Friday 25 February 2022

HARI NI MASAK ASAM PEDAS SARDIN

Sejak anak bujang tu chalazion,memang dah tak masak sardin.


Tapi hari ni saya masak asam pedas sardin.Sebenarnya dan sebetulnya masak malam tadi separuh jalan.

Semalam,Kak Mel kata nak Jumaat turun la kat bawah..Dia nak bawa lauk.Ita nak tanak nasi.Shifa kata dia nak bawa kerutuk telur.Kak Mel nak masak kari ayam.Sal nak goreng sayur.Segan pula kalau saya tak masak apa-apa.Plan asal saya nak bawa buah saja.Tapi tak beli.Singgah Speedmart 99 beli 2 tin besar sardin.Masak sardin jer lah.Lagipun Kak Mel kata nak makan tak sampai 10 orang..Dua tin sardin cukup la kot..


Sudahnya malam tadi dah pukul 11 malam dok menumis asam pedas.


Lepas maghrib pi TBS jemput Tuan Tanah Kedaung balik cuti sem.Naik bas pukul 11 pagi...patutnya pukul sebel pukul 6 petang dah boleh sampai.Tapi katanya bas salah jalan ka apa ka tak tau..malam baru sampai.
Lepas amik anak dara tu,abangnya nak belanja adik dia makan cheesy lamb @ Soru.Pastu amik Adah balik kerja..Pukul 10.30 baru sampai rumah.
Fikir nak masak asam pedas tu pukul 4 pagi macam kelam kabut ja.Terus la menumis asam pedas pukul 11 malam.
Tumis bahan kuah saja sampai pecah minyak.Bangun pagi panaskan semula.Tambah sardin.Tambah air asam jawa dan bendi.Sambil tunggu mendidih sambil gi mandi.Jadinya bawa la asam pedas sardin.


ASAM PEDAS SARDIN
2 tin besar sardin
15 batang bendi
3 buah tomato masak
1 sudu makan pes asam jawa Adabi+2 cawan air
2 batang serai
2 tangkai daun kesum
garam,minyak dan secubit gula.

Bahan Blend:
2 cawan cili blend.
1 ketul kecil lengkuas
1 bawang besar
3 bawang putih

1. Panaskan 1cawan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak.Masukkan sos sardin dan masak lagi hingga mendidih semula.

2. Masukkan  air asam jawa ikut pekat cair yang disukai.Tambah garam dan secubit gula .

3. Tambah buah tomato yang dibelah dan bila mendidih baru masukkan bendi dan daun kesum 

4. Kecilkan api biar kuah mendidih perlahan hingga naik minyak 

5. Sesuaikan rasa.

3 comments:

  1. Sedapnya sardin. Lagilah masak asam pedas. Pergghhh!

    ReplyDelete
  2. Hari yang sibuk betul ni mama cella. Tak pernah lagi masak sardin asam pedas. Mesti sedap ni. Pagi semalam masak sardin juga. Tapi sardin tumis biasa je lah.

    ReplyDelete