Saya bidik sekeping gambar ni selepas selesai menjenguk kebun habiscus.Ketika sampI di tingkat 4 terpandang bangunan di belakang sana berlatar lagit membiru..
Langit biru bersih tanpa secalit awan putih.Hanya sahaja saya tak pandai nak ambil gambar + camera handphone cap ayam.Kalau yang pandai bidek gambar pastinya lagi menyerlah..
Ingatkan saya jer perasan macam tu.Rupanya,beberapa orang rakan lain pun menyatakan perkara yang sama Kata mereka hari ini cerah dan angin dingin sekali walau matahari memancar terang..Masyaa Allah...
Tengok kat status whatsApp Jemey..Hutan di pinggir bangunan tempat kerja kami...macam kat kampung kan..
Walau cuaca cerah terang cahaya matahari memancar tanpa halangan secebis awan pun..Namun hari ini angin sepoi terasa dingin bagai berada di Tanah Tinggi Cameron.
Terasa seperti cuaca musim Angin Timur ketika zaman kanak-kanak tahun 80-an dulu.Dulu musim angin timur laut juga kami sebut musim kemarau...cuaca hanya akan panas terik menjelang pukul 1 petang.Waktu pagi berkabus & hingga pukul 11 pagi tu angin sejuk sangat.Biasanya kebanyakan kami kanak-kanak belum mandi kerana sejukš¤£.Dah la air telaga sejuk.Lepas mandi kena pula angin timur memang menggigil sejuk.Lagipun dulu cuaca konsisten.Bulan Disember time angin timur tu cuti sekolah yang panjang.Memang tak mandi pagi la jawabnya..hihihi
Tapi menjelang zohor hingga asar ,panas ya ampun ..Lembu-lembj semua pun pakat berkumpul bawah lindungan bayang-bayang pokok gemia,pokok stoi & pokok keriang.Sekitar pukul 5 gitu baru cuaca kembali redup.Masa ni lah pakat keluar main wau tengah bendang..main dangau bawah pokok & yang dewasa sambung kerja mengerat padi(menuai) & mukoi, pandi,( membanting).
Kelihatan terang benderang..ingatkan saya melewatan....atau mungkin jam tangan yang salah..tapi bila tengok time kat handphone...eh,baru 6.40 pagi..Cepatnya terang....!
Oih? Takde awan? Kalah padang pasir
ReplyDeleteKan...padang sudah ada..unta saja takdaš¤£
DeleteLangit membiru.. cantik
ReplyDeleteAlhamdulillah....kurniaan Allah untuk tatapan mata
DeleteSekarang cuaca tak menentu dah.
ReplyDeleteBetul....buah-buahan pun banyak yang dah tak tak bermusim
DeleteLinda terasa dingin, sebab pagi tadi ada meeting..
ReplyDeleteTapi, dekat Selayang, memancar gak mataharinya..
Cuaca sama memang menyeluruh agaknya..Alhamdulillah
Deletelangit biru bersih kalau ada bulan situ lagi ohsem., hehe
ReplyDeleteKan....biasanya ada bulan punama putih
DeleteMasuk waktu awal sekarang kak... kat sini 6 suku pagi dah terang-benderang dah
ReplyDeleteBetul la Kakmim..Sarawak lagi la awal kan
DeleteCantik betul hasil bidikan camera hp akak...
ReplyDeleteAlhamdulillah....sbb SA kata cantik..selalunya saya kena kondem ngan kawan-kawan kalau depa suruh snap gambarš¤£
DeleteSekarang masuk subuh awal/
ReplyDeletetu yang nampak cepat cerah cuaca pagi
Betul wak...maggrib pun awal...kalau bulan puasa syok niš¤
Deleteyelah sekarang ni jam 5.50 dah subuh, mmg cepatlah terangnya. Betullah rasa sampai ke malam sejuknya sebab minggu lepas dan awal minggu ni ada beberapa kali kami tidur malam tak on aircond pun. pakai kipas pun masih perlu berselimut sampai ke dada
ReplyDeleteKan...subuh awal .
DeleteMakanya memang cucaca sejuk menyeluruh la kan...
Alhamdulillah,nikmat cuaca
Ntah.. kak lin tgk cantik je gmbr yg umi cella snap.. kak lin lg xpandai.. š«
ReplyDeleteWaktu berlalu begitu pantas, tak sedar peredaran masa malam ke pagi. Di LD subuh 4:47.
ReplyDelete