Tuesday, 23 June 2026

PESTA MEMPELAM TOBIAR GOLD

 Balik Kedah baru ni berpeluang ke Pesta Mempelam Tobiar Gold.Kebetulan kena dengan tarikh pesta mempelam depa.Kata Achik ,dia dah beberapa kali pi situ atas urusan kerja & dari situ tahu tarikh pesta mempelam tu...5 hingga 7 Jun 2026..

Setiap tahun depa buat pesta mempelam ni katanya dalam bulan Mei @ Jun .Menurut  staf situ tahun lepas kurang sambutan kerana tarikh pertengahan bulan kurang sesuai sebab tengah bulan orang berjimat...Tahun ni depa ubah plan buat awal bulan ...ramai sambutan kerana. awal bulan kan...baru gaji...haaaa bijak depa



Ladang Mempelam Tobiar Gold ni  kat Tobiar ..dalam daerah Pendang la...Kalau dari Pekan Pendang lebih kurang 15-20 minit berkereta menuju ke arah  Kubur Panjang kita akan melalui Tobiar.Orang Kedah sebut "TOBIAQ" ....



Ladang ni kalau dari jauh kat mainroad tu nampak macam ladang ni tengah tengah kawasan sawah padi yang luas terbentang .Nak sampai ke ladang ni kena lalu ",bataa ban" iaitu tebing sungai/tali air.Untung kami pagi tu Pakcik hantar sampai depan pintu masuk.Asalnya nak gi Pasar Kemboja Pendang sebab hari Jumaat.Tapi bila Achik ajak ke Pesra Mempelam ni ..Pakcik terus hantar...Nasib baik masih awal pagi..dapatlah Pakcik hantar sampai pintu masuk dan pakcik tunggu dalam kereta kat parkir bersebelahan ladang.Tak lama kemudian,parkir dah penuh & pengunjung perlu parkir di tapak parkir jalan utama & pihak pengurusan akan angkut dengan van dan pick up secara percuma  melalui batas van tu..


Masuk ja pintu utama,mata bukan dok tengok pokok pelam,tapi dok intai nursery  tepi tali air tu...Achik dok nak tengok bibit pokok durian asbab tengok dusun Musang King runah Ketua Kampung masa makan kenduri qurban raya Haji Ke2 tu. 


Titian pelangi..hihihi..
Kami meniti titi pelangi tu untuk membeli anak pokok
Achik la borong beberapa batang bibit durian klon ..


Dah beli anak pokok ...dengar DJ sebut boleh naik choley ni mengelilingi ladang.RM3 satu kepala...



Mak dok intai choley tu macam pernah tengok...


Haaaa.....betul la...
Kami naik choley  purple tu la masa kat Akmpung Warna Warni
Ish...boleh pulak jumpa choley dan pemandu yang sama..Adik tu pun cam kami.Dia pun terperanjat nampak kami....orang yang sama naik choleynya kat  Kampung Warna Warni beberapa hari lepas.Paling dia cam...mak saya ..katanya sebab mak saya lain dari yang lain...Ada sumbi emas...!!


TaTapi giliran kami naik choley merah ni..
Menurut info pemandu choley tu....Pihak MADA meenyewa beberapa buah choley dari Kampung Warna Warni swmata mata sebagai pengangkutan meneroka ladang memepelam sempena Pesta Mempelam ni.Mungkin choley no voleh jadi salah satu tarikan agaknya dan sesuai dengan keadaan ladang ni mempunyai laluan yang sesuai dengancholey berbanding pick up dan juga dadi segi kos petrol







Kebanyakan mangga ya g ditanam di si i dari je o Chokonan ..








Tapi sebelum naik choley,kami beritahu nak beli anak pokok kat  nursery tu dulu


Kena beli awal awal supaya dapat pokok terbaik sebelum orang lain pilih...



Achik dah pilih pokok Musang King....Valck Torn....Pokok  Manggis tiada biji ( pokok mesta) kedondong & saya pilih jambu strawberry.
Durian tu kalau menjadi elok rumbuh dan berbuah lagi 6 tahun kita update yer!🤭🤣



LYang datang. eramai voleh naik traktor no....
Tapi kami pilih naik choley




Jom naik choley....



Masih pagi...orang belum ramai...Best tak panas ...Tapi mendung tu ..risau hujan turun la pulak ..Santai menikmati pemandangan ladang mempelam



Yang nak petik sendiri mempelam,boleh turun sini & dapatkan bakul untuk petik mempelam...Kadar bayaran ikut banyak mana petik.Satu bakul/rga RM20...Tak pasti pula berapa berat 1 bakut tu jika ditimbang.
Tapi kami malas nak petik..
Nanti nak beli je ya g dah siap petik.Ada jual kat pintu masuk tadi...




Dalam ladang mempelam no banyak parit dan tali air..Nampak banyak ikan dalam tu.. Mak dah geram nak memancing...
menurut lemandu choley....memang boleh memancing ...ada sedikit bayaran dikenakan untuk sewa joran dan umpan...
Yesss....Mak dah gian nak memancing tu



Banyk port boleh turun nak OOTD...View cantik berlatarkan ladang,sawah,parit dan juga Gunung Jerai serta Bukit Perak...Tapi kami malas nak turun...just nak ronda ronda ja.







Habis pusing dalam ladang...
kami ke stesen untuk memancing....
1 joran( orang Kedah sebut  joran tu "boq kail") hanya RM3 besera sebungkus umpan cengkerik...
Kalai dapat ikan seberapa banyak pun  boleh ambil tanpa caj tambahan 



Wag.....dah ada yang fapat ikan...
Haruan sebesar  lengan ...
Ngeri tengok dah macam ular..
patut la omputih panggil haruan ni "snake head fish" kan....
Katanya anaknya umur 8 ke 10 tahun ke camtu
 


Mak tengah cari port terbaik nak memancing



Kami tonggalkan mak dok mancing...
sSaya dan Achik  & Cella dok beli mempelam...
RM6 /kg


Mangga Achik & saya





Ruoanya mak berjaya dapat sekor ikan keli lebih kurang ½kg beratnya..
dapat la mak bawa balik...tak dikankan bayaran tambahan ..hanya sewa joran dan umpan rm3 tadi tu..
Kat belakang mak tu bunting Lertandingan Memancing akan diadakan pada esok hari Santu 6 Jun....Kami pi Jumaat..
Esok 6 Jun sebelum subuh nak gerak balik KL...tak dapat la nak masuk pertandingan memancing ..hihihi





Lebih kurang 3 jam di situ kami pun balik...Pakcik mengunggu kat parkir..Penuh la vonet dengan pokok...ikan..mangga...hahahaha..
Semoga jumpa lagi di sini tahun dwpan....in shaa Allah....



No comments:

Post a Comment