Thursday 3 March 2022

JEMPUTAN KAHWIN @ PERINDU

 Semalam mengahadiri kenduri kahwin anak Kak Asiah ex CC.Pergi bertiga dengan Ros.


Hari ni pun(tulis ni semalamtl tapi tak siap) Alhamdulillah,memenuhi undangan majlis kahwin  kat Perindu rumah Nani.Dulu zaman anak-anak sekolah selalu order nasi bajet daripada Nani.

Kak Mel pun masa menunaikan Haji,telah menggunakan khidmat Nani untuk menghantar makanan kepada anak- anaknya di rumah sepanjang Kak Mel kat Mekah.

Asalnya saya tak nak pergi tapi kesian pula Kak Mel beria nak pergi sebab nak rasa daging kerbau.Khabarnya sekor kerbau ditumbangkan dan akan dimasak kari + umbut kelapa cara Pahang.


Gulai daging kerbau fresh + umbut pisang hutan.Katanya gulai umbut kelapa dah habis,untuk makan famili.Apapun Alhamdulillah dapat makan gulai kerbau fresh.Dagibg kerbau memang sedap walaupun urat dagingnya kasar.




Ros ajak sepiaq pulak.Katanya jalan ni cantik macam Pulau Nami.Tak dapat pi Pulau Nami..dapat berangan pun jadik🤣

****aktikel ni ditulis pada hari Isnin...Hari ni baru publish...Takdan nak belek blog.Minggu depan saya blogwalking yer.. 


13 comments:

  1. Apalah yang disubukkan orang tu ya? Hihihi.

    Berapa kali tak dapat makan kenduri, ada jer aral melintang secara tiba-tiba.

    ReplyDelete
  2. SA kan 2-3 tahun lepas kot...ke lebih...pernah makan kat kenduri sepupu kat Kedah..makan gulai kawah dia...ada umbut kelapa ke umbut pisang ntah...sedap nauzubillah....terbayang2 sampai sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai la Kedah ...
      Kalau kenduri kat Kedah memang menu trade mark ni

      Delete
  3. Rezeki dapat makan kenduri kari kerbau.
    Tiba-tiba bagai terasa-rasa gulai kawah kerbau dengan umbut kelapa di Kampung Semantan, Ulu Raub, Pahang. Semasa hayat arwah ayahanda masih ada, selalu dapat jemputan kenduri kahwin di situ. Kebun getah ayahanda di sana. Kami datang ke Raub waktu cuti sekolah saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan cikgu orang Selangor..rupanya ada campuran Pahang yer .
      Pahang memang terkenal menu daging kerbau dan umbut kelapa@ umbut kelapa sawit...selain ikan patin...( ini hanya pendapat saya & dari info yang saya baca)

      Delete
  4. Daging lembu memang sedap lagi dan kurang lemak. Sedap alahaii kalau dapat umbut kelapa. Umbut pisang hutan tak pernah makan lagi.
    Jadilah dapat sekeping gambar untuk kenangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Ng 9 pun menu kobau ni femes juga kan..
      Fiza lagi suka lembu yer..daging lembu lebih halus uratnya berbanding kerbau.dan kebanyakan lebih suka daging lembu

      Delete
    2. Eh, silap..daging kerbau sebenarnya. Camne pulak tertaip lembu. Adeh! Tak pernah lagi makan daging kerbau kat sini. Biasa dapat makan daging kerbau pun kalau raya kat Johor. Itupun kalau ada orang jual daging kerbau lah.

      Delete
  5. Lama tak makan daging kerbau...
    Dulu abg ipar suka bawa balik daging kerbau bila raya korban sbb dia tinggal di Perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daging kerbau tidak sejunuh daging lembu kan...kerbau tak banyak dijual seperti lembu..

      Delete
  6. daging kerbau sedapnya, teringat masa jadi menantu orang kerteh baru pertama kali makan daging kerbau gulai kawah, sedap betul rupanya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trengganu pun banyak kerbau kan...
      Teringat juga kisah Muhammad Syukur dan kerbaunya

      Delete