Wednesday 2 February 2022

PEKASAM DAGING SEGERA

 Dua hari berturut-turut anak bujang teruna tu menyebut dia teringin nak makan pekasam daging.Katanya dah 2 malam berturut juga dia mimpi makan pekas daging.


Katanya dia dah order kat shopee tapi sebab kena guna shopee express maka pekasam daging yang dia beli hanya akan dihantar lepas Tahun Bajaru Cina.Kata dia juga,rasa teringin tu dah tak boleh nak nanti.Tapi tak tau nak cari kat mana yang dia boleh take away..


Makanya sebagai mak...saya pasti bukan saya sorang yang tak akan mampu mendengar sahaja bila anak menyebut teringin.Pulak tu teringin dia tu mengalahkan ibumil.

Masalahnya yang di idam tu  bukan daging goreng kunyit atau daging masak rendang.Kalau daging rendang pun boleh lagi terus masak..Ini yang diidam tu pekasam.

Kalau dah nama pekasam kena la ada proses fermentation kan..?




Maka kerana dinamakan emak....diusahakan juga short cut pekasam daging tu.Nasib baik juga Achik ada kirim daging fresh masa Adah balik hari tu.Rasanya dalam 2kg juga.Maka bermula la proses membuat pekasam daging ni.

PEKASAM DAGING SEGERA(untuk orang mengidam)

½kg daging tanpa urat.

200gm garam kasar( +-2 genggam)

1 genggam asam keping,(+-20 keping)

2 cawan beras(sangai hingga keemasan dan blend kasar)


1. Basuh daging dan hiris nipis 

2. Tabur garam pada dasar tippuware(agak2 saiz tippuware tu sebab nanti daging akan berair)

3. Susun hirisan daging atas taburan garam kasar tadi.

4. Tabur semula garam juga beberapa keping asam gelugur.

5. Ulang proses melapis daging dan garam bersama asam gelugur hingga habis.Pastikan lapisan akhir ialah garam dan asam gelugur.

6. Biar dalam bekas bertutup pada suhu bilik semalaman.

7. Sementara peram daging,sangai beras hingga garing keemasan.Biar sejuk dan anggaran  1½ cawan blend kasar,manakala baki ¼ cawan blend halus jadi serbuk halus,kemudian campur rata dengan bahagian kasar.

8. Keesokkan harinya basuh dan bilas daging untuk kurangkan masam dan masin.

9.Celup dan balik-balikkna daging dalam campuran beras goreng dan susun semula dalam tippuware.Buat hingga habis.

10. Biar 3hari pada suhu bilik sebel boleh dimasak mengikut selera.Selepas 3 hari,jika ingin simpan lama,bolehlah ma masukkan dalam petia ais.Simpan dalam rak biasa dan bukan dalam bahagian sejuk beku.


**** Untuk pekasam SEGERA..saya buat hingga proses  nombor 5 tapi saya lebihkan penggunaan asam keping kerana nak cepat masam.

Saya buat proses perap waktu pagi.Bila tengahari saya basuh daging perap tu dan terus lumur serbuk beras goreng. Kemuadian terus goreng.


Ni proses perap daging dengam garam dan asam keping

Saya bahagi kepada 2 bahagian.1 bekas untuk pekasam segera dan 1 bekas lagi untuk proses pemeraman beberapa hari.


Ni 1 bekas untuk pekasam segera memang saya lebihkan banyak asam keping sebab nak cepat masam.


Beras goreng.


Beras goreng kisar halus ,+ beras goreng kisar kasar.


Ini yang saya goreng waktu tengahari hari yang sama.Saya goreng agak terlebih garing...tapi selesai anak bujang tu makan bersama sepinggan nasi.


Ni saya goreng esoknya..Alhamdulillah lagi sedap sebab goreng hingga masak saja.Tidaklah sampai garing rangup.Masya Allah sedapnya la anak bujang tu makan 2 hari berturut berlaukkan pekasam daging ni.

Hanya panaskan ¼ cawan minyak dan goreng daging bersama salutan beras goreng tu hingga masak.Campakkan bawang besar hiris,cili merah hiris dan cili padi muda hiris.Bila layu boleh kaut bersama sedikit minyaknya.Sedap ya ampun kalau makan dengam nasi putih panas-panas.Alhamdulillah....


Nanti kalau yang beli kat shopee dah sampai kita tengok macamana...

5 comments:

  1. Haaaa.. ngalahkan orang mengidam si abang. Nasib maknya terror 👍👍👍

    ReplyDelete
  2. Memang nampak sedap
    Terubatlah ngidam si abang

    ReplyDelete
  3. Punyalah teringin sampai terbawa mimpi. Mak mak mana boleh tengok anak tak dapat makan. Usaha sampai jadi. Bila dah dapat, tudiaa makan tak toleh kiri kanan dah. Alhamdulillah..rezeki anak bujang dapat makan daging pekasam sedap habis habis sepinggan :)

    ReplyDelete
  4. Nasib otak maknya cepat berhubung TING!!1dah siap...bestnya...mak..nak anak angkat tak? kita macam ada banyak benda nak ngidam la...muahahahaha

    ReplyDelete
  5. Allahu... anak teruna teringin makan pekasan daging ye. Bagus tu Mama Cella, sekurang-kurangnya ada anak muda yang masih mengingati makanan tradisi.

    ReplyDelete