Tuesday, 7 January 2025

PENAH MAKAN IKE BEKOK?

 Pernah makan makan ikan bekok?

Saya pun baru 1st time makan..
Terliur dok dengar ore Klate kecek ike bekok ni sedak nyakuk kalu makke musim ujey.. Ada yang baca  sleng Kelantan ke tu...🤭

Ike Bekok ni katanya antara stok  lauk musim hujan..Ikan ikan terutama ikan gelama akan digaramkan dan kerana musim hujan tak boleh nak jemur..
Maka ikan yang terendam dalam air garam tu akak megembang atau membengkak..tu dinamakan ike bekok yang bermaksud ikan bengkak
...
Orang orang Kelantan...betul tak info ni?






23 comments:

  1. sedak nyakuk tu maksudnya sedap sungguh ke hehe

    ReplyDelete
  2. Sedappp...SA ada beli hat yang ikan gelama, eringin nak beli yang ikan siakap tapi mahal sikit...nanti la...makan ngan nasi panas memang menambah kak...bahaya lauk ni

    ReplyDelete
  3. ore kelate hadir.. kalau tak silap saya, ike bekok ni dia jemur jugak lebih kurang sejam msa cuaca betul2 panas. tak boleh jemur lama sangat, nanti jd kering tak jadi bekok pula.

    ReplyDelete
  4. ore kelate kata sedak dooh ni kak haha,saya baru sekali pernah makan

    ReplyDelete
  5. lady suke, sedap.. kalau di terengganu kami panggil ikan mambang kalau x silap.. wangi semerbak baunye..

    ReplyDelete
  6. Tak pnh makan, mana nak carik kat Johor? Hehehe

    ReplyDelete
  7. mmg sedap tp tula musim hujan or musim banjir tp kdg2 nasib juga dpt bkn ikut musim tu...husband blk klate aritu ada dpt beli bkn time musim hujan...tp kt kl skarang ada juga certai kedai org klate jual menu ike bekok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pernah jumpa restoran makanan kelantan jual lauk ni tapi hanya sempat cicip..Ni baru betul2 dapat makan

      Delete
  8. Dia tengah viral ni... sana sini ramai dah orang jual ike bekok ni

    ReplyDelete
  9. pertama kali dengar niee.. biras ore kelate ...tak pernah habaq pon

    ReplyDelete
  10. Oooo dipanggil bekok sebab bengkak rupanya. Selalu dengar nama ikan bekok tapi belum pernah jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baca info tu macam kita pun boleh cuba buat kot cikgu🤭

      Delete
  11. Masa pergi Kelantan musim banjir baru ni ada juga org kedai mkn ikan bekok tapi sampai RM14.00 seekor terus tak jadi sbb dalam hati kata mahal betul ikan masin nya..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahalnya....
      Saya oun tak tau harga sebenar.
      Yang ni saya beli dari kawan RM20 / 4 ekor

      Delete
  12. Krn di rendam garam berarti ikan ini asin ya kak? Nampak sedap. Mama pernah buat ikan digoreng tp pakai hirisan cabe dan bawang. Cuma itulah saya tak tahu nama ikan yg dipakai 😅

    ReplyDelete