Tuesday 27 July 2021

MEE KERING GORENG DAGING

 

Mee kering goreng daging.Sarapan pagi ni.


Permintaan anak bujang ,nak makan mee goreng basah.Masa tu saya  buat pakai mee telur.Sedap sangat tapi rupanya saya tak snap pic pun mee tu..


Hari ni saya buat lagi mee goreng basah kononnya.Harua saya akui bahawa saya memang tak pandai nak buat mee goreng basah.Dia hanya mampu setakat lembab saja.Tak mau jadi basah..Agaknya mee ni  memang water proof kot..Hihihi.

MEE KERING GORENG DAGING

1paket mee kering.

250gm daging- rebus & hiris..(1 cawan air rebusan daging)

1 batang carrot.

1 mangkuk kobis.

2 biji tomato/1 cawan tomato ceri.

2 batang cili hijau-hiris

¼ cawan cili blend.

2 sudu bawang blend.

3 ulas bawang putih-ketuk hancur.

2 sudu sos tiram.

¼ cawan minyak.

¼ cawan kicap lemak manis.

Garam 


1. Jerang air untuk celur mee.


2. Sementara itu,panaskan minyak & tumis bawang putih.Tambah bawnag blend & cili blend hingga naik minyak.


3.Masukkan daging hiris,air rebusan daging,carrot,garam,sos tiram & tomato.


4. Celur mee dalam air mendidih anggaran seminit sahaja.Bila mee sudah lerai,terus sepit & masukkan dalam tumisan.Tak perlu tapis.


5. Kacau gaul mee bersama tumisan & campurkan juga kobis.Kacau rata & tambah air ikut selera.Jika suka mee yang kembang,tambah extra air.Jika suka mee tang kering tidak perlu tambah air.Sesuaikan rasa.


Pagi ni saya guna mee kering ni..

Rencah daging.Daging ni saya bel 1kg sehari sebelum birthday Adah tu konon nak masak pulut kuning rendang daging.Tapi dah Adah pun demam tak selera nak nak makan & kebetulan dapat birthday surprise dari kawan dia dah ada brownie & coklat bagai.Maka daging tu saya potong 4 & rebus.Frozenkan bersama air rebusan.Boleh la guna 4x ni untuk masak mee,mihun etc.Mencepatkan kerja memasak.Defros sekejap sahaja daging tu & hiris nipis.Buat rencah goreng mee ni.Guna bersama air rebusan tu.Manis berperisa 

Sambil menumis rencah,sambil dapur sebelahnya menjerang air & mencelur mee kering.Tak payah tapis,nanti mee akan melekat-lekat ,susah nak leraikan.Cedok sahaja mee yang sedang dicelur & terus masuk dalam tumisan.

In sha Allah...nanti elok cantik la tu mee bersalut bahan tumisan.
Cuma mee saya hari ni tak banyak sayur.Hanya ada carrot ½ batang,kobis sikit,tomato ceri & cili hijau.Sawi,daun sup bagai takdak.Stok bahan basah dalam peti ais memang last dah tu masuk dalam mee ni.Dah lebih seminggu tidak belanja barang dapur.Sudah lebih seminggu bersemayam atas kayangan.Nampaknya nak kena turun ke bumi jugak la ni mencari bekalan makanan di Bukit Siguntang untuk mendapatkan padi berbuah emas,berdaun perak di ladang Wan Empuk &Wan Malini..
Hihihi...tiba-tiba teringat cerita lagenda "Wan Empuk & Wan Malini"
Dulu zaman kanak-kanak pernah tengok teater Wak Empuk & Wan Malini  kat TV..Masa tu TV hanya  RTM.Kalau tak salah ingatan  pelakonnya Azlina Aziz & adiknya Azliza Aziz sebagai Wan Empuk & Wan Malini.Pelakon lain tak ingat dah.Ternampak-nampak lagi dorang buat prop pokok padi berbuah emas berdaun perak tu guna meterial yang orang buat bunga manggar tu.Walaupun tengok TV hitam putih kat rumah Mok Haq tu tapi saya bolehkan warna emas & perak tu.Bila form 6 pula belajar Sejarah Melayu.. cerita Wan Empuk & Wan Malini kembali refresh.Cikgu Sejarah Melayu tu namanya Sharifg,tapi kami gelar "Cikgu Sarip Lobo".Nakal zaman sekolah gelarkan cikgu macam-macam.Tu yang kurang berkat belajar tu..hihihi
Ops,dah melalut meraban jauh dah ni...
Untuk rujukan saya & bagi yang dah lupa cerita Wan Empuk &Wan Malini tu boleh baca KAT SINI....
Terima kasih Persatuan Kerabat Awang Osman yang berkongsi...



Jom sarapan dulu.Kopi dah sejuk.Kalau ada telur rebus,perahan limau nipis & jeruk cili hijau,lagi berasap ni...hihihi





13 comments:

  1. Nak sikit kak, lapar la plk tgk mi akak yg sedap tu..hihihi

    ReplyDelete
  2. Sedap sarapan pagi akak. Hihi..waterproof ye. Senang ada mi kering ni. Tahan lama sikit buat stok daripada mi kuning tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..Saya jarang beli mee kuning.Selalu guna mee kering,mee sanggul,mee telur & yee mee..Semua jenis kering sebab senang nak simpan

      Delete
  3. kak pun suka mee kering vits ni ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala-ala megi goreng kan...
      Megi pun ada brand Vits ni kan


      Delete
  4. Alhamdulillah, anak2 dah selera makan, tentu senang sudah hati ummi, bolehlah turun ke bumi.

    Kita pun tak pandai buat mee goreng basah. Saluny jadi mee goreng mamak 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...SK wajib la kena pandai masak mee mamak🤭

      Delete
  5. Adei.. sedapnyaaa.. lama x buat menu bekfes ni

    ReplyDelete
  6. Alahai sdpnya.. time pandemik ni mmg elok kalau ada stok mee kering ke mee telur ke mee lidi ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...
      Senang nak simpan...mudah nak masak..disukai ramai...hihihi

      Delete