Thursday, 9 October 2025

TIKA & SAAT INI

 

Tika dan saat ini saya sedang menaip entrinini sambil  menikmati semangkuk mee maggi kari..


Niat asal pagi tadi nak puasa Khamis...tapi kecundang di tempat kerja dek tergoda mihun goreng Ila bawa.Makannya beberapa suap sahaja tapi puasanya terbatal sudah..



Sebaik melangkah masuk rumah sebentar tadi ..tanpa tukar baju,saya terus ke dapur...

1. Panaskan sesudu minyak & tumis seulas bawang putik cincang

2. Masukkan 1 sudu makan rempah kari ikan.Biar sekejap & tuang pula  1mug ++ air 

3. Campak beberapa kaki cendawan kecil & sikit sayur.+ juga perencah mee maggi kari 

4. Masukkan mee maggi & masak 2 minit...siap


Ya ampun....masa tengah drive tadi memang terbayang sedapnya mee maggi kari time hujan-hujan..
Semalam hujan berserta angin kuat time balik kerja.
Hari ni dok bayang dah nak makan megi kari ni time hujan..
Eh,tak hujan wak!
🤭
Allah lebih berkuasa mengatur hujan panas...kita hanya perlu terima dengan penuh syukur..

Niat nak masak megi juga sebab malam ni Cella ada dinner dengan company intern dia...so,dia tak dinner kat rumah...Maka,kita masak megi jer lah


16 comments:

  1. Cie tengahari tadi balik rehat teringin makan mi numee perisa ayam. Tumis jugak dengan bawang. Letak cili padi. Nikmat betul dapat makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. megi antara makanan yang kita tak boleh nak berpisah lama-lama..pasti akan rindu bila lama tak makan ..kan..🤣

      Delete
  2. Cantik cili merah hijau menghiasi mee maggi.
    Nakalnya Azman Akob tu hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigit cili hijau saja.
      cili merah tu..basuh & simpan semula

      Delete
  3. Makan bila hujan memang sedap ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan dan megi adalah gandingan mantop...hihihi

      Delete
  4. Hari ni wak teringin makan sardin sambal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sandin dan megi...antara makanan yang akan dirindu kalau lama tak makan kan

      Delete
  5. Replies
    1. Betul....saya pun paling suka kuahnya berbanding mee nya

      Delete
  6. Memang nikmat makan maggi ni lain macam, kan. Sy baru buat dua hari lepas, hihi. Tapi sy guna yg segera aje la, tak rajin macam MC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segera saja oun kalau kena gaya masaknya ...mee kenyal elok...memang tak cukup sebungkus tu SK

      Delete
  7. Oh pakai rempah Kari ikan yaa. Nanti saya nak coba lah pakai itu. 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba fN ...pada akak rasanya lebih ump!

      Delete
  8. Replies
    1. hihihi...ni namanya pengaruh rakan-rakan..buat je Sueann🤭

      Delete