Monday 7 March 2022

LEPAT BUNGA CHICA

 Balik kampung kali ni hanya sekejap cuma.Tapi banyak menikmati makanan.


Lepat Bunga chica..
Antara menu exotic di sesetengah tempat di Kedah.
Lepat yang dibuat menggunakan campuran bunga liar yang berbunga sekali sahaja dalam setahun.

           pic Google

Bunga Chicha namanya.
Berbunga setiap kali musim kemarau antara bulan Disember hingga Mac sama musim dengan bunga pokok getah.Biasanya menjelang Disember semua pokok akan mengalami musim luruh dan setelah itu akan berpucuk dan mengeluarkan bunga.Pokok Chica ni besar pokoknya macam pokok balak.Biasanya tidak ditanam tapi tumbuh liar dan hidup lama.Kata mak saya dulu kat kampung kami pun ada pokok chica ni.Tapi masa tu tiada siapa peduli.Setelah teknologi viral ni baru pakat cari pokoknya.Malangnya banyak yang sudah pupus.

Saya tiada gambar sendiri untuk bunga chica dan pokok chica.Saya hanya boleh kongsikan link

BUNGA CHICA ...di sini

Yang tak boleh nak bayangkan pokok chica..boleh berkunjung ke SINI


###Walaupun nampak macam sama dengan 
Tetapi harus diingat bahawa Bunga Chica BUKAN Bunga Sakura Malaysia.Jangan dok amik Bunga Sakura Malaysia tu buat lepat pulak..apa-pa hal saya tak bertanggungjawab🤭


Dapat makan Lepat Bunga Chica atas ihsan Achik dan Pakcik yang berusaha frozen kan lepat ni untuk saya dapat merasa.Hanya perlu kukus semula  dalam 10 minit supaya kembali lembut dan kenyal


Bagi yang nak tengok rupa lepat bunga chica dan proses buat lepat bunga chica,saya kongsikan link dari TV9

Boleh tengok KAT SINI....


Ni Achik bagi lagi lepat bunga chica frozen untuk bawa balik KL.


Rasa lepat bunga chica ni lebih kurang  LEPAT LIAT UTARA kerana bahan-bahannya adalah sama kecuali ada tambahan kisaran bunga chica sebagai perisa dan aroma.
Ada yang plain dan ada yang dimasukkan inti kelapa manis dalamnya.

12 comments:

  1. memang sedap. ralit ja makan. apatah lagi makan tu dengan kopi kampung. perggghhh layannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....
      Eh,UN pun suka ye lepat bunga chica ni...
      Kat Sik mesti la lagi banyak makanan exotic kan..😍

      Delete
  2. saya baru tengok kat Majalah 3 minggu lepas pasal lepat bunga chicha ni.

    ReplyDelete
  3. Khabarnya bunga chicha ni baunya semerbak tapi tak blh disimpan kering ke tuk guna sepanjang tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...
      Katanya depa kutip banyak-banyak dan keringkan untuk kegunaan masa bukanusimnya

      Delete
  4. Menariknya kisah bunga chica. Memang besar sungguh pokoknya.
    Untung dapat makan lepat bunga chica. Inilah first time saya tengok. Negara kita kaya menu, masyarakat kita memiliki pelbagai jenis makanan yang kadang-kadang tak terfikir dek fikiran generasi muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..
      Alhamdulillah balik kali ni adik ipar dah siap belikan dan achik frozenkan..
      Bila makan makanan exotic dan rare pasti saya teringat cikgu di seberang Laut China Selatan nun...

      Delete
  5. For sure SA x pernah makan...mesti sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe....nanti kalau pi Kedah cer usha kot ada..hihihi

      Delete
  6. info baru ni..
    1st time ammi dengar nama bunga ni.

    ReplyDelete
  7. Confirm ni tak pernah makan. Nama pun baru tahu. Kalau terbeli ni mesti runsing dok fikir lepat apa. link malaysia aktif tu tak aktif pulak mama cella. Error 524

    ReplyDelete