Friday 26 August 2022

CEKODOK KELEDEK BULAT-BULAT

 

Malam tadi buat cekodok keledek.

Cekodok keledek oren lawankan dengan teh 0 panas.

Harum satu rumah masa menggoreng cekodok keledek ni.

Sebenarnya cekodok keledek ni fwh pernah buat sebelum ni.Tapi masa tu guna nama bebola keledek sebab masa beli kat Cemeron Higland tu depa cakap bebola keledek.Ni kita kasi nama kampung kita jadi cekodok keledek.Tapi resepi saya c&p dari old post dengan namanya masih Bebola Keledek Manis.Untuk step by step boleh tengok BEBOLA KELEDEK MANIS...kat sini

BEBOLA KELEDEK MANIS
5ketul ubi keledek manis - rebus empuk
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan bijan ( jika suka)
Minyak untuk goreng

1. Rebus/kukus keledek manis hingga lembut
2. Kupas kulit & lenyek semasa masih panas & kemudian biar sejuk
3.Setelah sejuk baru gaul garam, gula & tepung pulut. Jika lembik tambah tepung pulut. Jika keras + sikit air.
4. Gentel-gentelkan sebesar fishball.
5. Gentel hingga habis semuanya. Jikan suka  salut bijan, boleh golekkan atas bijan
6.Panaskan minyak banyak & goreng bebola sambil dibalik-balikkan
7. Angkat & toskan atas kitchen towel.

Tips..
Lenyek ubi masa masih panas kerana lebih mudah lenyek. TETAPI jngan masukkan tepung masa ubi lenyek masih panas kerana nanti dough akan mudah lembik & akan guna banyak tepung & kuih kurang sedap. Sebaliknya ,masukkan tepung setelah adunan ubi lenyek sejuk
Tips ini juga valid untuk Kuih Keria & Cucur Badak yang menggunakan keledek rebus. 

Makan panas-panas dengan teh 0  panas..memang layan.Saya guna keledek oren yang kecil-kecil saiz dia.Lepas rebus,sambil kopek kulit..seketul dua masuk dulu dalam mulut..hihihi..
Manis dan creamy sebab ubi muda tidak berserat.


6 comments:

  1. Nampak sedap tu..tapi rakyat jelata kat rumah tu ramai yg x leh makan keledek...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah sedap SA...
      Tapi kalau takleh makan keledek,jangan dilanggar pantangnya itu..hihihi

      Delete
  2. Nampak keledek, teringat kuih keria keledek sira gula pasir. Sedap betul makan waktu keck-kecil dulu. Dulu inti karipap guna keledek. Kalau guna kentang kira tahap kayangan dah hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..
      semalam nampak kuih keria sira gula pasir dalam rezeki Jumaat tu🤭

      Delete