🤣
Dua-dua kenduri dapat gudies special ni...Antara kopi yang famous kat Kedah..Kopi Cap Raga....Balik rumah nanti nak bancuh kopi ni ...Mesti sedap ni ...
Plan nak ke kenduri ke 3 akhirnya tak jadi....Sebab Achik dah tukar plan nak
Kita tunggu apa plan tersebut yer..😍😍😍












No comments:
Post a Comment