Tuesday 1 February 2022

HARI INI CUTI HARI WILAYAH @ CUTI CNY?

 

Kali pertama merasa cuti Hari Wilayah Persekutuan ialah 30 tahun yang lalu.Bermakna dah 30 kali merasa nikmat cuti Hari Wilayah Persekutuan setelah 31 tahun menjadi warga KL.
Biasanya setiap tahun berdoa agar Hari Wilayah jangan jatuh pada hari Sabtu sebab rugi .....🤭🤣
Alhamdulillah tahun ni jatuh pada hari Selasa 
Tapi kenapa tahun ni macam sepi sahaja...macam ramai yang lupa..


Hari ni juga Cuti CNY.

新年快乐

Petang semalam mereka yang berketurunan Tionghua berkumpul untuk makan besar.
Tapi hari Jumaat,saya ada tanya rakan sekerja Puan Wong Swee Fang,samaada balik ke Kedah @ Perak tak tahun ni?
Jawapannya,beliau kata tak balik sebab hanya sambut di KL bersama keluarga kakaknya.

Sebaliknya ramai pula kawan-kawan Melayu dan India yang awal-awal lagi sudah plan perjalanalan balik kampung untuk cuti CNY..
hihihihi

Malam tadi KL bermandikan cahaya bunga api dan dentuman mercun hingga hampir subuh.


Pagi ni KL macam sunyi sahaja.Jalanraya juga tidak sesibok hari semalam dan sebelumnya.


Mungkin sebab hari ini Public Holiday...

Cuti....


Hari ini sebenarnya Cuti Hari Wilayah ke Cuti CNY?


5 comments:

  1. Cuti double tu.. dapat ganti hari khamis, kan. Untunglah... Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/916008/tiada-cuti-kelepasan-di-wp-3-februari-ini-jpm

      Delete
  2. Selamat bercuti panjang dan beristeri rehat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 semua para sumai belanja makan kat kalt luar la supaya isteri rehat hari ini🤣🤣

      Delete
  3. Raya mereka, tapi dah macam kita pulak balik kampung beraya. Masing masing dapat cuti panjang kot. Tu yang sakan balik kampung. Rugi sehari cuti bila dah jatuh hari yang sama.

    ReplyDelete