Tuesday 2 August 2022

BAWA BEKAL PASTA PENNE vs KELEDEK REBUS

 Semalam kebizian yang sengaja dicipta😁+ Monday blues.Dah tua-tua pun ada lagi Monday blues..hihihi


Bekal anak bujang semalam...Pasta penne goreng  sardin.

Warna cerah..

pic gelap dari dapur..
Dah reti sikit  membezakan cahaya..
hihihi

Saya hanya masak simple sahaja ..

PASTA PENNE GORENG SARDIN
1pack pasta penne
2 tin sardin/macerel
2 pokok daun sup:cincang
1 sudu garam
1 sudu lada sulah
1 sudu chilly flakes(boleh tambah jika nk extra pedas)
3 sudu minyak
1 bawang holland-cincang
3 bawang putih - cincang

1. Jerang air untuk rebus pasta
2. Panas minyak & tumia bawang holland & bawang putih.
3. Bila harum masukkan sardin & sosnya. Sementara tu rebus pasta separuh masak
4. Tambah garam, lada sulah ke dalam sos sardin & masak hingga naik minyak
5. Kaut pasta & masukkan kedalam sos yang sedang mendidih
6. Gaul rata & taburkan chilly flakes..
7. Sesuaikan rasa & tabur daun sup cincang


Sebelum subuh kena siap masak sebab la ni subuh dah makin lewat dah...
Bangun masak sesiap,mandi dan kena  siap pakai baju bagai sesiap.Pukul 6 baru azan Subuh.Kalau masa dalam PKP lagi hari tu pukul 6 dah kena turun.La ni tahan sikit,6.15 baru turun.Kadang lajak 6.20 baru gerak..6.30 boleh gagah lagi.Tapi kalau 6.45 baru tayar kereta nak bergerak...alamat laaaa kena sediakan roti banyak-banyak..hihihi


Bekal saya...Bawa keledek rebus ja.
Kalau Cikgu Amie bawa keledek bersama salad dan buah,buahannya.......Saya dengan kopi 0 ja...hihihi

Ni pic by TTK post dalam IG dia katanya...


Dia makan ngan teloq ghebuih..


8 comments:

  1. Alhamdulillah. Lebih bertenaga makan keledek dengan kopi o tu Mama Cella. Sedapnya! Bersemangat nak pergi menoreh ni hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....hujan hari ni...Tak dapat menoreh cikgu..

      Delete
  2. Hrini kak lin pun tak makan nasi.. kak lin buat makaroni bakar.. tabur mayo & sos cili atsnya.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow...
      mesti sedap makan panas-panas...bersama secawan english tea...uii heaven

      Delete
  3. ammi masuk office pukul 9, pukul 7 baru hegeh-hegeh mandi lepas settlekan anak-anak. pukul 7.30-7.45 baru gerak keluar rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,syioknya..
      Alhamdulillah,
      sempat settlekan anak dulu..tenang pi kerja

      Delete
  4. Apa Ig TTK? Nak follow 😜

    Lama pulak tak goreng2 pasta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...nanti kita tanya TTK pasni...
      Kita takda ig..

      Delete