Sunday 6 February 2022

JEMPUTAN KAHWIN @ KAMPUNG PENGANTIN

Semalam  5 Februari 2022,menghadiri jemputan kahwin @ Kampung Pengantin,Setapak,KL.


 
Kampung Pengantin.

Pic @ Google


Ni pic sendiri..snap dari dalam kereta,macam-macam la terinterframe sekali..Kereta,tiang signboard la bagai🤣


Kami tiga beranak tiba pukul 11.30 pagi iaitu ½ jam selepas majlis bermula.Sudah ramai jemputannya kat dalam hall.Agaknya semua teruja nak makan kenduri setelah lebih 2 tahun dalam PKP..hihihi



Menunya beraneka.Selain nasi dan lauk pauk,kuih-muih,rojak buah,dessert dan pelbagai lagi.Saya hanya ambil nasi dan anak bujang tu ambilkan cendol untuk saya.Adah ambilkan kuih muih.

Dari jauh nampak pelaminan yang cantik ni.

Ni sebelah lelaki ni.Kalau pengantinnya perempuan...uiii rasanya lagi meriah kot.Sesuailah bapa pengantinnya pun Lt Kolenel(B).Emak pengantinnya pula Pn Che Rohani dulu sama sekerja dengan saya.Tapi beliau yang saya bahasakan sebagai Kak Ani ni memilih untuk bersara awal.Kalau saya pun duit berkepuk macam ni...nak juga bersara awal..🤭🤣Menariknya dalam pertengahan 2000's dah pernah jadi rakan sekerja ditempat sama tapi kami tidak rapat.Kemudian Kak Ani dan keluarga bermukim di Australia  selama beberapa tahun sebelum kembali dan bertugas di tempat sama sekali lagi.Ketika itu barulah kami mula rapat hinggalah Kak Ani memilih bersara awal beberapa tahun lepas.Selalu juga kami togeder-geder ke Nilai 3..mengeteh dan makan roti canai @ Perindu serta keluar mengopi sambil bertanya khabar.Kak Ani dan keluarga  sangat huble orangnya walaupun mereka orang ada-ada. 


Guddiesnya cantik sangat.
Tidak dapat berlama sangat semalam kerana anak bujang akan masuk kerja tengahari.

Saya dan anak bujang terus balik.Leka bersembang punya pasal..Nak balik ikut Jalan Tun Razak tapi terlepas Bulatan Pahang..Terus masuk pusat bandar..Nasib baik tak jem.

Ops...guddies lelaki ada extra isinya.Teras Kemuning Hitam.Kayu yang dikatakan mempunyai pelbagai khasiat kesihatan dan menjadi buruan mereka yang tahu kegunaannya.Dalam majlis tadi juga ada disediakan minuman berasakan Teras Kemuning Hitam ni.

10 comments:

  1. Orang ada-ada, goodiesnya pun luar biasa ni. Nampak sedap nasinya tu, lain macam punya sedap.

    ReplyDelete
  2. Menariknya pic Kampung Pengantin tu.

    ReplyDelete
  3. Lain drp yg lain goodiesnya. makanan pun nmpk sedp. pelamin nice. alhamdulillah perfect

    ReplyDelete
  4. Majlis orang ada ada memang wow pelamin dia. Tempat pun bukan biasa biasa. Sangat rare goodiesnya pun.

    ReplyDelete
  5. Seronok g wedding org have2 ni.. kelainannya buat kita teruja.. xprnh dgr psl kg pengantin ni.. 😬

    ReplyDelete
  6. wah lain dari lain dia punya goodies tu...

    ReplyDelete
  7. Len machiam goodies..tapi kalau tau kegunaanya shud be ok kan kak...well...terasa plak nak makan nasi kenduri...

    ReplyDelete
  8. Rare goodiesnya tu...
    Sy pun tak tahu apa kegunaaan/khasiatnya :)

    ReplyDelete