Monday 5 July 2021

AYAM MASAK TAUCU & IKAN NYOK-NYOK MASAK SUP

 Semalam sebelum bertolak balik KL,sempat la masak lunch untuk,mak,Haikal & Akil.Juga sempat masak bubur untuk pakcik...


Sebenarnya masak sup ayam & taucu ikan.Tapi entah macamana tergaram kunyit ayam & dah goreng baru. perasan ikan Makanya tukar plan jadi Taucu Ayam.


TAUCU AYAM

10 ketul ayam

4 sudu taucu

1 bawang besar-hiris

1 ketul halia muda - mayang

10 cili padi hijau- belah

1 cili merah hiris

3 bawang merah -hiris

3 bawang putih - cincang

1 sudu pes asam jawa +2 cawan air

1 pokok daun bawang

Minyak

gula & garam


1. Garam kunyit ayam & goreng.Ketepikan.


2. Tinggalkan minyak anggaran ¼ cawan & tumis bawang merah,bawang putih,halia & cili.


3. Masukkan taucu & masak hingga harum.


4. Tambah ayam,air asam jawan,garam,gula & bawang hiris.


5. Sesuaikan rasa & tabur daun bawang


Sup Ikan Nyok-nyok + lobak putih.Semalamnya tu dah masak sup ikan dah dengan bubur untuk pakcik.Letak halia banyak-banyak dalam bubur & sup.Halia antara makanan sunnah yang baik untuk pengaliran darah.Semoga badan pakcik panas untuk lancarkan pengaliran darah.


Tempe goreng.Tempe Kedah lagi sedap dari tempe KL la ..hihihi
Kuncinya tempe daun & tempe baru.

Pagi dah masakkan nasi goreng kampung untuk sarapan.Panaskan baki ayam KFC yang anak bujang order by Grabfood malam tu.Teknologi sekarang sangat membantu.Anak bujang di KL pun boleh orderkan KFC di Kedah.Terhibur hati Aqil dapat makan KFC dari malam sampai pagi.

Makanan untuk di bawa ke hospital.Bubur halia & sup ikan untuk pakcik.Nasi putih,ayam taucu & tempe untuk Achik.Harap Achik & Pakcik suka la walaupun tahu depa dua tu hanya suka makanan pedas.Bungkus dalam plastik sahaja sebab kat kat sana dah banyak tuppeware.Jumaat & Sabtu juga Adah sempat hantar bubur untuk pakcik.Hantar kat pondok jaga sahaja.Bukan boleh masuk melawat.

Bila dah siap nak gerak..
Aqil dah menangis dah bila cakap dah nak balik KL.Rupanya dia salah faham.Dia ingatkan nenek nak ikut balik KL & tinggalkan dia dengan Haikal kat rumah.Dah la ibu & abah masih kat hopital memang tak boleh balik.Kalau Achik keluar dari hospital,nanti Achik dah tak boleh masuk melawat pakcik.Sebab SOP nya sebelum masuk hospital hari tu Achik & Pakcik kena swab test dulu & bila confirm
 -ve,mereka dah kena kuarantin dalam hospital & tak boleh ada contact rapat dengan orang luar.Semuanya demi kesihatan Pakcik selepas operation.Maka sudah seminggu la Aqil tak dapat jumpa ibu& abah.Boleh bayangkan bila tak jumpa seminggu & tak tahu bila boleh balik.Sebab tu dia sedih sangat.Bila kami balik,semangatnya sedikit pulih,tambahan pula Adah rajin melayan Aqil walaupun kadang-kadang garang Adah mengalahkan mak tiri..Hahahaha

Aqil ni sama umur dengan Daus anak bongsu Cikgu Amie..Cuma badan Aqil besar la dari Daus.Hari-hari berzikir rindukan ibu.Dia cakap dia takut nak tidur malam.Langsir bilik tidur dia pun dia lekatkan dengan selotape sebab takut hantu masuk.Anek kena temankan tidur & jangan tutup pintu.Siang hari pun dia mudah cemas walau dalam rumah.Kata Haikal,kadang Haikal tengahnya online kelas pun Aqil tiba-tiba melintas kat belakang sampai nampak dalam camera..Kadang dia ketuk pintu macam kena kejar pochong, panggil Haikal walaupun Haikal sedang kelas sebab dia takut.Sebab tu dia menangis ingatkan anek ikut balik KL.Anek pula mengalir air mata bila Aqil menangis sambil pujuk anek tak akan tinggalkan Aqil walau apa jadi..Lastly semua touching..

Lepas dah hantar bubur tu,kami terus gerak dari Alor setar....balik KL.
Ralat pula dah janji dengan Aqil nak masak butter chicken & carbonara yang dia request.Dah pesan Haikal nanti panaskan sos carbonara readymade tu + susu cair & nanti anek akan rebuskan fettucini.
Malam tadi anek dah call tanya macamana nak masak carbonara tu...huhuhu


4 comments:

  1. Sayu pulak baca kisah Aqil. Dulu2 Cella selalu cerita pasal Aql dan Haikal ni. Tak silap Haikal tu bakal cikgu, kan. Suruh jerlah Aqil baring2 kat bilik Haikal sambil abangnya online class.

    Lama tak makan ikan nyok2, masak tauchu pun lama tak makan dan tak pernah masak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu..tu la
      Aqil pun tanya jer kenapa Hella tak balik...
      Sama-sama kita doakan agar negara kita kembali bebas covid & ancaman lain..

      Delete
  2. Allahu Akbar! Kesiannya Aqil. Sabarlah ye nak.
    Moga Achik & Pakcik suka semua makanan yang dikirim melalui pondok jaga.
    Ikan nyok-nyok sup tu, sedapnya!

    ReplyDelete
  3. Klu ada Cella lagi lah dia rajin melayan Aqil

    ReplyDelete