Di tempat kerja baru dikelilingi flora dan fauna.
Hari-hari bunyi unggas menjadi terapi
Zaman tiada penggera mengejutkan bagun pagi terutama untuk ke sekolah dan juga bangun sahur bulan Ramadhan
Kokokan ayamlah penggera kami waktu itu & besarnya kuasa Allah kerana ayam jantan tidak pernah terlupa berkokok pada waktunya.
Melihat ayam mengais tanah pasti teringat peribahasa " kais pagi makan pagi,kais petang makan petang .
Juga teringat buku fiksyen/ cerita dongeng yang pernah dibaca zaman sekolah iaitu tentang asal usul ayam mengais tanah..Dikatakan zaman dulu ayam dan helang berkawan baik.Suatu hatri ayam meminjam jarum emas kepunyaan helang.Malangnya jarum yang dipinjam telah hilang.Bila helang minta semula jarum tu,ayam gagal memulangkan kerana hilang dan masih tak jumpa .Kerana itulah dikatakan ayam mengais-ngais tanah iaitu untuk mencari jarum emas yang hilang Juga dikatakan kerana itulah setiap kali nampak helang,ayam akan lari bersembunyi kerana bimbang helang akan meminta jarum emasnya itu.
kerana itulah dikatakan ayam masih mengais-ngais tanah hingga kini kerana masih belum jumpa jaru. emas yang hilang itu..
Begitulah kisahnya...
Tapi jangan la serius sangat kerana nama pun cerita dongeng sebagai hiburan zaman kanak-kanak.
Tapi moral of the story...jangan pinjam barang/duit orang...nanti jadi musuh🤣
Saya juga abadikan dalam youtube channel saya iaitu
Untuk video audio & visual " TERAPI ALAM & ALAM " ni boleh klick :
👇👇👇👇
Cerita Dongeng tu teringat kartun Pada Zaman Dahulu...
ReplyDeleteWalaupun dongeng seronok kan membaca/menonton🤭
Deleteteringat PZ dulu bela ayam daging...gemuk2 dan besar2 ayam dagingnya
ReplyDeleteWah...puas bolwh makan ayam fresh
DeleteOrang dulu-dulu suka berkias. Nak mendidik dan beri pengajaran pun penuh kias ibarat dengan maksud tersirat.
ReplyDeleteKan....mereka sangat menjaga adab dan nak cakap pun beralas- alaaa9
Delete